Find us on Facebook

Seventh Generation Laundry dan Dish Washing Detergent selamat untuk kulit sensitif

Assalamualaikum. Rezeki pada awal tahun 2020 apabila diumumkan sebagai pemenang peraduan Seventh Generation Laundry Detergent hujung tahun 2019. Tak sangka post mengenai Seventh Generation Laundry mendapat perhatian dan juga sekaligus Fiza diumumkan sebagai salah seorang pemenang yang mendapat produk dari Seventh Generation yang bernilai hampir RM 100. 



Seventh Generation Laundry dan Dish Washing Detergent selamat untuk kulit sensitif  | Awal parcel sampai memang berat betul. Mana taknya semuanya jenis cecair. Unboxing dengan rasa seronok dan teruja. Sekali dapat 6 botol cecair yang terdiri daripada pencuci pakaian dan juga pencuci pinggan mangkuk.


Seventh Generation terdiri daripada pencuci pakaian dan juga pencuci pinggan mangkuk.
Untuk Laundry Detergent :
  • Seventh Generation Laundry Detergent Free & Clear 1L
  • Seventh Generation Laundry Detergent Fresh Citrus 1L
  • Seventh Generation Laundry Detergent Fresh Lavender 1L
manakala untuk Dish Washing Detergent :
  • Seventh Generation Dish Washing Liquid Free & Clear 750ml
  • Seventh Generation Dish Washing Liquid Lavender Flower & Mint 750ml
  • Seventh Generation Dish Washing Liquid Clementine Zest & Lemongrass 750ml

Laundry Detergent


Detergen pakaian Seventh Generation disokong oleh 97% bahan berasaskan tumbuhan untuk melawan 60 kesan yang kotoran yang sukar. Pembersih pakaian yang bebas toksin semulajadi ini tidak mempunyai pewarna, wangian, pencerah tiruan atau bahan kimia yang keras dan juga paraben dan bebas fosfat. Selamat digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif kerana ia telah diuji secara dermatologi. ia adalah pilihan yang lebih selamat untuk semua orang dalam keluarga. Ia juga mesra alam dan dibotolkan dalam 100% botol kitar semula.


Dish Washing Detergent

Cecair pencuci pinggan mangkuk Seventh Generation adalah cecair pembersih yang bebas toksin semula jadi, tanpa pewarna, wangian sintetik, bahan kimia yang tidak diingini, dan bebas daripada paraben dan fosfat. Ia diuji secara dermatologi untuk selamat untuk keluarga, dan juga earth-friendly. Ini kerana ia dibekalkan dalam botol 100% yang dikitar semula.



Selain daripada pencuci pakaian dan pinggan, dapat juga satu beg kitar semula Seventh Generation. Rezeki tahun ini tak perlu membeli pencuci pinggan dan pencuci baju. Fiza boleh gunakan hadiah ini untuk kegunaan kami sekeluarga.

Terima kasih Try and Review dan juga Seventh Generation atas hadiah yang diberikan. Untuk info lanjut boleh layari https://www.seventhgeneration.com/home.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments