Assalamualaikum. Boleh dikatakan ramai antara kita mempunyai impian untuk dapatkan rumah sendiri atas tanah sendiri. Kalau boleh bila kita dah tua nanti adalah tempat berteduh bersama anak-anak dan cucu.
Besar kan cita-cita Fiza tu. Tapi betullah sampai bila kita nak menyewa. Pasti satu hari nanti impian untuk ada rumah sendiri tercapai. Rumah idaman Fiza sebenanrnya ringkas. Lebih suka melihat banglo binaan 1 tingkat yang mana ia lebih simple dan mudah untuk diuruskan bila kita tua nanti.
Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
1. Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
2. Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
3. Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.
4. Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
5. Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air.Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.
Kalau tanah luas bercita-cita juga hendak ada mini pool dalam rumah. Dapat bayangkan betapa cantiknya rumah banglo 1 tingkat. Semoga impian menjadi kenyataan. Amin.
Wassalam.
1 Comments
kalau dapat rumah banglo simple 1 tingkat ni memang puas hati esp utk keluarga besar akak ni
ReplyDelete