Find us on Facebook

7 khasiat KURMA AJWA ASLI MADINAH kualiti PREMIUM (RIHURA)

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya buat pembaca blog Fiza. Hari ini sudah masuk 4 Syawal. Pejam celik dah 4 hari beraya. 3 hari lepas memang Fiza raya sungguh di rumah, pakai baju cantik-cantik dengan anak, masak sedap-sedap. Hari ini suami dah mula kerja, Jumaat nie pula Fiza dah mula kerja, jadinya kalau nak sambung raya tunggu hari minggu nantilah. 

Blog pun sudah berhabuk sebabkan raya. Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), raya tetap raya. Dan hari ini kita kembali ke blog semula. Macam mana dengan puasa 6 korang, Fiza baru mula hari ini. Jadinya macam biasa bersahur tadi tetap makan kurma. Kurma bukan sahaja sunnah diamalkan dalam bulan puasa sahaja, malah ia sangat berkhasiat untuk diamalkan setiap hari.


7 khasiat KURMA AJWA ASLI MADINAH kualiti PREMIUM (RIHURA) | Kurma memang ada pelbagai jenis dan nama tetapi kurma yang paling sedap adalah Kurma Ajwa. Kurma Ajwa memang pilihan Fiza kerana isinya lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain. Kurma Ajwa juga berwarna lebih gelap, saiznya juga lebih kecil.

Kurma Ajwa juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.


Antara 7 kelebihan dan khasiat utama KURMA AJWA ASLI MADINAH ini adalah ia: 

1) Paling cepat diproses dan diserap, meningkatkan tenaga sepanjang hari

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2) Kaya dengan serat dan potassium

Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).




4) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

5) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

6) Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

7) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”




Pilihan Fiza KURMA AJWA ASLI MADINAH kualiti PREMIUM (RIHURA) 

Kurma Ajwa Asli Madinah (RIHURA) memang sedap dan terbaik. Boleh didapati dalam pek 100gm, 200gm, 300gm, 500gm dan juga 1kg. Pembungkusan juga menarik dan senang untuk disimpan kerana ia dipek menggunakan cara zipper lock. Jadinya kualiti dan rasanya kekal terpelihara.


Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh hubungi nombor telefon di bawah :
wasap.my/60105012717

FB : https://www.facebook.com/rihuraherbs/
IG : https://www.instagram.com/rihuraherbs/

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. sedap kurma ajwa ni, lembut dan tak berapa manis. boleh kudap2 juga

    ReplyDelete