Assalamualaikum. Lama rasanya tak review drama korea yang Fiza dah khatam. Tetiba teringat pasal satu cerita yang comel iaitu Her Private Life lakonan Park Min-young dan Kim Jae-wook. Ikutkan awal-awal jalan cerita dah comel. Kisah seorang ketua kurator yang mempunyai rahsia tersembunyi sebagai fangirl fanatik sebuah group k-pop.
Her Private Life |
Tajuk : Her Private Life
Genre : Romantik komedi
Rangkaian Siaran : tvN
Jumlah episod : 16
Tarikh tayangan : April 2019
Sinopsis
Sung Deok-mi (Park Min-young) adalah ketua kurator berbakat di Cheum Museum of Art, yang kebetulan memiliki rahsia: dia adalah fangirl fanatik White Ocean's Cha Shi-an (ONE).
Selain itu, dia juga merupakan pengurus peminat "Shi-an is My Life" yang terkenal. Ryan Gold (Kim Jae-wook) adalah seorang artist (pelukis) yang pernah terkenal tetapi menghidap sindrom Stendhal, akhirnya bersara sebagai artist.
Disebabkan bos Cheum Museum of Art, Uhm So-hye (Kim Sun-young), disiasat kerana penyelewengan, Ryan Gold menjadi Pengarah Seni Muzium Seni Cheum yang baru.
Setelah khabar angin muncul mendakwa Deok-mi dan Shi-an bercouple, Ryan menunjukkan bahawa dia dan Deok-mi berpura-pura bercinta untuk menangkis peminat Shi-an yang mengancam akan mencederakan Deok-mi.
Walau bagaimanapun, Sindy (Kim Bo-ra), satu lagi pengurus laman web peminat Cha Shi-an, berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pelatih di muzium itu untuk membuktikan bahawa Ryan dan Deok-mi adalah fake couple.
Pelakon Utama
Kim Jae-wook
Park Min-young
Kim Bo-ra
ONE
Nak tahu kesudahan kisah dating olok-olok antara Deok-mi dan Shi-an, kenalah tengok sendiri. Jalan cerita yang menarik dan suasana dalam cerita ini juga nampak ceria dan comel. Oh ya, drama ini berdasarkan novel Korea bernama Noona Fan Dot Com yang ditulis oleh Kim Sung-yeon dan diterbitkan pada tahun 2007.
Fiza bagi 10/10 untuk Drama Her Private Life, tengok lakonan ONE dalam drama ini, memang comel sangat.
Wassalam.
2 Comments
Halah2 comel la cerita macam ni. Nak tengok la nanti
ReplyDeletelama betul tau tak layan Korean drama ni..hahaha..
ReplyDelete