Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah, impian kami sekeluarga hendak bercuti di Lexis Hibiscus tercapai jua. Bukan apa, kalau ikutkan harga menginap di sini agak mahal kerana ia berkonsepkan villa di atas laut. Tapi disebabkan PKP, kami dapat menginap di sini dengan potongan harga hampir 50%. Jadi inilah peluang untuk merasai percutian ala Maldives bak kata orang.
Baca lagi : Pengalaman bercuti di Grand Lexis, Port Dickson
Pengalaman Bercuti di Lexis Hibiscus, Port Dickson | Percutian kami ke sini sebaik sahaja pulang bercuti merayakan Hari Raya Haji di Kelantan pada 3 Ogos 2020. Seawal 4.30 pagi kami bertolak dari Kelantan menuju ke Negeri Sembilan. Alhamdulillah kami tiba di Lexis Hibiscus tepat jam 3 petang. Memang kena dengan waktu check in. Teruja memang lah tersangat teruja. Pertama kali nak merasa villa atas air siap ada private pool. Ini memang kejutan buat anak-anak juga.
Lexis Hibiscus, Port Dickson
Kaunter dan lobi pendaftaran
Ruang menunggu yang dijarakkan
Sebelum hendak menempah bilik korang juga perlu faham jenis-jenis bilik dan suites yang ada. Lexis Hibiscus ada bilik di tower rooms dan overwater villas. Kalau nak kolam ala-ala atas langit boleh ambil Sky Pool Villas. Dari atas boleh lihat pemandangan laut dan villa atas air yang berbentuk bunga raya.
Coralz Bistro
Kalau nakkan penginapan atas air, bolehlah pilih sama ada untuk mendapatkan Executive Pool Villa, Premium Pool Villa, Premium Pool Villa (Beach View), Premium Pool Villa (Sea View), Panorama Pool Villa, Panorama Pool Villa (Beach View), Panorama Pool Villa (Sea View), Royal Suite, Imperial Suite, atau Presidential Suite.
Jadi ikutlah selera dan bajet masing-masing, kalau nak yang murah sikit boleh la ambil Executive Pool Villa dan Premium Pool Villa. Sebabnya ia tak mengadap pantai atau laut tetapi mengadap villa yang lain. Tetapi masih di atas air.
Bagi kami dapat jejakkan kaki kat sini pun dah rezeki sangat. Kami mengambil Premium Pool Villa yang mana harga asalnya adalah RM1,820.00 dengan keluasan villa adalah 81 sqm dan ia terletak di dalam kelopak bunga raya.
Habis cerita pasal jenis bilik.
Selesai sahaja Check in, kami pun terus ke tempat buggy di mana pengunjung akan dihantar menggunakan perkhidmatan buggy yang disediakan.
Menuju ke tempat menunggu mendapatkan perkhidmatan Buggy
24-hour buggy service
Selpie seketoi dulu, anak-anak baru bangun tidur
Premium Pool Villa
Lepas bagi salam, buka pintu memang kami terpegun dengan kemewahan yang ada dalam vila ini. Cantiknya bilik dan rasa macam jadi orang kaya untuk satu hari. Rezeki Allah, dan juga rezeki untuk anak-anak. Macam biasalah Fiza ambil gambar sekeliling dulu, nak tengok apa lagi yang ada dalam villa 1k nie.
Premium Pool Villa yang kami ambil mempunyai 2 buah katil bersaiz king. Ada 5 ruang dalam vila ini iaitu ruang bilik tidur, bilik mandi, balcony, ruang sauna dan juga private pool. Memang besar, luas dan selesa. Boleh muat 2 keluarga besar.
Flat-screen TV with cable dan satellite channels
Ada nama suami di televisyen, ucapan salam dari pihak Lexis
2 buah katil bersaiz King
Sedapnya baring atas katil gebu yer
Room service
Meja tulis
Complimentary coffee & tea
Peti sejuk
Habis ruang selongkar ruangan bilik. Jom ikut Fiza selongkar bahagian bilik mandi pula. Bilik air pun luas. Bila buka pintu utama, korang akan dapat lihat panel kaca di lantai untuk melihat kehidupan laut di bawah. Menarik betul tapi bila malam takut nak lalu kat panel kaca tu sebab terbayang ada pula benda lain nak tangkap kaki.. Haha..
Laluan ke bilik air
Panel kaca, bawah boleh nampak air laut
Spacious bathroom
Cermin ada lampu nie mmg Fiza berkenan sangat
Toiletries di sinki
Shower
Toilet bow
Toiletries, tuala dan kemudahan seterika
Turut disediakan Bespoke bath amenities
Peti Besi
Khayra memang takut nak pijak lantai kaca tu
Posing sikit buat kenangan
Ruangan terakhir adalah ruangan private pool. Pool ini dengan kedalaman 1.2M agak dalam untuk kanak-kanak. Kita yang dewasa pun takat ketiak gitu. Jadinya, memang Fiza dah sediakan pelampung, dan life jacket untuk Thaqif dan Huwainaa nak mandi nanti.
Pandangan Villa kami menginap dari luar
Dilengkapi dengan bilik sauna, disebelah tu, tak de pula dalam gambar
Villa kami dalam salah 1 dari 5 kelopak bunga raya
Bestnya orlam (kolam) mama.. bahasa Huwainaa
Campak dorang dulu
Anak-anak memang tak sabar bila tengok kolam
Nak makan pun tak susah. Hanya call room service. Tapi harga makanan dia memang agak mahal. Nak tak nak kenalah beli sebab memang susah nak bawa anak-anak keluar musim penjarakan sosial nie. Makanan yang dipesan memang sampai cepat di depan pintu.
Menu nasi goreng dan spaghetti bolognese
Rezeki kami sekeluarga, best dan rasa nak datang lagi
Agak banyak gambar yang Fiza masukkan dalam entry ini. Ini belum lagi aksi anak-anak mandi di kolam. Lepas itu Fiza juga sempat round dan pusing-pusing Lexis Hibiscus. Waktu malam pun meriah dan ceria dengan hiasan lampu malam yang bewarna warni. Angin pula kuat pada waktu malam sebab atas laut kan. Memang best dan boleh dikatakan pengalaman menginap di sini sememangnya terindah dan tidak dapat dilupakan.
Okay nanti Fiza akan update lagi sekitar pemandangan Lexis Hibiscus ini. Kalau nak tempah, korang boleh je ke website Lexis Hibiscus atau AGODA, link kat sini --> Lexis Hibiscus Port Dickson.
Wassalam.
6 Comments
Ramai orang pergi lexis hibiscus ni, teringin gak nak pergi nanti
ReplyDeletebestnya ada private pool. haritu pergi yang biasa jer
ReplyDeleteBestnya.. Teringin juga nak ke sini..
ReplyDeleteWahh memang teringin pegi sini. Murah tu. Patutla ramai checkin
ReplyDeleteMenarik betul tengok design Lexis Hibiscus ni.
ReplyDeletewahh..bestnya. sisyat pun in sha allah nak pergi juga. dah lama mengidam..nk cuba kat sini..hehe
ReplyDelete