Find us on Facebook

Cosmoderm | Rangkaian Tea Tree Oil bantu atasi jerawat dalam masa 3 hari

Assalamualaikum. Masalah kulit berminyak dan berjerawat memang menjadi masalah besar buat Fiza sendiri. Kalau sehari tak mencuci wajah, boleh nampak kilat-kilat di muka nie. Kalau dibiarkan lama-lama akan mula tumbuh jerawat. Selain itu faktor pemakanan kita seharian. Makanan berminyak juga akan membuat kulit wajah Fiza senang untuk naik jerawat. Bukan sahaja di muka malah di badan juga. 


Cosmoderm | Rangkaian Tea Tree Oil bantu atasi jerawat dalam masa 3 hari | Sekian lama rasanya tak share pengalaman menggunakan produk penjagaan wajah dan bodycare. Untuk kali ini Fiza berpeluang untuk mencuba rangkaian produk penjagaan kulit dan penjagaan badan yang berkualiti iaitu Cosmoderm. Cosmoderm sememangnya jenama yang sangat dipercayai kerana keberkesanan serta dirumus khas dari ramuan bermutu tinggi. 


Rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil



Diformulasi dari Tea Tree Oil dan Vitamin E, dapat membantu menyeimbangkan proses penyembuhan. Ia berkesan untuk mengatasi jerawat, bau badan, sunburn dan pada masa yang sama melembutkan kulit. Rangkaian ini dirumus khas untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan berjerawat.

Rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil terdiri daripada penjagaan wajah dan penjagaan juga seluruh badan. 

Bagi penjagaan wajah terdiri daripada:
  • Tea Tree Oil Facial Cleanser 
  • Tea Tree Oil Purifying Mask 
  • Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle
  • Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press

Cara atasi jerawat di kulit wajah dengan 3 langkah mudah


Langkah 1: Tea Tree Oil Facial Cleanser -> Ia menghilangkan minyak, membuka liang pori dan mengawal kegatalan kulit untuk mengurangkan jerawat.

Langkah 2 : Tea Tree Oil Purifying Mask ->Biarkan selama sekurang-kurangnya 15-20 minit. Ia membantu menyerap minyak yang berlebihan, mengeringkan jerawat dan liang pori.

Langkah 3: Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle -> Dengan ekstrak berasaskan tumbuhan yang membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan whitehead. 

Ada 2 jenis gel anti-cela. Boleh disapukan pada jerawat selepas menggunakan toner.

1. Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle:
  • Mengecutkan jerawat, menghilangkan bintik hitam & whitehead dalam masa 4-5 hari untuk kulit berminyak
  • Sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat

2. Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press
  • Mengecutkan jerawat, menghilangkan bintik hitam & whitehead dalam masa 3-4 hari
  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif


Produk lain yang boleh didapati dari Cosmoderm Tea Tree Oil


  • Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 
  • Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 
  • Tea Tree Oil | Oil Control Serum
  • Tea Tree Oil Shower Gel 
  • Tea Tree Oil Magic Body Lotion 

1. Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion (RM20.90) 
Membantu merawat jerawat, membuang bakteria dan minyak berlebihan. Kegunaan untuk menyegarkan kulit apabila terdapat minyak yang berlebihan pada kulit.

2. Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser (RM19.90) 
Pelembap 2 dalam 1 untuk kulit berminyak dan kombinasi. Pelembap berasaskan air membantu melindungi kulit daripada UVA & UVB yang boleh merosakkan sel kulit.

3. Tea Tree Oil | Oil Control Serum (RM34.90)
Serum berasaskan gel-water based dengan ekstrak buah untuk mengawal lebihan minyak. Juga membantu menghilangkan liang pori untuk mengurangkan jerawat, blackheads dan whiteheads.

4. Tea Tree Oil Shower Gel (RM17.90)
Ia memberikan kesegaran yang luar biasa untuk membantu mengurangkan bau badan dan jerawat badan. Ia memberikan pembersihan lembut pada kulit menjadikan kulit segar dan licin tanpa rasa melekit. Ia adalah anti bakteria yang sesuai untuk semua orang.

5. Tea Tree Oil Magic Body Lotion (RM22.90)
Losyen yang membantu merawat untuk bau badan, jerawat badan dan selaran matahari. Ia memberikan kelegaan pada kerengsaan dan ketidakselesaan kulit. TTO Magic Body Lotion membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. Ia berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan bed bugs. Sesuai untuk semua orang dan setiap peringkat usia.



Testimoni sendiri dengan menggunakan Rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil

Betul ke 3 hari sahaja. Memang betul 3 hari sahaja jerawat di muka benar-benar mengecut dengan menggunakan TTO Facial Cleanser, TTO Purifying Mask dan diikuti dengan TTO Anti Blemish X-Press. 

Harus diingat bagi TTO Anti Blemish X-Press tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Untuk mereka yang berkulit sensitif, boleh gunakan TTO Anti Blemish Gentle. 

Nak bagi kulit muka lagi bersih dan licin, Fiza gunakan TTO Oil Control Serum. Ia sangat berkesan mengatasi blackheads di sekitar hidung Fiza ini.

Untuk jerawat di badan, guna sahaja TTO Shower Gel. Mandian juga tidak melekit serta terasa sangat bersih dan segar selepas mandian.

Sebagai pengguna Cosmoderm memang Fiza syorkan untuk pembaca mendapatkan rangkaian produk ini. Ia juga selamat digunakan untuk seisi keluarga. 


Semua produk Cosmoderm bebas paraben dan sulfat yang sesuai untuk pencinta penjagaan kulit yang mempunyai kulit sensitif. Cosmoderm juga menggunakan ramuan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia. 

Produk cosmoderm terdapat di farmasi, kedai kesihatan hospital, dan klinik di seluruh Malaysia termasuk kedai runcit di Singapura dan Lubnan yang menawarkan harga yang berpatutan untuk penggunanya.

Kesemua produk ini boleh didapati di Watsons, Guardian, Aeon Wellness, dan farmasi berhampiran korang. Julat harga adalah dari RM13.90 - RM34.90.

Untuk info lanjut dan pembelian secara online, boleh layari:

Website :www.cosmoderm.com.my
IG: https://www.instagram.com/cosmoderm/
FB : https://www.facebook.com/Cosmoderm


TO ACNE FREE WITHIN 3 DAYS! Beautiful Skin starts with Healthy Skin!

Post a Comment

6 Comments

  1. jenama yg dieprcayai.. dri beli produk yg bukan2.. yg ni pun harga mampu milik

    ReplyDelete
  2. Memang best pakai produk Cosmoderm tea tree ni, love sangat

    ReplyDelete
  3. Bagus tea trea oil ni. Nad pernh pakai serum dia yg kecik tu..

    ReplyDelete
  4. Ramai yang dah try this product and feedback pun sangat bagus.

    ReplyDelete
  5. Pnh guna produk ni juga sebelum ni.
    Okay la. Rupanya dia ada macam macam rangkaian produk kan..

    ReplyDelete
  6. Dah lama usha produk ni nanti nak cuba gel untuk kecut jerawat tu..

    ReplyDelete