Find us on Facebook

Chu Luv Topokki Spicy Carbonara segera dan halal

Assalamualaikum. Bila duduk rumah, mula la nak makan je memanjang. Kalau setakat makan nasi je memang bosan tahap power rangers. Teringin nak makan tteokbokki pedas-pedas macam kat restoran korea. Jadinya buka apps Shopee jela cari la pula makanan korea yang segera. 


Chu Luv Topokki Spicy Carbonara segera dan halal | Ada kisah sebenarnya pasal Topokki Spicy Carbonara ini. Kalau nak tahu Topokki Spicy Carbonara sebenarnya tak pedas langsung. Ingatkan toppoki yang macam makan kat restoran itu. Silapnya pergi beli yang carbonara. Al maklumlah tak pernah beli.


Nak masak pun senang guna microwave je


Kek beras pedas dalam ini slim sedikit


Packaging dia pun okay, cara gini


Masukkan semua bahan, masukkan air dan panaskan selama 3 minit 


Siap untuk dimakan, warna dia pun dah tahu tak pedas kan.

Oleh kerana misi untuk dapatkan kek beras yang pedas tak berjaya jadinya, Fiza akan dapatkan lagi jenama ini. Ianya halal, sedap serta senang untuk disediakan. Anak Fiza pun tumpang makan sekali sebab dia suka rasa kenyal-kenyal kek beras.

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. Wah tak pernah beli.. boleh try cari.. tapi kek beras memang sesuai cari yang pedas hihiih

    ReplyDelete
  2. Tak oernah rasa.. Nak try juga.. Kalau dpt pedas bagitau ye link

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap, tapi kita tak tahan pedas. Hehe

    ReplyDelete
  4. Boleh dicari ni. Senang nak disediakan...

    ReplyDelete