Assalamualaikum. Dalam zaman moden nie, jarang dah kita nak jumpa orang buat masker wajah di rumah melainkan kalau kita pergi buat rawatan wajah di spa atau pusat kecantikan muka. Datang pula pandemik covid-19 lagi lah susah nak dapatkan khidmat rawatan muka. Jadinya untuk kali ini Fiza nak kongsikan masker muka yang mana korang boleh beli dan buat sendiri di rumah dengan hasil yang lebih baik dan selamat.
Honey Turmeric Mask by Aura New You bantu mencerahkan kulit serta mengembalikan seri wajah | Hendak cantik secara semulajadi mestilah perlu jaga pemakanan. Sebabnya nak cantik luar, dalaman pun perlu cantik. Tapi selain itu pemilihan produk untuk cantikkan wajah pun sangat penting. Sebab itu Fiza pilih Honey Turmeric Mask by Aura New You. Apa bezanya masker ini dengan masker lain yang ada di pasaran? Ini yang Fiza nak kongsikan biar kita cantik sama-sama.
Bahan Semulajadi Honey Turmeric Mask
Terdiri daripada 8 bahan herba aktif semulajadi menjadikan ianya selamat untuk digunakan. Antaranya adalah:
1. Kunyit / Wild Turmeric
Mengandungi pelbagai zat dan vitamin, kunyit diperkaya dengan Vitamin C selain bahan antiseptik yang dapat mencegah radang kulit akibat tumbuhan jerawat atau luka. Selain itu kunyit juga dapat memperbaiki kulit yang rosak akibat terdedah di bawah pancaran matahari.
2. Javanese Ginger / Temulawak
Tumbuhan seperti kunyit ini memiliki kandungan utama kurkumin, yang merupakan sejenis polifenol. Mengandungi pati, protein, lemak, selulosa, dan mineral. Temulawak memiliki manfaat untuk membantu membuang sel-sel kulit mati di wajah.
3. Sandalwood / Cendana
Sandalwood atau cendana memiliki banyak khasiat untuk kecantikan. Bahan semula jadi ini biasanya digunakan untuk terapi kulit atau aromaterapi.
4. Kunyit Putih
Kandungan kunyit putih dipercayai antioksidan yang berkesan untuk menangkis serangan radikal bebas. Kandungan vitamin dan minyak pati daripada kunyit putih dipercayai dapat mencegah penuaan kulit.
5. Bunga Ros
Manfaat bunga ros dapat melembapkan kulit, mencegah penuaan, mengurangkan keradangan, dan juga merawat jerawat di wajah.
6. Akar Wangi
Mempunyai khasiat seperi anti-radang, antiseptik, sedatif, tonik dan banyak lagi. Boleh membantu mempercepatkan kehilangan parut atau lain-lain kecacatan pada kulit.
7. Cekur
Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Cekur yang amat berkhasiat dalam tradisi perubatan Melayu. Salah satunya ia turut membantu melambatkan kesan penuaan.
8. Licorice
Licorice adalah ekstrak tumbuhan berasal dari ekstrak akar manis yang dipercayai mempunyai banyak kebaikan untuk kulit, salah satunya adalah pencerah. Ia adalah ekstrak tumbuhan yang kaya akan vitamin E.
Manfaat dan Kebaikan Honey Turmeric Mask
Kesemua 8 bahan semulajadi yang terdapat dalam Honey Turmeric Mask menjadikan ia masker wajah terbaik. Ia memberikan manfaat dan kebaikan seperti :
- Membantu pengelupasan kulit sel mati dalam sekelip mata
- Membantu memberikan kesan pencerahan
- Membantu memberikan penghidratan kulit yang mendalam
- Membantu menghilangkan bintik hitam
- Membantu memberikan nutrisi yang lebih dalam pada kulit
- Membantu mengimbangkan tona kulit
- Membantu menambah seri wajah serta merta
HALAL dan SELAMAT
Analisis yang dijalankan di makmal menemukan Honey Turmeric Mask kaya dengan zat dan khasiat tumbuhan semulajadi seperti :
1. Zat Besi
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. Polifenol
Tiada logam berat seperti merkuri di dalam Honey Turmeric Mask yang ternyata selamat untuk digunapakai serta mendapat persijilan daripada KKM (NOT 200803366K)
Cara penyedian dan penggunaan
Ambil 1-2 sudu masker Masker Kunyit Madu dan tambahkan sedikit air atau boleh digantikan dengan madu asli / toner / jus lemon / yogurt biasa / susu segar- madu asli: untuk melembapkan dan menggilap kulit
- toner: untuk mengecilkan liang pori terbuka
- jus lemon: memutihkan dan mencerahkan
- yogurt biasa: pelembap dan penyejukan
- susu segar: menenangkan dan menyejukkan
Biarkan selama 15-20 minit. Buat scrub di wajah dan rasakan kesegarannya.
Testimoni sendiri dengan menggunakan madu asli
Misi untuk Fiza sendiri adalah untuk mendapatkan kulit wajah yang lembab dan glowing. Jadinya dengan menambahkan sedikit madu asli dan sedikit air. Kesannya amat menakjubkan.
Campuran Honey Turmeric Mask dengan madu
Hasilnya dapat dirasai serta merta setelah masker kering di wajah. Selepas 15 minit, Fiza dapat rasakan kulit wajah menjadi anjal dan lembut. Paling best ianya senang untuk dibilas dan tidak meninggalkan sebarang sisa masker di wajah. Ianya juga kurang bau dan senang disapu di muka.
4 langkah mudah untuk dapatkan kulit yang lembut dan anjal
Ia membantu memberikan kesan pantas pada kulit
Halal dan selamat untuk digunakan
Nak cari masker wajah yang selamat dan semulajadi? Fiza amat-amat syorkan korang untuk menggunakan Honey Turmeric Mask by Aura New You. Beauty magic mask semua dalam satu yang akan memberikan hasil magis pada kulit korang.
Harga asal RM 79 dan harga promosi adalah RM 65 (satu set percuma DIY BOWL)
dengan penghantaran percuma (untuk masa terhad sahaja). Untuk info lanjut dan pembelian, layari :
IG : @auranewyou atau @auraacademyhq
8 Comments
Memang best masker kunyit Aura New You ni. Kulit rasa lembut, licin dan anjal lepas guna. Bhn2 yang diguna semua semulajadi.
ReplyDeleteBestnya pakai masker. Lama dah dni tak pakai. Nak kena cari juga ni 😍
ReplyDeletekunyit mmg bagus utk kulit. bahan lain tu pun bagus2
ReplyDeleteProduk yang menarik 👍
ReplyDeletesedap pakai mask ini, akk rasa kulit akk naik seri hehehe. make up pun smooth cantik je !
ReplyDeleteBagus yurmeric mask ni.. Banyak kelebihan dia. Dulu nad buat sendiri.. Ni dh siap mcm ni.. Sennag
ReplyDeleteBerserinya muka fiza lepas. hihih
ReplyDeleteWah mudah dan cepat.
ReplyDeleteMasker kunyit ready made dah tak payah leceh-leceh nak buat sendiri lagi.