Find us on Facebook

Fernleaf CalciYum dengan Probio DR20 bantu sokong sistem imun serta sistem percernaan kanak-kanak

Assalamualaikum. Lumrah sebagai seorang ibu untuk memastikan kesihatan anak-anak sentiasa dalam keadaan terbaik dan dijauhi daripada sebarang penyakit. Begitu juga dengan saya, betapa penting dan cerewetnya saya kalau nak beri anak makan. Bukan apa, makanan dan minuman yang diberikan perlulah berkhasiat dan baik untuk tumbesaran serta percernaan anak-anak. 



Fernleaf CalciYum dengan Probio DR20 bantu sokong sistem imun serta sistem percernaan kanak-kanak | Produk susu kultur dan yogurt sebenarnya sangat baik untuk usus dan dipercayai mampu meningkatkan kesihatan tubuh badan. Namun begitu ia perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Oleh sebab itu, saya sendiri memilih Fernleaf CalciYum sebagai snek ringan untuk diberikan kepada Thaqif dan Huwainaa sepanjang berada di rumah.


Manfaat Utama Susu Kultur dan Yogurt Fernleaf CalciYum 

Kedua-dua minuman dan yogurt Fernleaf CalciYum mengandungi beberapa manfaat nutrisi utama iaitu probiotik (Probio DR20 ™) yang akan membantu menyokong sistem imun anak-anak saya. Disebabkan manfaat ini, saya akan pastikan dalam peti sejuk akan sentiasa ada Fernleaf CalciYum.

Susu Kultur dan Yogurt Fernleaf CalciYum


Susu Kultur Fernleaf CalciYum 

Terdapat dalam pek 110ml setiap botol dengan 4 pilihan varian rasa iaitu asli, epal, anggur, dan oren. Minuman susu kultur Fernleaf CalciYum memang sangat menyegarkan dan digemari oleh anak-anak saya. Setiap hari saya akan berikan Thaqif dan Huwainaa minum Fernleaf CalciYum kerana ia sangat sesuai dijadikan sebahagian daripada sarapan pagi atau snek yang enak buat anak-anak. 

Minuman susu kultur baik untuk membantu sistem imun anak-anak


Manfaat nutrisi Susu Kultur Fernleaf CalciYum

Susu Kultur Fernleaf CalciYum terdiri daripada :
  • Probio DR20 ™ - Bahan probiotik yang dipatenkan oleh Fernleaf. Probiotik diketahui menyokong sistem pencernaan yang sihat dan menjaga daya tahan badan yang kuat.
  • Kalsium & Vitamin D - Untuk tulang yang kuat.
  • Bakteria Baik - Untuk fungsi usus yang baik.

Empat pilihan perisa (Epal,Oren, Anggur dan Asli)


Terokai Keunikan A-Force dalam Susu Kultur Fernleaf CalciYum

Kini dengan Probio DR20 ™ yang dipatenkan dalam A-Force


A-Force membantu anak-anak kita untuk berada dalam keadaan sihat luar dan dalam serta menjadikan dan minda anak-anak aktif. Selain Probio DR20 ™ yang membantu penyerapan nutrien di persekitaran usus yang baik, Kebaikan Iron, Kalsium dan Vitamin D membantu menyokong pertumbuhan tulang-tulang yang kuat. Kesemua nutrien-nutrien ini dapat membantu menyokong keperluan harian anak-anak sekaligus menjadikan minda anak minda aktif.

Pek 110ml yang mudah dipegang dan diminum


Anak-anak sangat suka akan rasanya


Fernleaf CalciYum Yogurt 

Dengan 4 varian pilihan iaitu Yogurt Chocoberry, Yogurt Strawberry Mangga, Yogurt Strawberry Anggur dan Yogurt Vanilla Anggur. Fernleaf CalciYum Yogurt sangat baik untuk penghadaman, sebab itu saya memilih untuk membeli yogurt CalciYum. Variasi buah-buahan dengan rasa yang sedap dan berkrim buatkan kami sekeluarga menggemari akan rasanya. 

Kadang-kadang saya jadikan CalciYum Yogurt sebagai ais krim. Macam mana nak buat? senang sahaja. Hanya tambahkan batang ais krim ke dalam cawan yogurt dan bekukan dalam peti sejuk. Lagi senang nak menikmati yogurt kegemaran kami sekeluarga.

Fernleaf CalciYum Yogurt 


Hanya tambahkan batang ais krim ke dalam cawan yogurt


Manfaat nutrisi Fernleaf CalciYum Yogurt

Yogurt Fernleaf CalciYum mengandungi 2 kali kalsium yang baik untuk gigi dan tulang yang kuat serta kultur hidup yang membantu menyokong sistem pencernaan yang baik. Bersama-sama zink, yogurt Fernleaf CalciYum juga mempunyai Phoculipids, Vitamin A dan Vitamin D yang dapat membantu menyerlahkan potensi A-Force anak-anak saya.

Teksturnya yang lembut dan mudah ditelan


Sehari sekali baik untuk gigi dan tulang


Ais krim yogurt Fernleaf CalciYum 


Anak-anak suka rasa buah dalam Fernleaf CalciYum

"Sedap betul susu yogurt warna green nie mama"..

Itu memang ayat Thaqif, dia akan sebut nama warna pada botol susu kultur Fernleaf CalciYum. Perisa Epal memang kegemaran Thaqif. Rasa epal memang bantu hilangkan haus sebab Thaqif memang seorang yang sangat aktif bermain. Sistem pembelajaran secara online juga buat Thaqif cepat letih, jadi saya beri je Thaqif minum minuman susu yogurt nie. Nutrien-nutrien yang ada membantu Thaqif kekal aktif dan bertenaga.

Perisa epal kegemaran Thaqif


Huwainaa pula suka akan rasa Yogurt CalciYum. Sehari sekali dia akan minta untuk makan yogurt. Tak kisah perisa apa dia akan makan sehingga habis. Walaupun makan yogurt ia tidak mengganggu pemakanan dan susu Huwainaa kerana Yogurt CalciYum adalah snek ringan terbaik untuk diberikan kepada anak-anak.

Leka makan tak sedar habis


Rasa creamy dan sedap


Lagi sedap bila dibekukan menjadi ais krim


Percuma BoBoiBoy Toy Car

Untuk masa terhad nie, ada promosi beli minuman susu kultur Fernleaf Calcium percuma BoBoiBoy toy car. Jadi kena dapatkan cepat sementara stok masih ada.

Permainan mudah untuk meningkatkan kreativiti anak


BoBoiBoy Toy Car


Pengiktirafan 'Healthier Choice' dari Kementerian Kesihatan

Kedua-dua minuman susu kultur dan yogurt CalciYum juga mempunyai logo 'Healthier Choice' dari Kementerian Kesihatan. Ini adalah kerana kandungan gulanya yang rendah. Inilah sebabnya kenapa saya memilih snek Fernleaf CalciYum untuk anak-anak saya.

Mama pilih Fernleaf CalciYum untuk anak-anak mama

Minuman susu yogurt dan kultur Fernleaf CalciYum dipek dengan nutrisi A-Force ™ khas untuk dinikmati oleh kanak-kanak. Ia juga mengandungi Probio DR20 ™ - bakteria baik untuk menyokong persekitaran usus yang baik. 

Sebagai seorang ibu saya sangat mengesyorkan Fernleaf CalciYum dijadikan snek harian kerana khasiat dan manfaat dalam menyokong kesihatan anak-anak dari dalam dan luar. Saya yakin yang anak-anak anda juga pasti akan menggemari rasanya kerana telah terbukti anak saya benar-benar sukakan Fernleaf CalciYum.

Untuk info dan maklumat lanjut, layari https://www.calciyum.com.my/

"Healthy Gut, Healthy Body"

Post a Comment

16 Comments

  1. Sedap. Anak2 suka makan fernleaf calcium ni.

    ReplyDelete
  2. Selera sungguh diorang makan calciyum

    ReplyDelete
  3. Fernleaf yogurt tak pernah try lg. Nnti nk belikan sumayyah lah

    ReplyDelete
  4. CalciYum ni memang sedap, minum sejuk sejuk syok ja

    ReplyDelete
  5. Wah, ceria bersama anak-anak disamping Fernleaf CalciYum!!

    ReplyDelete
  6. Memamg sedap fernleaf ni.. Anak2 pun suka

    ReplyDelete
  7. Suka mainan tu. Dulu suka kumpul.

    ReplyDelete
  8. Anak-anak memang suka minum susu dan yogurt macam nie kan.. selain rasa yang sedap bagus juga untuk kesihatan usus kan..

    ReplyDelete
  9. Kalau g pasaraya memang akan beli calciyum. Bnda wajib beli sebab sedappp sgt

    ReplyDelete
  10. Air fernleaf calcium ni anak2 memg suka.. Kalau boleh habis sehari. Bnayak kebaikan air ni kan. Pelbagai eprisa.. Yogurt tu pun sedap

    ReplyDelete
  11. Cucu2 kak meang suka sangat minum Fernleaf ni ta sabar2 nak minum nila nampak fernleaf calciyum dgn yogurt

    ReplyDelete
  12. Anak anak akak pun suka minum air ni. Balik ni kena beli juga untuk anak bujang

    ReplyDelete
  13. I selalu buy this for my anak buah and my family also, we all like the flavour and taste juga.

    ReplyDelete
  14. Susu kultur calciyum ni wajib ada dlm peti ais rumah ana. Bukan syafi je minum, dengan ana sekali join sekaki. Hehe.sedap tau.

    ReplyDelete
  15. anak suka mak pun suka.. haha.. tp mmg sedap rs dia..

    ReplyDelete