Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur
kerana kerajaan telah mengumumkan mengenai kebenaran untuk pencarum KWSP
membuat pengeluaran wang KWSP mereka melalui Skim i-Lestari dan i-Sinar. Ini
adalah khabar gembira dan sedikit melegakan buat ahli KWSP berikutan
situasi COVID-19 yang melanda dunia, ada yang hilang pekerjaan,
diberi cuti tanpa gaji dan ada juga yang hilang sumber pendapatan.
Zakat KWSP | Pengeluaran wang KSWP wajib zakat atau tidak? | Seperti yang kita tahu pengeluaran i-Lestari KWSP telah bermula 1 April 2020 iaitu ahli KWSP yang berusia 55 tahun ke bawah boleh mendapatkan RM500 sebulan dari Akaun 2 mereka untuk tempoh 12 bulan.
Bagi i-Sinar pula, ia merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Ahli yang layak memohon boleh mula membuat permohonan mulai Januari 2021.
Kewajipan Berzakat
Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.Zakat juga adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima.
Dengan mengambil kira segala syarat wajib zakat iaitu islam, pemilikan sempurna, cukup nisab, cukup haul dan harta yang berkembang. Adakah wang yang dikeluarkan daripada wang KWSP wajib dizakatkan?
Dalil Wajib Zakat
Zakat Pengeluaran Wang KWSP
Wang KWSP adalah harta simpanan yang dicarum daripada pendapatan pekerja dan caruman majikan di dalam akaun KWSP pekerja berdasarkan akta KWSP.
Wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum terlepas daripada kewajipan zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna. Syarat milik sempurna tidak wujud kerana pencarum terikat dengan akta KWSP yang tidak membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan melainkan dalam keadaan tertentu melalui skim yang disediakan oleh KWSP.
Apabila wang KWSP layak dikeluarkan, maka syarat milik sempurna wujud dan pengeluaran tersebut wajib di zakatkan.
Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya.
Kaedahnya sebagaimana berikut:
Perkara 1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan.
Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang daripada nisab.
Perkara 2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan.
Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.
ii. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat.
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan.
Jenis Zakat KWSP
Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.
- Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
- Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)
2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
Zakat KWSP bagi Situasi i-Lestari dan i-Sinar
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan dalam situasi wabak covid, yang mana individu tersebut hilang sumber pendapatan, hilang kerja, dibuang kerja atau seumpamanya, dan tujuan pengeluaran adalah untuk menampung keperluan hidup, ia terlepas dari kewajipan membayar zakat.
Namun, jika pengeluaran dibuat bukan dalam keadaan bukan terdesak, kewajipan zakat adalah tertakluk sebagaimana dlm perkara 1 dan 2 di atas.
Zakat di hati #kongsirezeki
Sesungguhnya dengan berzakat, ia dapat mengurangkan jurang antara mereka yang kaya dengan mereka yang miskin. Terlalu banyak hikmah dan manfaat yang kita akan peroleh dengan memberi zakat. Zakat bukan sahaja untuk kebaikan pengeluar malah juga buat penerimanya.
Untuk maklumat lanjut layari https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-kwsp/
Kira Zakat KWSP :
Tunai zakat anda di https://fpx.zakatselangor.com.my
Laman Web: www.zakatselangor.com.my
Facebook: zakatselangor
Instagram: zakatselangor
Telefon: 1 300 88 4343
8 Comments
Terima kasih perkongsian nya sis.. ni kalau lps permohonan ni bole la byr zakat kn hehe
ReplyDeletebaru tahu kan pasal zakat kwsp ni, kena tengok balik kalau2 pernah keluarkan kwsp sebelum ni
ReplyDeleteJom tunaikan tanggungjawab bayar zakat.
ReplyDeleteNice info
ReplyDeletethanks info, menarik untuk dibaca.
ReplyDeleteBagus kongsi ni.. Mungkin tak ramai tau
ReplyDeleteterima kasih sebab ingatkan.
ReplyDeleteBanyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...
ReplyDelete