Find us on Facebook

Khasiat dan manfaat minuman kolagen Sakura Collagen + oleh Vii Nutrition yang ramai kurang tahu

Assalamualaikum. Sambil menaip entry dengar lagi K-Pop, barulah dapat idea yang mencurah-curah. Tak gitu. Bukan nak cerita pasal K-Pop yer, sebab kalau pasal K-Pop sampai esok pun tak habis. Fiza nak share mengenai minuman kolagen yang semestinya baik untuk mengurangkan kesan penuaan pada wajah. Sebab yang pastinya kita semua akan tua, tapi biar umur meningkat, wajah maintain muda. Siapa setuju dengan Fiza.

Hadiah dari Vii Nutrition sebagai pengamal setia Sakura Collagen +


Khasiat dan manfaat minuman kolagen Sakura Collagen + oleh Vii Nutrition yang ramai kurang tahu | Dalam banyak minuman kolagen yang ada di pasaran, sekarang Fiza kekal pilih Sakura Collagen + oleh Vii Nutrition. Fiza dah amalkan hampir 2 bulan tau. Bermula pada akhir bulan November tahun lalu sampai la sekarang. Hari-hari Fiza akan bancuh dan minum Sakura Collagen +. 


Kepentingan Kolagen 

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang serta kembali kepada kedudukan asal.

Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut. Selain itu, kolagen turut memainkan peranan penting terhadap tulang.


Komponen tulang sendiri terdiri daripada gabungan kolagen dan satu bahan mineral yang dipanggil hidroksiapatit. Gabungan kedua-duanya memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.

Dinding salur darah tubuh kita juga terbina daripada kolagen yang membantu memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas menyalurkan darah ke seluruh tubuh.



Sakura Collagen + keluaran Vii Nutrition

Sakura Collagen + adalah produk baru oleh Vii Nutrition. Ia diformulasi dari  bahan anti-penuaan yang dipatenkan dengan TetraSOD dan Verisol, serta ekstrak semula jadi dari Sakura, Yuzu Seed dan Roselle.



Kebaikan dan manfaat Sakura Collagen + 

Membantu menganjalkan kulit 
Membantu mengekalkan kelembapan kulit
Membantu mengurangkan kedutan
Membantu mencerahkan tona kulit
Membantu memperbaiki struktur kulit
Mmebantu menjadikan kulit lebih soother
Membantu pertumbuhan kuku bertambah baik
Membantu penyembuhan parut dengan lebih baik


Nasihat pengambilan Sakura Collagen +

1 sachet sehari. Campurkan dengan 100 ml air sejuk
Ambil dengan perut kosong untuk kesan yang lebih baik

Membantu memperbaiki struktur kulit untuk lebih sihat dan anjal


1 sachet sehari. Campurkan dengan 100 ml air sejuk


Persoalan mengenai Sakura Collagen +

Adakah SC + selamat untuk ibu menyusu / hamil? Kami selalu mengesyorkan agar berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu, kerana keperluan pemakanan boleh berbeza-beza ketika menyusu atau hamil.
Bolehkah SC + diambil sewaktu datang bulan? Kami mengesyorkan pengambilan SC + dua kali sehari kerana kehilangan kolagen dan protein dua kali ganda dalam tempoh tertentu.

Bolehkah saya mengambil kolagen ini bersama ubat / ubat / produk herba lain? Ya, SC + boleh diambil bersama makanan tambahan atau produk herba anda yang lain. Untuk ubat-ubatan, kami mengesyorkan sekurang-kurangnya satu jam antara penggunaan.

Antara produk keluaran Vii Nutrition


Rasa manis buah dan sedap


Untuk wajah kekal muda, amalkan Sakura Collagen + setiap hari


Nak pastikan badan kekal bertenaga dan sihat, awet muda dan cantik, perkara utama yang kita perlu ambil tahu adalah mengenai tahap kolagen yang ada dalam badan kita. Yang pasti kolagen akan berkurangan mengikut umur. Jadi langkah terbaik adalah dengan mengamalkan pengambilan kolagen dari sumber yang halal dan sah.

Untuk info lanjut mengenai Sakura Collagen+ dan pembelian, boleh layari https://www.viinutrition.com/product/sakura/ 

Post a Comment

9 Comments

  1. menarik juga produk ni.
    kita ni wanita, lagi2 mcm kak pip yg dah 4 series ni, memang kena jaga kesihatan luaran dan dalaman sangat2...

    ReplyDelete
  2. bagus amalkan pengambila kolagen ni bagi kaum ibu. Mcmana dgn org lelaki? Boleh ke ambik?

    ReplyDelete
  3. jujur tak pernah tau yg kolagen ada bawa kebaikkan kepada tulang. wajib cuba ni lagi-lagi dah masuk 30 series ni!

    ReplyDelete
  4. Kak Sue pun tengah cuba produk nie juga..

    ReplyDelete
  5. Makin berusia ni memang kene ambik collagen.. Siap boleh utk tulang.. Bgusnya..

    ReplyDelete
  6. Lama dh xminum minuman collagen.... Boleh try nanti utk awet muda hehe

    ReplyDelete
  7. Semakin umur meningkat memang bagus amalkan minum kolagen untuk kesihatan dan kecantikan kan

    ReplyDelete
  8. Akk thn ni 40 thn. Mmg nk kena amek collagen. Masuk list dulu collagen ni

    ReplyDelete
  9. Lepas baca i pun tak sabar nak try this collagen drink. Will check out their site.

    ReplyDelete