Find us on Facebook

Review | Sedap ke Kellogg’s Strawberry and Banana Corn Flakes nie? #KelloggsEnergyBowl

Assalamualaikum. Betul kan, kalau dah ada anak, anak pula dah makin pandai minta makan, kadang-kadang kita jadi buntu juga nak sediakan apa untuk sarapan pagi. Sarapan pula mestilah berkhasiat dan memberikan tenaga untuk anak-anak yang sedang membesar. Nak cepat dan senang, di rumah Fiza memang wajib ada breakfast cereal Kellogg’s.

Sarapan berkhasiat dan mudah disediakan

Review Sedap ke Kellogg’s Strawberry and Banana Corn Flakes nie? #KelloggsEnergyBowl | Selalu kalau korang biasa dengan Kelloggs Original apa kata kali ini cuba Kellogg’s Strawberry Corn Flakes dan Kellogg’s Banana Corn Flakes pula. Ia mempunyai buah-buahan yang sebenar serta mengandungi Vitamin C, & ia sedap dengan puree yang sebenar.

Anak-anak Fiza suka ratah macam tu je

W.k. Kellogg mempelopori pemakanan sihat dengan membuat dan mempromosikan Kellogg's Corn Flakes yang terkenal di dunia, serpihan roti jagung yang menyediakan nutrien penting.

Kellogg’s Strawberry dibuat dengan Real Corn yang dilapisi dengan Strawberry Puree sebenar serta mengandungi kepingan buah beri yang sebenar. Sangat berkhasiat kerana ia juga mengandungi 9 mikronutrien / vitamin & mineral penting

Kellogg's Banana pula dibuat dengan jagung asli yang dilapisi dengan puri pisang asli. Mengandungi - kepingan pisang sebenar serta mengandungi 9 mikronutrien / vitamin & mineral penting.

Dua-dua pun sedap

Lebih berkhasiat bila ditambah dengan buah-buahan sebenar


Rasa kedua-dua Kellogg’s Cereal ini memang sedap. Kami sekeluarga suka juga buat kunyah-kunyah bila teringin nak snack.

Lagi berselera bila Kellogg’s Cereal ditambah dengan susu segar dan buah-buahan. Nak ratah gitu pun okay. Kan bagus Kellogg’s Cereal nie. Segalanya ada dalam satu mangkuk. Korang pun wajib cuba tau.

Nak dapatkan secara online pun boleh di Shopee Mart --> Kellogg's Cereal Official

#KelloggsEnergyBowl

Post a Comment

1 Comments

  1. Wah.. Nampak menarik.. Sesuai dijadikan sarapan pagi atau kudapan ringan untuk anak-anak ini..

    ReplyDelete