Find us on Facebook

10 resipi air minuman yang menyegarkan untuk berbuka puasa

Sepanjang bulan Ramadhan, pastinya kita mencari-cari minuman, air yang best untuk berbuka puasa, yang sedap dan dapat mengembalikan semula tenaga setelah seharian berpuasa. Berikut Fiza nak kongsikan 10 resipi air mudah dan senang, menyegarkan untuk berbuka puasa dengan hanya menggunakan produk daripada F&N Life.




1. Sour Plum Chrysanthemum - Hidangan 4 orang


Bahan-bahan
  • 8 biji / 2 biji setiap hidangan Asamboi
  • 240ml / 60ml setiap hidangan Air panas
  • 1 paket / 200ml setiap hidangan F&N SEASONS Krisantimum 1L
  • Secukupnya Ais

Langkah-langkah
  1. Rendamkan asam boi ke dalam air panas selama 2 minit
  2. Masukkan ais dalam gelas-gelas tersebut.
  3. Bahagikan air rendam dengan asamboi ke dalam gelas individu.
  4. Penuhkan gelas dengan F&N SEASONS Krisantimum.

2. Passion Fruit Water Chestnut - Hidangan 4 orang


Bahan-bahan
  • 120g / 30g setiap hidangan Buah Markisa
  • 4 tin / 240g setiap hidangan F&N SEASONS Sengkuang Cina
  • Secukupnya Ais
Langkah-langkah
  1. Masukkan buah markisa ke dalam setiap gelas.
  2. Tambahkan ais.
  3. Isi dengan F&N SEASONS Sengkuang Cina.

3. Jade Lime Royale


Bahan-bahan
  • 4 batang Serai
  • 1L 100PLUS Lemon Limau
  • 1 tin Tin longan
  • 200g Ais

Langkah-langkah
  1. Campur semua bahan-bahan dan 100PLUS Lemon Limau ke dalam jug
  2. Hidang minuman di dalam gelas individu.

4. Gold Pineapple Delight


Bahan-bahan
  • 3 tin 100PLUS Original 325ml
  • 1 tin F&N Fruit Tree Laici 300 ml
  • 400ml Jus nanas
  • 3/4 cawan Daun pudina
  • 1 sudu besar Jus lemon
  • 200g Ais
Langkah-langkah
  1. Koyak daun pudina ke dalam jug.
  2. Campur semua bahan-bahan dan 100PLUS Original ke dalam jug.
  3. Hidang minuman di dalam gelas.

5. Special Katira Soda


Bahan-bahan
  • 1 tin Krimer Sejat F&N
  • 6 sudu beasr Krimer Manis Kalsium Tinggi F&N
  • 3 cawan Aiskrim Soda F&N
  • Secukupnya Pewarna hijau dan esen pandan
  • 2 cawan Ais batu
  • 5 sudu besar Kurma (dikisar)
  • 5 sudu besar Kismis (dikisar)
  • 5 sudu besar Kacang badam (dipanggang, dibuang kulit dan dikisar)
  • 5 sudu besar Biji selasih (direndam dengan air)
  • 5 sudu besar Kembang semangkuk (direndam dengan air)
  • 5 sudu besar Getah anggur/Katira (direndam dengan air)
Langkah-langkah
  1. Campurkan Krimer Sejat F&N dan Krimer Manis Kalsium Tinggi F&N bersama Aiskrim Soda F&N, pewarna hijau dan esen pandan.
  2. Sediakan 5 gelas dan masukkan 1 sudu besar kurma, kismis, kacang badam, biji selasih, kembang semangkuk dan getah anggur ke dalam setiap gelas.
  3. Tuangkan air campuran di langkah 1 ke dalam gelas dan masukkan ais batu. Hidangkan serta merta.

6. Bandung Float


Bahan-bahan
  • 250ml Sirap Ros F&N (campuran sirap)
  • 250ml Krimer Sejat F&N (campuran sirap)
  • 250g Susu Sejat Krim Penuh Ideal (krim putar)
  • 50g Gula icing (whipped cream)
Langkah-langkah
  1. Campurkan semua campuran sirap ke dalam jag, kemudian tuangkan campuran ke dalam setiap gelas 2/3 penuh.
  2. Dalam mangkuk pencampuran, sebatkan Susu Sejat Krim Penuh Ideal dan gula icing hingga pekat dengan hand mixer.
  3. Masukkan krim yang disebat ke atas setiap gelas.

7. Special Banana Lassi - Hidangan 3 orang


Bahan-bahan
  • 300g Pisang masak
  • 1/2 sudu kecil Sebuk kulit layu manis
  • 1 tin Krimer Sejat F&N
  • 3 sudu besar Jus lemon
  • 450g Ais batu
  • 5 sudu besar Gula melaka yang tellah dicairkan
Langkah-langkah
  1. Masukkan serbuk kayu manis dan ais ke dalam pengisar dan kisar hingga rata. Hidangkan ketika masih sejuk.
  2. Selepas 40 minit, masukkan campuran di langkah 1 dan baki susu di dalam tin berserta pisang dan gula melaka yang telah dicairkan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga sebati.
  3. Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan ais batu ke dalam pengisar, kisarkan lagi sehingga ais batu lumat. Hidangkan serta merta.

8. Ice Blended Avocado Coffee


Bahan-bahan
  • 2 biji Alpukat, dibuang biji dan kulit
  • 1 cawan Krimer Manis Kalsium Tinggi F&N
  • 2 cawan Krimer Sejat F&N
  • 600g Ais
  • 4 sudu besar Serbuk kopi segera (Kopi)
  • 4 sudu besar Air panas (Kopi)
Langkah-langkah
  1. Kisarkan semua bahan-bahan kecuali kopi sehinga sebati.
  2. Campurkan kopi segara dengan air panas, membahagikan 1 sudu besar kopi kepada setiap gelas.
  3. Masukkan jus alpukat ke dalam setiap gelas. Hidangkan.

9. Soda Gembira - Hidangan 1 orang


Bahan-bahan
  • 1 tin Strawberi F&N 325ml
  • 50g Krimer Manis Bervitamin F&N
  • secukupnya Ais
Langkah-langkah
  1. Sediakan satu gelas besar, Masukkan Krimer Manis Bervitamin F&N, isikan gelas dengan ais sampai penuh
  2. Masukkan Strawberi F&N, Hidangkan.

10. Soda Herbs - Hidangan 4 orang


Bahan-bahan
  • 8g Daun pudina
  • 4 batang Serai
  • 40ml Jus lemon
  • 80g / 8 biji Assam boi
  • 160g / 12 biji Laici tin
  • 800ml Aiskrim Soda F&N
  • 400g Ais
Langkah-langkah
  1. Lenyekkan serai, dan daun pudina untuk mengeluarkan aroma.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam balang dan kacau hingga sebati
  3. Hidangkan sejuk dalam gelas individu
Kredit resipi dan gambar : F&N Life

Selesai sudah 10 resipi air yang boleh dihidangkan dengan cepat dan mudah dengan hanya menggunakan produk daripada F&N Life. Di samping menghilangkan dahaga ia juga mampu memberikan semula kesegaran kepada badan untuk kita meneruskan pula solat terawikh setelah berbuka puasa.



Nak lebih lagi resipi minuman dan masakan? 

Dapatkan aplikasi F&N Life di Apps Store dan Google Play secara percuma. Dalam aplikasi ini terkandung pelbagai info produk, resipi masakan, perkongsian resipi dan produk F&N juga boleh dibeli secara terus melalui aplikasi F&N Life. Sempena bulan Ramadhan ini juga, boleh hadiahkan F&N Life Ramadhan Bundle, F&N Life Raya Bundle atau Pek Kasih Ramadhan kepada keluarga dan buat yang tersayang.

Post a Comment

5 Comments

  1. sedapppnyaaaa kathira... yang kat bazar kL semua tipuuu hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya buat berbuka puasa ni.

    ReplyDelete
  3. Lega tekak minum macam ni. Terliur yang avokado tu. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  4. Macam2 jenis air boleh buat kan..sedap semuanya..segar tekak

    ReplyDelete