Find us on Facebook

Nasi Dagang Grannies | Nasi Dagang Terengganu terlaris di KLCC kini terlaris dihatiku

Assalamualaikum. Baru-baru nie ternampak posting kawan masak nasi dagang. Terliur kita dibuatnya. Nak masak nasi dagang kena beli beras nasi dagang. Lepas tu, nak kena pergi beli ikan tongkol lagi. Barang masakan untuk menyediakan Nasi Dagang pun tiada kat rumah nie.

Susah-susah sangat kita try cari Nasi Dagang sedap kat area KL-Selangor nie. Zaman internet, cari apa pun jumpa. Memang rezeki betul dapat rasa Nasi Dagang Terengganu yang memang sangat popular di kalangan artis tempatan.


Grannies Nasi Dagang Terengganu terlaris di KLCC kini terlaris dihatiku | Bila tengok review kat FB Grannies nie, rata-rata artis dah cuba. Dato' Siti Nurhaliza pun dah cuba Grannies. Tak tunggu lama, sebab memang teringin sangat nak makan Nasi Dagang, guna je khidmat Nasi Dagang Delivery, whatsapp je dah boleh makan. Dorang hantar pula secara contactless, jadi tak perlu risau dengan situasi pendemik sekarang.


Nasi Dagang Terengganu Premium

Mereka menyediakan 3 pilihan pek iaitu Value Pack, Jumbo Pack dan Family Pack. Jumbo pack pula ada 2 set pilihan iaitu Set Kenyir dan Set Kuala. Alang-alang nak makan, Fiza ambil Set Kenyir. Dalam set nie ada 5 pack Nasi Dagang Saiz Jumbo, lauk ayam, ikan tongkol, udang dan gulai telur siap dapat free gift cookies lagi.

Gembira tak terkata


Keunikan disebalik bungkusan Grannies Nasi Dagang

Pertama kali Fiza tengok nasi dibungkus daun pisang setinggi lebih kurang 20cm. Bungkusan berbentuk kon segitiga mereka panggil keronsong. Banyak effort dan preparation yang mereka buat bagi menghasilkan Nasi Dagang yang bermutu. No wonder lah ia digelar terlaris di KLCC. Segalanya home made.

Grannies Nasi Dagang unik dibungkus dengan
daun pisang berbentuk kon segitiga

Ramai yang cakap keronsong/packaging nasi dagang grannies cantik, kemas, rahsianya #granniesgreatteam ni buat dengan penuh rasa kasih & sayang 😍 haa gitew ! - IG Grannies.my


Nasi Dagang Aroma Daun Pisang

Bila buka bungkusan, keluarlah semerbak aroma nasi dagang. Sangat menyelerakan dan wangi ditambah dengan bau halba dalam nasi. Itu baru nasi. Makan macam tu pun dah sedap. Nasi dagang Grannies buatkan kita rasa macam duduk kat Terengganu.

Set Kenyir

Jemput makan kawan-kawan

Selain gulai ikan tongkol, ada gulai ayam, gulai telur dan paling istimewa gulai udang. Semuanya sedap sampai tak tahu nak pilih gulai mana yang nak dimakan. Susah-susah sangat makan je semua. Tapi paling sedap Nasi Dagang Grannies nie dimakan dengan ikan tongkol. Husband pun tak nafikan yang gulai ikan tongkol atau ikang aye (longat ganu) memang sedap. Husband pun orang Kelantan, kita orang Pahang, memang tak lari dengan Nasi Dagang nie.

Meriah lauk Nasi Dagang, ada telur, ikan tongkol dan ayam

Gulai ikan tongkol

Gulai ayam

Gulai Udang

Menu Grannies Jumbo

Pilihan set yang ada


Tempah Grannies Nasi Dagang Terengganu sekarang!!

Bagi anak perantau macam kami terutamanya anak-anak pantai timur, pasti rindu sangat dengan Nasi Dagang. Sebab sekarang pun memang tak dapat pulang ke kampung, boleh lah order Nasi Dagang nie. Sedikit sebanyak terubat rindu nak Nasi Dagang kat Terengganu tu.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi wa.me/60139075199 atau boleh juga layari :



#kbba9 #kelabbloggerbenashaari #nasidagang #nasidagangdeliverykl #nasidagangdelivery #grannieslovers #terengganu #terengganufood #terengganukite #grannies #nasidagangpremium #nasidagangterengganu #nasidagangKL #terlarisdiKLCC

Post a Comment

3 Comments

  1. Sedapnyer nasi dagang lauk ikang aya

    ReplyDelete
  2. wah sedap yer tengok fiza makan nasi dagang... kuah ni nampak pekat, memang pior ganu tu

    ReplyDelete