Assalamualaikum. Ajaran sesat yang berkembang di dunia, ajaran sesat di Malaysia bukanlah sesuatu perkara baru. Antaranya adalah Ajaran Qadiani atau juga dikenali dengan ajaran Ahmadiah yang mana pengamal kepercayaan ini sangat bercanggah dengan Islam serta perintah-perintah Allah SWT.
Dalam penulisan saya kali ini, pembaca akan mengetahui apa itu Ajaran Qadiani (Ahmadiah), apakah pegangan akidah atau amalan mereka yang menyebabkan mereka difatwakan sebagai terkeluar daripada ajaran Islam. Harus diingat bahawa ajaran sesat bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap
individu, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan
negara.
Sumber : Mais
Ajaran Qadiani (Ahmadiah) ajaran sesat, umat Islam harus lebih waspada dan berhati-hati | Sikap keterlaluan atau ekstrem dalam beragama bermaksud
berlebih-lebihan dalam pengamalan dan pelaksanaan hukum hakam syariat serta mempersulit diri sendiri atau orang lain. Ia
juga bermaksud bersikap rigid atau terlalu tegar terhadap orang
lain dalam urusan-urusan agama tanpa mempertimbangkan etika syariat dan kaedah-kaedah agama.
Sikap sebegini merupakan
sikap yang dicela dan ditentang oleh Islam. Ajaran menurut bahasa bermaksud segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori, mazhab atau hukuman (Kamus Dewan 2007: 20). Sesat menurut bahasa bermaksud tidak mengikut jalan yang betul, tersalah atau tersilap jalan, terkeliru atau menyimpang dari jalan yang benar (Kamus Dewan 2007: 1478). *
Kombinasi perkataan “ajaran sesat” menurut Kamus Dewan bermaksud ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam (Kamus Dewan 2007).*
*Sumber MAIS : AJARAN-SESAT-MERUNGKAI-KEKUSUTAN-DAN-KECELARUAN.pdf
Asal usul Gerakan Qadiani dan pengasasnya
AJARAN Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab.Diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor.
Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar.
Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Keputusan itu menyebabkan kumpulan tersebut semakin lumpuh.
Terdapat pelbagai penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu.
Beliau berkata: “Demi ALLAH yang nyawa saya di tanganNya, Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti.
Beliau turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya. Beliau mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh ALLAH dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.
Selain itu, beliau mendakwa dirinya mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi ALLAH itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta”.
Katanya lagi: “Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya. Turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid.
Mirza Ghulam Ahmad turut menafikan konsep jihad. Beliau telah menyebutkan perihal jihad seperti berikut:
“Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.”
Di samping itu, beliau turut melakukan tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya.
Keputusan Fatwa Selangor
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (dikenali sebagai Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' dalam Enakmen terdahulu) telah memutuskan bahawa':
1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya.Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia.
2. Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.
3. Antara ciri-ciri ajaran itu menurut Mirza Ghulam Ahmad:
• Sebagai nabi yang menerima wahyu
• Imam Mahadi
• Isa al-Masih
• Mempunyai mukjizat
• Para nabi menyaksikan dirinya
• Malaikat sebagai pancaindera tuhan
• Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya di Srinagar, India
4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut:
- Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza
- Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II).
- Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.
- Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan.
- The Holy Quran With English Translation And Commentary (Vol II, Part I) yang dikarang oleh M Mas’ud Ahmad.
Fatwa tahun 1998 di atas telah diperincikan pada tahun 2000 iaitu:
Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil adalah:
Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;
1. Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;
2. Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya; dan
3. Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan
4. Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Kesimpulan
Akidah Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak akidah dapat dijauhi.
Oleh itu, umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.
Segera laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama bagi membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam.
Umat Islam harus berhati-hati supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyimpang daripada Islam.
Sesungguhnya hanya Islam merupakan agama yang diredai
Allah SWT. Firman Allah SWT:
Wassalam.
1 Comments
ajaran sesat Qadiani nih memang dah lama bertapak dekat Malaysia
ReplyDeletesemoga dapat dihapuskan lah daripada muka bumi Malaysia nih