Find us on Facebook

TUHEV FAME : Si kecil tampil bergaya dan selesa dengan koleksi pakaian terkini dan trendy

Assalamualaikum. Tahun ini sahaja boleh dikatakan ramai sahabat-sahabat dan kenalan Fiza yang selamat melahirkan bayi termasuklah ahli keluarga Fiza sendiri. Alhamdulillah.  Tapi apa boleh buat, nak tengok baby memang tak boleh apa lagi nak melawat. Hanya mampu ucapkan tahniah dan video call sahaja. 

Tapi dah menjadi tradisi dan amalan tak kira bangsa dan agama, kelahiran bayi akan disambut dan paling kurang kita akan memberikan hadiah buat si kecil yang baru lahir. Seronok kalau beri hadiah pada baby nie, rasa puas bila si kecil dapat pakai baju yang kita berikan. Tambahan pula kalau boleh personalize baby gift.



TUHEV FAME : Si kecil tampil bergaya dan selesa dengan koleksi pakaian terkini dan trendyMemandangkan kawan Fiza pun baru je selamat melahirkan anak pada bulan Mei lalu, jalan mudah untuk beri hadiah dengan search di internet je. Kot la jumpa platform best nak beli baju dan barangan baby.


Tahu tak yang Fiza terjumpa satu platform membeli barangan dan pakaian bayi TUHEV FAME yang menyediakan koleksi yang trendy dan terkini. Menariknya bila Fiza tengok satu per satu gambar, dalam hati terdetik, bestnya koleksi pakaian yang ada kat TUHEV FAME nie. 

Koleksi pakaian di sini memang cantik dan menarik dan sangat sesuai untuk mommies yang ada bayi yang baru lahir sehinggalah umur 3 tahun. Tak dapatlah nak shopping untuk Huwainaa sebab dia dah 4 tahun. Tapi still boleh hadiahkan pada yang kita nak.


Kenali TUHEV FAME 

Fokus utama TUHEV FAME adalah memberikan anak-anak kecil pakaian yang terbaik dan mengutamakan kualiti, kemampuan, dan perkhidmatan pelanggan. 

Seperti orang dewasa yang mempunyai koleksi pakaian yang cantik-cantik dalam almari pakaian, dapat bayang tak kalau dalam almari pakaian anak kita juga ada pakaian dan koleksi bergaya. Memahami keinginan setiap ibu bapa,  TUHEV FAME memulakan eksplorasi intensif di bidang pakaian, dorongan untuk mengubah kerja keras dan inspirasi menjadi booming online store yang kini berkembang pesat.

Kini mereka memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada industri online clothing. 


Koleksi TUHEV FAME

Antara koleksi pakaian yang terdapat di sini adalah seperti Dresses, Jumpsuits, Rompers, Socks, Sweaters dan Tshirt with Shorts. Material kain pula kebanyakkan adalah kapas (cotton). Hanya sesetengah sahaja pakaian yang dengan campuran poliester. Jadinya pakai tidak mudah kedut dan paling penting bayi tidak merasa panas dan masih selesa kerana material masih mengandungi masih didominasi oleh kapas.


Dresses
ESHA SLEEVELESS BOW DRESS


Untuk koleksi dress, Tuhev Fame ada lebih kurang 7 jenis dresses. Banyakkan pilihan yang menarik. Sebab itu Fiza dah mention tadi yang koleksi pakaian di sini sangat menarik dan trendy. Koleksi yang ada terdiri daripada knitted dress, collar dress, long sleeve dress,  Bow dress, Top with blommer, Denim dress dan Dress with pants. 


LILY STRIPED TOPS DRESS WITH FLORAL PANTS

FABRIC: COTTON BLEND

TIA LONG SLEEVE FLORAL DRESS

RYENA DEER KNITTED DRESS



Jumpsuits dan Rompers


Teringat waktu Huwainaa baby dulu, Fiza memang suka pakaian anak jumpsuits dan rompers. Mesti ramai juga mommies yang keliru antara dua jenis pakaian ini kan. Sebenarnya ada beza sedikit antara Jumpsuits dan rompers nie. Kalau jumpsuits ada tali di bahu, dan kalau rompers nie, baju bercantum terus dengan seluar.

Di Tuhev Fame, ada koleksi jumpsuits yang terdiri daripada Knitted Jumpsuit dan Floral Jumpsuit. Untuk rompers pun ada Sleeveless Cotton Romper, Dress with headband, Romper with cap dan Loose Short Sleeve.

ANNA FLORAL ROMPER

LYLA COTTON FLY SLEEVE ROMPER

EMMA & EVAN UNISEX KNITTED JUMPSUIT

VIN OVERSIZED COTTON LOOSE SHORT SLEEVE ONESIE



Koleksi Sweaters

Baju sejuk pun tidak kurang menariknya. Ada saiz sehingga kanak-kanak berumur 3 tahun. Materialnya pula 100% cotton dan pastinya anak akan rasa selesa tanpa rasa gatal. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini

MICKEY PRINT COTTON SWEATSHIRT

LAVENDER TATUM KNITTED SWEATER



Tshirt with Shorts

Untuk set sebegini, memang sesuai sangat untuk dijadikan hadiah. Lengkap dengan top, bloomer dan hat. Saiz pula untuk bayi berusia seawal bakru lahir sehingga 18 bulan. 

KAI WHITE TOP WITH BLOOMER AND HAT


Koleksi Socks

Paling Fiza suka kumpul waktu Huwainaa baby dulu adalah stokin. Sampai sekarng simpan lagi. Bukan apa terlalu comel. Tambah pula bila dipakaikan pada baby. Kalau mommies nak cari stokin yang comel-comel dengan design yang menarik, boleh tengok koleksi stokin di Tuhev Fame.

NEWBORN BABY GIRL COTTON FLOWER RIBBON SOCKS


Set hadiah eksklusif Tuhev Fames’s


Tuhev Fame’s juga menyediakan customized gift set untuk dihadiahkan kepada yang tersayang. Hadiah yang sempurna untuk mommies, newborn, toddlers, dan hadiah ulang tahun kelahiran. Kita hanya perlu pilih dan pihak Tuhev Fame akan bantu untuk customize untuk kita bersama personalized gift message card. 


Cara pembelian online 

Hanya layari website Tuhev Fame dan pilih baranan yang kita suka. Pembayaran boleh dibuat secara online banking, visa dan mastercard juga diterima. Hanya perlu tunggu dan barangan akan sampai di depan pintu rumah penerima.


Info lanjut dan pembelian

Set hadiah khas Tuhev Fame adalah hadiah abadi yang sempurna untuk si kecil kesayangan anda! Mereka akan memastikan hadiah tersebut dihantar terus ke depan pintu penerima. TUHEV FAME menjanjikan Fast Delivery, Great Quality, Great Support dan Realiable Service.

Untuk info lanjut, layari :

Website :https://tuhevfame.com/
Email: info@tuhevfame.com
Phone: +60193577229

Post a Comment

9 Comments

  1. lahai.. comel² baju baby girl.. Kite x de baby girl.. geram tgk baju comel².

    ReplyDelete
  2. Alamak k3napa cute2 je baju yg ade kt tuhev ni... Geram nengok.. Boleh bg gift utk abg ipar baru dpt baby ni

    ReplyDelete
  3. Comelnyaa semua baju2 tu.. Nak usha la.. Eee geram je

    ReplyDelete
  4. Comelnya semua baju ni geram je tengok.. Nanti nak usha la

    ReplyDelete
  5. Alahai cantik2 dress dia. Berkenan plak sis tengok haa.

    ReplyDelete
  6. Comel²nya baju dan design dia ! Berkenan da ni a few 😁

    ReplyDelete
  7. Nampak material dia bukan kaleng kaleng.

    ReplyDelete
  8. Omg... so cute and i memang geram tengok baju dan kasut baby yang comel comel macam ni.

    ReplyDelete