Find us on Facebook

Buat cermin mata ikut bentuk muka 'bespoke' di OPTOM BANGI EYECARE

Assalamualaikum. Bila usia makin meningkat nie, mata rasa makin penat bila pakai kanta lekap (contact lens). Dulu masa muda remaja, kalau pakai lens 8 jam tak buka pun tak de masalah, sekarang nie, kalau dari pagi pakai, tengah hari waktu solat kena buka, rendam dulu dalam solution dia. 

Pastu bagi mata rehat, memang lega bila buka lens. Tapi nak buat macam mana, Fiza masih tak jumpa spek yang sepadan dengan Fiza. Semua spek yang ada kat pasaran tak boleh fit muka kecik Fiza nie. Jadi kembang semangkuk tudung dibuatnya. Try cari kedai yang custom made spek, yang mana cermin mata tempah ikut bentuk muka (bespoke spectacles).


Buat cermin mata 'bespoke' ikut bentuk muka di OPTOM BANGI EYECARE | Kadang-kadang cemburu tengok orang pakai spek nampak comel je. Kita pakai terus jadi mcm makcik. Hahaha.. Kan dah gelak besar. Jadinya Fiza pun survey, ada tak klinik mata yang menawarkan servis membuat cermin mata sekali gus dengan pemeriksaan mata. 

Kalau korang pernah dengar OPTOM BANGI, korang memang alert. OPTOM BANGI merupakan Klinik Optometri dan pakar cermin mata yang memberikan servis seperti yang Fiza nak kan selama ini.

Pelbagai jenama cermin mata terkenal

Optom Eyecare terletak di Bangi, merupakan klinik rawatan khas untuk pemeriksaan kesihatan & terapi penglihatan. Bukan sekadar kedai untuk buat cermin mata tetapi mereka membuat pemeriksaan mata secara keseluruhan. 

Datang sini bukan datang semata-mata nak cek rabun je tau. Di sini Fiza dapat tahu tahap kesihatan mata. Apa penyebab dalam mata yang membuatkan penglihatan kita semakin kabur dan tahap kesihatan mata Fiza sekarang.

Jangan cakap Fiza tak risau pasal mata sebab hari-hari pakai contact lens. 10 tahun dan ia bukan tempoh masa yang pendek. Nak juga tahu, ada tak kesan sampingan apabila kerap gunakan contact lens. Mesti korang pun nak tahu kan. Jadi kena la baca sampai habis.

Ruang menunggu yang selesa

Pelbagai jenis jenama dan bentuk bingkai 

Cermin mata hitam jenama terkenal

Pilihan spek 'bespoke'

Pemeriksaan Silau dan Rabun


Kalau kita pergi kedai cermin mata, selalunya mereka akan periksa bacaan rabun dan silau. Barulah cermin mata boleh dibuat. Itu memang ada di Optom Bangi. Bacaan rabun Fiza masih sama tapi silau makin tinggi. Patutlah malam-malam memang susah nak memandu kenderaan. Jadi makin rabun dibuatnya. Jadi spek nanti bacaan rabun akan ditinggikan.



Spek nak tentukan kanta yang sesuai


Mesin OPTOM capture keadaan mata sebenar

Dengan kepakaran dan peralatan pemeriksaan mata yang mereka ada, kita boleh mendapatkan pemeriksaan mata secara terperinci di sini. Nama pun klinik mata, dari mata, pelbagai jenis penyakit dapat dikesan yang selama ini kita tidak ketahui.

Optometric Consultants, Cik Ameera memang banyak membantu dan memberikan khidmat konsultansi mengenai kesihatan mata Fiza. Tak dinafikan rasa berdebar juga bila pakar nak cek mata. Boleh tahu tahap kesihatan dalam mata, depan dan belakang mata dengan guna teknologi canggih yang mereka ada. 



Alhamdulillah, rasa lega bila pakar beritahu mata Fiza cuma merah kerana kurang rehat, berkemungkinan sebab tidur lewat. Kesihatan mata secara keseluruhan juga baik cuma ada nampak sedikit lemak di mata kiri tanda kolestrol. Jadinya Fiza dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kolestrol. Tak serius tetapi elok untuk ambil langkah awal. 

Tepi mata merah, tanda mata letih

Cik Ameera banyak beri penerangan masa sesi ini

Penggunaan kanta lekap juga pun urat merah naik, 
jadi ada kesan sampingan juga

Ini keadaan dalam mata, alhamdulillah masih sihat


Pengalaman buat cermin mata bespoke

Nak ada cermin mata sendiri atau custom made, boleh buat di sini. Mereka akan design cermin mata mengikut bentuk mata, keadaan tinggi rendah telinga, fitkan ikut wajah korang. Barulah nampak handsome dan cun. Tudung pun tak kembang kalau pakai cermin mata. Bab harga jangan risau, mereka ada ada menawarkan harga pelajar, Low Medium, Upper Medium dan juga Premium.

Dengan apps yang mereka ada, segala ukuran, bentuk muka kita 
apps nie akan baca dan tentukan. 

Lepas segala perkiraan di buat, barulah boleh custom made spek

Warna spek, bingkai macam mana semua kita tentukan sendiri

Design nie yang Fiza sangat berkenan

Duduk dalam OPTOM hampir 2 jam tak terasa masa berlalu. Mana tak nya macam-macam soalan yang Fiza nk tahu pasal mata nie. Pengalaman buat bespoke pula adalah pengalaman pertama, sebelum nie pilih je spek yang dah siap, kali ini, kita pilih sendiri siap boleh engrave nama pada spek. 

Nak buat bespoke ambil masa lebih kurang 2 minggu sebab kilang pembuatan bingkai spek di luar negara. German kalau tak silap. Jadi kena bersabar la sedikit. Janji bila dapat puas hati.

Kotak ekslusif rasa macam dapat hadiah

Memang puas hati

Bingkai tegap dan padu, nampak ada nama kita kat bingkai tu

Inilah speknya, fit muka dan tak risau longgar

Lawati Cawangan Optom Eyecare

Korang yang nak cari spek yang sesuai dengan muka, boleh datang ke Optom Bangi. Servis dan khidmat konsultasi yang diberikan sangat memuaskan. Nak pilih spek ready made pun ada. Harga pun berpatutan dan yang pentinh kualiti dan originaliti. 


Maklumat lanjut seperti di bawah

Optom Eyecare
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
Tel : 011-11479093

Optom Eyecare
No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 011-10641167

Post a Comment

1 Comments

  1. salam singgah
    cantik kedai ni.
    decoration pun nice
    btw, lawa spec tu.

    ReplyDelete