Assalamualaikum. Terlebih dahulu Fiza nak ucapkan syukur kerana masih diberi umur dan peluang untuk menulis dan paling penting update blog nie tak kira apa pun rintangan yang dihadapi. Mana tak nya, dalam iPhone cap ayam Fiza nie, kisah korang boleh baca di sini dah tersimpan 10k gambar tanpa sedar, belum masuk video lagi. Semuanya nak distorykan dalam blog, cuma masa je yang tak mengizinkan.
Review Nakada Electric BBQ Grill & Steamboat Pot, berbaloi ke untuk dimiliki? | Jadinya untuk kisah sepanjang PKP 3.0 yang lepas, punyalah susah nak dine in kat restoran kan. Asyik makan nasi je, sekali sekala nak la juga berstimboat dengan anak-anak di rumah. Sebabkan semuanya di hujung jari, Fiza dapatkan lah jugak Electric BBQ Grill & Steamboat jenama Nakada kat shopee. Jenama nie selalu ada dalam Go Shop. Jadinya ia bukan satu jenama yang baru.
Berbaloi ke beli nie, bagi Fiza memang berbaloi dengan fungsi dan harganya. Pot memanggang dan bersteambot 2 dalam 1 tau. Sambil mengril, boleh panaskan kuah steamboat kat tengah-tengah. Tak suggest untuk memasak kat tengah tu sebab tepi-tepi bahagian BBQ tu panas tau.
Penerangan Produk
- Fungsi 2 dalam 1
- 2 Kawalan Suhu
- Pemanasan Cepat
- Tidak melekat
- Pelarasan Api Lima Kelajuan
Didatangkan dengan permukaan Non Stick
Daging cepat masak dan sekata
BBQ kat rumah je, lagi selesa kan
Thaqif pun happy dapat makan daging BBQ
Layan steamboat sampai lebam
Huwainaa pun suka, macam main masak-masak
Steamboat bersaiz 18cm x 18cm x 6cm
dengan kapastiti 1250ml
Bila ada pot nie, bila-bila nak buat steamboat pun boleh. Tak perlu nak sesak-sesak kat restoran lagi.
Nak selesa, nak puas makan, buat sendiri kat rumah. Boleh beli kat shopee Pot ada kat Shopee Nakada 2 in 1 BBQ Grill & Steamboat
Nak selesa, nak puas makan, buat sendiri kat rumah. Boleh beli kat shopee Pot ada kat Shopee Nakada 2 in 1 BBQ Grill & Steamboat
#bbqsteamboat #shopeehaul #bbq #steamboat #foodblogger #bloggerMY
0 Comments