Find us on Facebook

Musim tengkujuh di Pantai Rusila, aktiviti pantai memang terbatas

Assalamualaikum. Selalunya kalau waktu tengkujuh memang kami tak pergi bercuti belah pantai timur nie sebab memang tahu akan hujan. Sewaktu kami bercuti pada awal November 2011 pun, memang dah mula hujan kat Terengganu. Sebab nak pergi bercuti juga, bila boleh rentas negeri, tak peduli dah, hujan ke ribut ke janji dapat bercuti. Sambungan daripada cerita kami ambil homestay tepi Pantai Rusila, belakang homestay memang pantai.


Musim tengkujuh di Pantai Rusila, aktiviti pantai memang terbatas | Lepas check in, makan lempeng nyior dengan keropok lekor, terus kami ke belakang homestay nak tengok pantai. Ombak memang besar, hujan renyai-renyai dan kalau tengok keadaan pantai waktu itu memang menakutkan.

Tapi budak-budak nampak pasir, dorang tak peduli dah. Kalau anak-anak Fiza nie, dapat pasir pun okay, nak mandi tu dorang pun tahu keadaan macam tak berapa selamat.



Tidak jauh dari Homestay kami menginap, nampak pemandangan Pokok Apple Pantai Rusila. Kenapa tempat ini begitu popular dan menjadi tempat tarikan pelancong untuk bergambar? Mana applenya? Nanti Fiza update lain yer.. kalau dah tahu korang komen la kat bawah.

Pokok Apple Pantai Rusila

Huwainaa tanam Uncle Cu

Antara mereka yang berjaya dalam misi menanam uncle Cu

Ombak besar dan kuat

Aktiviti melompat tepi pantai

Thaqif ralit mengutip cengkerang

Baru dapat sentuh pasir sepanjang tahun 2021

Rumah tepi pantai yang menarik perhatian 

Walaupun laut bergelora, masih ramai pengunjung waktu ini. Ada yang mandi laut. Anak-anak bila dah nampak sepupu dia mandi, dorg pun minta main air. Kalau ikutkan memang tak boleh, tapi kami pantau main tepi-tepi je. Janji dorang happy. Mama macam biasa happy dapat ambil gambar, dapat tengok gelagat anak-anak. Lama juga lepak sampai tak sedar waktu berlalu. 

Malam nk bbq pulak nie, tak sabar nak makan kambing bakar.

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments

  1. tak pernah sampai Pantai Rusila. Boleh masuk wishlist

    ReplyDelete