Find us on Facebook

Peristiwa banjir lumpur besar di Bentong memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila

Assalamualaikum. Tak tahu nak mula dari mana. Hari ini baru ada kekuatan untuk throwback peristiwa banjir yang melanda rumah Mak Abah, rumah di mana Fiza membesar, tenggelam dalam satu hari akibat hujan yang tidak berhenti. 

Banjir? 


Memang Fiza membesar dalam kawasan rendah yang kerap naik air terutamanya pada hujung bulan Disember atau awal bulan Januari. Tetapi tak la setiap tahun. Seingat Fiza, banjir pertama berlaku pada waktu itu rumah mak baru siap tahun 1999, air naik sekaki dalam rumah, sebabkan rumah tinggi sedikit, kalau turun ke tanah hampir paras kepala.

Banjir lumpur Bentong 19 Disember 2021, 
menenggelamkan Kg. Chegar Medang sepenuhnya

Dan diikuti tahun 2004, tahap pinggang dalam rumah dan paling tragis bila banjir melanda pada tahun 2011, kebetulan seminggu sebelum melangsungkan perkahwinan. Mujur majlis dibuat di Resthouse Bentong, segala persiapan kahwin Fiza letakkan atas tempat tinggi. Selamat tetapi persiapan dalam keadaan ala kadar. Tak pelah, semua yang jadi ada hikmahnya.

Bumbung rumah mak, gambar dari jiran yang rumahnya 2 tingkat

Tinggal bumbung, ada yang tenggelam terus


18 Disember 2021 - Sabtu (Bertolak ke Bera melalui highway LPT)

Kebetulan mak dan abah berada di rumah adik. Maka rumah di Bentong tiada siapa waktu nie. Abah pun baru je balik ke Bentong minggu sebelum itu, dan kemudian ke rumah adik di Bera. Kami pun terus gerak ke Bera untuk bertemu mak abah di sana. Perjalanan memang terasa panjang kerana hujan lebat tidak berhenti dari Sg. Buloh sehingga ke Bera. 

Di LPT lagi lebat, sampai susah suami nak bawa kenderaan. Tapi kami redah juga dengan harapan selamat sampai. Sepanjang jalan boleh nampak air mula naik di tepi2 LPT. Seram tau waktu ini, kami harap sempat sampai ke rumah adik. Sepanjang jalan boleh tengok air sungai tinggi. Kalau kat Bera boleh tengok sangkar ikan patin pun dah tak nampak. 

Keadaan selepas air surut

Kawasan Benus yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini

Sampai Bera, malam itu dah ramai yang bagi tahu Bentong tenggelam, bayangkan kalau Bentong tenggelam, macam mana dengan rumah mak kat Chegar Medang tu. Ingatkan banjir tahap 1 kaki, 2 kaki okay lagi tapi rupanya tenggelam habis. Memang perasaan mak dan abah time tu tak dapat Fiza gambarkan. Macam Fiza sendiri tak banyak barang-barang yang disimpan di rumah itu sejak banjir tahun 2011, tapi macam mak dan abah, itulah rumah mereka. 

Apa lagi yang akan tinggal bila semuanya tenggelam. Tak de satu pun barang yang dapat diselamatkan disebabkan mak dan abah tiada di situ. Walaupun barang semua tenggelam, tapi ada hikmahnya, yang pasti mak abah selamat dan tak berada di situ. Tak dapat dibayangkan situasi pada waktu itu, di kala elektrik dan air putus. Kawasan PPS pun tenggelam, bekalan makan tak de. Bayangkan kalau mak abah dan kami ada pada waktu itu, memang terasa kepayahannya.

Kereta berhelimpangan di simpang jalan masuk ke Kg. Chegar Medang

Kawasan benus, Sek. Keb. Bentong pun tenggelam

Keadaan selepas banjir surut, nampak tangki air hanyut atas bumbung


25 dan 26 Disember 2021 - Ahad (Baru mula bersihkan rumah)

Hampir seminggu mak abah terperangkap di Bera kerana banyak jalan tidak dapat dilalui, tanah runtuh, jalan tenggelam, akhirnya pada 26 Disember bermula usaha membersih rumah. Dibantu oleh sukarelawan yang turut serta membantu mangsa-mangsa banjir. 

Lumpur satu kaki dalam rumah memang sangat mencabar. Itu belum lagi lumpur atas siling rumah. Waktu ini usaha untuk membersihkan dan mengeluarkan barang dalam rumah dilakukan.

Waktu ini keluarga adik dari Tanah Merah juga datang untuk membersihkan rumah juga. Semua barang-barang dalam rumah mereka bawa keluar dengan lumpur dikatakan setebal 1 kaki. Tak dapat dibayangkan waktu ini macam mana dorang mengemas rumah.







Keadaan nampak suram dan menyedihkan


29 Disember 2021 - Rabu (Pembersihan diteruskan untuk buang lumpur dalam siling)

Seperti dilanda banjir sekali lagi, hari tu dah bersihkan lumpur dalam rumah, kali ini bersihkan lumpur yang jatuh dari atas siling. Yang penting segala barang sudah dibawa keluar. Waktu ini, Fiza dan suami ada di sini bersama abah dan adik ipar. Kebetulan juga ada team sukarelawan dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) datang membantu membersihkan rumah. Adik ipar pula mengupah pekerja Indonesia untuk memecahkan siling rumah. 



Sukarelawan MUIP

Kami juga mendapat bantuan dari team Felda dengan membekalkan bekalan air bersih dan waterjet bagi membantu membersihkan barangan rumah dan juga dinding rumah. Bersyukur sangat kerana proses membersihkan rumah berjalan lancar. Hampir setengah hari juga mereka bertungkus lumus. 




Barang yang dapat diselamatkan cuma pinggan mangkuk, kerusi sofa kayu dan barang-barang besi. Motosikal pun nak kena buat pembaikan. Peti sejuk pun begitu. Lain-lain seperti almari, pakaian, barangan elektrik seperti periuk nasi, air fryer, oven dan boleh kata semua yang ada dalam rumah semuanya kami angkut buang.

Tiada apa yang tinggal, kenangan, album yang sebelum ini pernah tenggelam banjir tapi boleh selamat, tapi kali ini semuanya berlumpur. Dokumen penting mak abah, sijil2 semuanya berlumpur.





Proses memecahkan siling rumah paling menyedihkan


Bayangkan rumah dibersihkan separuh, kemudian baru teringat lumpur atas siling. Kebetulan ada satu siling pecah dan mengeluarkan lumpur tebal. Tak dapat dibayangkan kalau ada orang dalam rumah, kemudian, siling runtuh. Pekerja Indonesia yang diupah oleh adik ipar yang bantu untuk usaha memecahkan semua siling. Tak kan nak suruh sukarelawan kan. Dorang datang untuk bantu bersihkan rumah sahaja. 



Jadinya Fiza pun tengok, lumpur jatuh macam "tahi lembu". Sekali pecah silih, bertaburan lumpur. Waktu ini nak menitik air mata tengok rumah macam dihancurkan. Tapi nak buat macam mana, keselamatan yang paling utama.

Bayangkan boleh jumpa 2 ekor belut waktu pecahkan siling. Belut pun gemuk sihat. Suami Fiza ambil belut-belut tu letak dalam air. Mujur la belut kan. Rumah tenggelam, memang macam-macam la akan jumpa.


Maka sekali lagi rumah perlu dibersihkan. Memang penat tengok dorang buat kerja, tapi riak wajah semua nampak enjoy. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa sukarelawan2 yang datang membantu.


Keadaan sekeliling rumah

Barang dapur dan pinggan mangkuk

Peti ais celup lumpur

Belakang rumah

Tepi rumah menghadap jalan


Pembersihan selesai, rumah bersih dari lumpur

Team Felda mulakan dengan membasuh barangan rumah termasuk motosikal

Barang yang boleh digunakan lagi dicuci

Dapur

Bilik Fiza

Ruang tamu

Bilik air

Ruang Tamu utama


Bantuan makanan dan minuman tidak putus-putus

Sepanjang aktiviti pembersihan nie, memang tidak putus bantuan-bantuan dari perseorangan yang datang dengan 4x4 memberikan makanan. Makanan pagi mak Fiza telah tempah untuk diberikan kepada pada sukarelawan banjir. Makanan tengah hari dan minuman pula kami terima dari Team Istana Pahang. 

Pada mulanya kami ingat, Team Istana nie datang untuk memberi air mineral sahaja sebab mereka tidak menyebarkan sebarang berita bahawa ada "Orang Besar" akan datang ke sini. 

Nasi Ayam masak merah dari Team Istana

Bekalan air mineral dari istana

Team MUIP selesai membantu


Peluang bertemu dengan KDYMM Pemangku Raja Pahang

Memang tak menyangka dan rezeki sungguh bila dapat melihat KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatiddin Al-Mustafa Billah Shah secara dekat. Selama ini duk tengok video-video beliau di Tiktok je.

Terima kasih KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatiddin Al-Mustafa Billah Shah kerana datang melawat rumah mak abah. Memang kebetulan betul dan rezeki abah dapat bertemu dengan Tuanku. KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatiddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah menyantuni mangsa banjir di Kg. Chegar Medang pada tengah hari 29 Disember 2021.

Sempat bergambar dengan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatiddin Al-Mustafa Billah Shah

Beliau telah menyantuni mangsa banjir di Kg. Chegar Medang pada
tengah hari 29 Disember 2021

Abah juga menerima sumbangan wang daripada Istana Pahang dan juga dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Alhamdulillah. Syukur, sedikit sebanyak dapat mengubat hati abah yang memang waktu ini semua barang dia nak suruh buang.

Abah dapat angpau 

Rezeki Abah

Kak Nina Juren pun turun padang


Lepas Zohor keadaan dah kembali tenang, tinggal kami dan pekerja Indonesia je yang meneruskan membersihkan barang-barang. Fiza pun memang tak makan dari pagi. Waktu nie barulah rasa lapar yang amat. 

Dapat makan nasi ayam masak merah dan 100plus rasa heaven sungguh. Cuaca panas, walaupun Fiza tak banyak membantu, sebab ramai dah laki2 yang buat kerja, tak kan kita menyibuk. 

Tengah makan pun ada banyak bantuan individu sampai. Ada yang bagi bantal, toto, beras dan tak sangka artis Nina Juren pun datang berikan bantuan berupa barangan adabi dan tikar.






Terima kasih atas segala bantuan dan sokongan

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Peristiwa banjir pada penghujung Tahun 2021 sememangnya tidak dijangka. Waktu ini juga bukan Bentong sahaja banjir, Selangor pun teruk waktu nie. Kami pula terperangkap di Bera sehingga 3 hari disebabkan kebanyakkan jalan tutup dan dinaiki banjir. Terpaksa pulang ke Sg. Buloh ikut laluan Kuala Pilah.

Rasanya cukup lah catatan banjir yang Fiza tulis dari pagi tadi. Ikutkan memang banyak nak cerita, gambar pun banyak tapi cukuplah sebagai kenangan di sini. Kalau boleh tak nak peristiwa begini berulang lagi. Kali pertama rumah ditenggelami teruk bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Berapa banyak nyawa yang terkorban dalam peristiwa banjir di Bentong kalau korang ikuti. Sedih dan sayu rasanya.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu keluarga Fiza, sukarelawan, sahabat2 mak, yang kenal, tak kenal, semua sudi membantu. Harap mak dan abah dapat menerima dugaan ini dengan tenang. Sedih, memang sedih tapi semuanya ketentuan Allah kerana disebalik apa yang berlaku mungkin disebabkan oleh tangan manusia itu sendiri.

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Allahu..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..moga ada hikmah disebalik banjir ini..

    ReplyDelete