Find us on Facebook

Review Hollaface Hydra Concentrate Youth Serum (Pro Edition) bantu kembalikan keremajaan kulit

Assalamualaikum. Semakin meningkat usia, semakin hilanglah keanjalan kulit. Garis-garis halus wajah juga makin kelihatan. Fiza pun tak terkecuali dari masalah ini. Garis halus bawah mata makin jelas kelihatan walaupun macam-macam produk wajah Fiza dah gunakan. Nak hilangkan sementara garis bawah mata memang boleh dengan solekan, tetapi bila solek tebal, lama-kelamaan make up pun nampak bergaris. Tak bestnya rasa.


Review Hollaface Hydra Concentrate Youth Serum (Pro Edition) bantu kembalikan keremajaan kulit | Tambahan pula sekarang nie wajah kita banyak tertutup dengan facemask. Tak semena-menanya jerawat naik tanpa segan. Nak hilangkan parut jerawat bukan mudah tau. Ambil masa berbulan-bulan. Mujur ada Hollaface Hydra Concentrate Youth Serum, serum yang kaya dengan 1.5% Hyaluronic Acid dan Snow Mushroom.


Manfaat Hollaface Hydra Concentrate Youth Serum (Pro Edition)

Sebelum korang nak pilih serum, korang perlu tahu manfaat dan tujuan pakai serum nie. Serum tak sama dengan krim yang kita duk sapu-sapu tu. Kebanyakkan serum dikeluarkan untuk atasi masalah kulit yang tertentu. 

Hydra Concentrate Youth Serum adalah kombinasi serum yang memberikan Hydrating dan Revitalizing terhadap kulit. 


Antara bahan utama yang terkandung adalah :
  • 1.5% Hyaluronic Acid (Mengandungi HyMagic-4D yang mengandungi 4 jenis HA dengan berat molekul berbeza yang menyediakan rangkaian 3D untuk multi-depth hydration)
  • Superfood Snow Mushroom
  • 5% Niacinamide + Zinc PCA
  • Wild Chrysanthemum Flower


Serum ini memberikan kulit plumping dengan kata lain kulit jadi gebu,  ia juga menghidratkan dan menyegarkan semula kulit. Formulasi 4 jenis Asid Hyaluronik beserta Snow Mushroom memberikan penghidratan mendalam sekaligus mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Kulit akan kelihatan licin dan anjal serta merta.

Selain itu, Hydra Concentrate Youth Serum yang diperkaya dengan Wild Chrysanthemum Flower yang akan membantu memberikan revitalising-looking skin dengan serta merta.


Cara menggunakan Hydra Concentrate Youth Serum


Hanya titiskan beberapa titik serum pada wajah, dan urutkan perlahan-lahan secara rata ke seluruh muka. Tepuk-tepuk sikit pada kulit bagi cepat serap. Pastikan sebelum sapuan, wajah telah dibersihkan terlebih dahulu.

Pastikan juga, kalau korang nak apply krim ke, apply serum dahulu. Hentikan penggunaan jika kerengsaan berlaku. Hanya untuk kegunaan luar sahaja.


Kesan selepas seminggu guna Hollaface Hydra Concentrate Youth Serum

Untuk hilangkan kedutan dan garis wajah mungkin ambil masa sedikit untuk hilang, sebab yang paling penting adalah penggunaan secara konsisten. Tetapi apa yang yang Fiza nak share bila dah guna selama seminggu, dapat rasa kulit makin lembut dan anjal. Boleh kata lepas guna je rasa kulit muka plumping serta merta.


Teksturnya ringan dan tiada kesan lekit buatkan Fiza tak rasa rimas. Sapu je terus meresap dalam kulit. Tak rasa macam pakai serum sebaliknya kulit pula jadi lembut. Serum nie boleh pakai siang dan malam. 

Kalau korang ada masalah liang pori terbuka, memang recommended sangat untuk korang dapatkan sebab manfaat snow mushroom yang terkandung dalam serum bantu mengecilkan liang pori. Terus terang Fiza pun tak pernah jumpa lagi serum di pasaran yang mengandungi manfaat snow mushroom tau.



Korang boleh tengok sendiri betapa licinnya kulit Fiza sekarang. Tak perlu nak tepek solekan tebal-tebal. 

Untuk dapatkan kulit yang lebih berseri-seri dan muda remaja, gunakan bersama-sama dengan rangkaian skincare Hollaface cleanser, toner dan moisturiser.


Dapatkan Hollaface Hydra Concentrate Youth Serum (Pro Edition) di website www.hollaface.com. Untuk info lanjut layari Instagram @Holla.face 

Post a Comment

0 Comments