Find us on Facebook

Senarai Famous Blogger Malaysia Tahun 2022

Assalamualaikum. Pertanyaan yang kerap Fiza dapat bila publish artikel di FB. Macam mana nak jadi blogger? Macam mana nak buat blog? Sebenarnya nak buat blog itu senang, tapi nak maintain menulis di blog itu yang agak sukar dan kalau boleh janganlah biarkan ia bersawang tanpa update.  


Terus terang Fiza nak bagitahu walaupun hampir 10 tahun menulis, baru sekarang Fiza merasakan diri ini sebagai blogger kerana dulu rasa malu nak gelar diri blogger. Tak tahulah kenapa. Bila ada domain sendiri maka lagi tambah yakin rasa diri ini adalah blogger. Kalau korang nak jadi blogger, Fiza ada Senarai Blogger Hebat Tahun 2022 (Most Popular Blogs of 2022). Dorang semua nie memang Fiza dah kenal, sebagai blogger yang hebat dan juga sahabat di media sosial. 


Senarai Famous Blogger Malaysia Tahun 2022


1. Sis Hawa | Blog Lifestyle Penuh Informasi (www.sishawa.com)


Blog ini berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis dan surirumah sepenuh masa. Siti Awadah lebih dikenali sebagai Sis Hawa. Seorang ibu kepada 6 orang anak ,5 lelaki dan yang bongsu perempuan. Ramai baca blog ini untuk tahu informasi berkaitan seorang isteri, ibu dan blogger sepenuh masa.

Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
  • hubungan cinta dan perkahwinan
  • himpunan doa amalan harian
  • resipi
  • tips parenting
  • info ibu hamil, bersalin dan penyusuan
  • tips kediaman
  • panduan berblog dan Adsense
  • informasi semasa dan banyak lagi
Sis Hawa juga merupakan founder untuk team Blogggers Malaysia Biters
(www.bloggersmalaysia.com)


2. Zaza Azman | Lifestyle Blogger (www.zazaazman8.com)


Dikenali sebagai Mama Monsta. Lebih selesa untuk menulis Blog berbahasa inggeris. Mempunyai sepasang anak dan surirumah sepenuh masa. Blog versatil untuk berkongsi mengenai makanan dan tempat-tempat makan menarik. Review barang-barang kecantikan dan kesihatan. Suka kongsi mengenai hal perkembangan anak-anak, general knowledge dan tips kehidupan. Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food.


3. Netty Ah Hiyer | Dari Wartawan Majalah menjadi Penulis Blog Travelog Wartawan (https://nettyahhiyer.com)


Sebelumnya menulis untuk majalah Mingguan Wanita, dan masih (buat masa ini) menulis untuk portal online Mingguan Wanita.

Bekerja di rumah, dalam masa sama menguruskan famili dan tiga orang anak.
Ini adalah blog personal yang berkongsi apa saja info. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, atau pun orang lain yang boleh menjadi tip dan panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian.


4. Bonde Zaidalifah | Lifestyle, Parenting, Novel, Drama, Travelling
(www.bondezaidalifah.com)


Blog ini berkisarkan kehidupandan gaya hidup seorang wanita yang mempunyai kerja tetap, mempunyai minat yang sangat mendalam sebagai penulis di blog. Bonde merupakan seorang penulis separuh masa.

3 in 1 family : Keluarga kecil Bonde di hiasi dengan Suami dan Seorang Puteri yang menjadi tulang belakang, sumber inspirasi dan idea penulisannya. Blog Bonde berkaitan informasi Lifestyle, Parenting, Resepi, Tips, Info Semasa, Novel, Drama, Travel.

Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- himpunan doa
- tips kesihatan - review produk
- informasi semasa dan banyak lagi.
- Selain berblog Bonde juga aktif di media social facebook, Instagram dan Tiktoks


5. Rinazul | Lifestyle Entrepreneur Blog (www.rinazul.com)


Blog ini berkisar tentang gaya hidup dan perjalanan seorang wanita yang komited mencapai impian sebagai seorang usahawan berjaya dunia akhirat. Blog ini juga berkongsi tips pemakanan, kesihatan, barangan rumah dan kerjaya dalam perniagaan.

Sis Rinazul nekad berhenti kerja dari bidang perbankan pada usia 25 tahun dan cetusan Blog ini adalah sebagai inspirasi, motivasi dan tips buat semua untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.
Ramai baca blog ini untuk dapatkan info berkaitan umum, pemakanan, barangan rumah dan tips usahawan.

Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
  • Ilmu Agama
  • Makanan Sunnah
  • Tips Pemakanan
  • Tips Kesihatan
  • Tips Bisnes
Barangan RumahBoleh lihat juga di pengenalan:
https://www.rinazul.com/p/pengenalan.html


6. Azlinda Alin | Bicara Mummy (www.azlindaalin.com)


Azlinda Alin atau nama panggilannya Linda. Seorang ibu muda, anak 3 Full Time Blogger dan Full Time Entrepreneur.

Bergiat dalam bidang blogging kerana minat berkongsi dan rujukan sendiri di masa akan datang. Antara kisah yang sering di tulis adalah berbentuk peribadi, lifestyle, parenting, travel dan food.

Selain blogging, Linda juga aktif di media sosial yang lain seperti di Facebook, Instagram dan Tiktok.


7. Shalimar | Lifesytle Blogger (www.shalimaryusof.com)

Bekerja sepenuh masa, mempunyai sepasang cahaya mata. Blog ini blog personal yang berkongsi pelbagai perkongsian. Kebanyakan tentang kehidupan, resepi, keluarga dan review barangan. Ada juga perkongsian tentang pengalaman bersama penagih dadah & berkaitan pencegahan dadah.


8. Atul Hamid | Mommy blogger suka berbisnes (www.atulhamid.com)


Blog atulhamid.com kepunyaan Atul Hamid. Atul merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Pernah bekerja sebagai librarian di sebuah perpustakaan universiti, tetapi kini memilih sebagai suri rumah sepenuh masa yang mempunyai kerjaya.

Atul kini merupakan seorang business leader yang mempunyai jualan mencecah 5 angka setiap bulan. Atul hanya melakukan bisnes online dari rumah sahaja, iaitu bisnes Shaklee.

Atul juga aktif berblog sepenuh masa. Blog atulhamid.com berkongsi tentang gaya hidup, makanan tambahan, kesihatan, keluarga, wanita, dan kerjaya sebagai suri rumah yang berbisnes serta berkongsi info-info menarik yang berguna kepada anda semua


9. Bebelan Cik Min | Travel, Food, Beauty & Lifestyle (www.bebelancikmin.com)


Blog mengenai Travel dan percutian, berkongsi tentang kecantikan serta Food Review juga blog penuh informasi.


10. Zati Salim | Lifestyle Blogger (www.zatisalim.com)


Blog mengenai pelbagai perkongsian seperti resepi, parenting, drama, review, petua. Dan juga memberikan info kepada para pembaca.


11. Mamy Syu | Lifestyle Parenting (annursyuhadah.com)


Mommy Blogger Malaysia - perkongsian pengalaman jaga anak dengan cara mudah,tip susu badan,review menarik,resepi sedap,lifestyle suami isteri dan vaksin.


12. Azni | The writer and traveller (modernmumthingy.com)


UX designer dan part time blogger. Merupakan food hunter, suka travelling ke luar negara dan minat dalam dunia photography.  


13. Ana Suhana (www.anasuhana.com)


Full time mommy blogger since 2017. Niche blog ni pada awalnya tentang travel & food sebab owner suka share pengalaman percutian2 beliau dalam Malaysia. Baik sama ada review tentang tempat penginapan (kebanyakkan adalah hotel) dan juga tempat-tempat makan tempatan yang pernah diterjah. Artikel resipi pun ada dikongsi.

Kemudian niche bertambah kepada lifestyle blog sharing sebab dah ada topic on beauty & health, parenting and Islamic sharing knowledge. Semua dengan niat untuk share info dan ilmu yang diharapkan bermanfaat pada pembaca.


14. Aleya (www.apakatamommy.com)


Blogger dengan niche Motherhood . Lifestyle . FoodHunter. Juga merupakan JDT Blogger. 


15. Abam Kie (www.zukidin.com)


Blog ini milik seorang guru dari Kelantan yang berkongsi pengalaman menarik di dalam kehidupannya. Dia juga menulis tentang panduan, tips dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, gaya hidup, kekeluargaan dan Islam. Maklumat semasa yang diberikan sangat berguna untuk dibaca semasa lapang.


16. Raydah Alhabsyi (www.raydahalhabsyi.com)


Her Life Her Style. She’s a Content Creator, Mental Health Advocate and a Sports Science graduate from Uitm who blogs about lifestyle and casually updates about food.


17. Mamapipie (www.mamapipie.com)


Seorang working mom blogger yang pada mulanya ingin menyimpan kenangan anak membesar di blog. Akhirnya berasa seronok dan menjadi satu hobi. Suka bercerita tentang travel, makanan, parenting, family, islamik, lifestyle dan macam-macam lagi.


18. Cikza Mohmad (www.cikza.com)


Pejuang SLE dan Garis Dua Yang tak pernah putus asa.


Last but not least.. Tak salah kot masuk bakul angkat sendiri.. muehehehe

19. Me ---> Hafiza Aizzawa | Beauty and Lifestyle Blogger (www.fizaizawa.com)


Seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis blog dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa. Mempunyai sepasang cahaya mata.

Penulisan blog yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri, sama ada pergi bercuti, staycation, cerita anak-anak, resipi masakan, review makanan dan banyak juga story menghadiri event.

Oleh kerana banyak menerima tawaran review di IG, kesempatan tersebut ditulis di blognya. Review paling banyak diketengahkan adalah mengenai produk kecantikan dan percutian bersama keluarga. Juga merupakan media influencer yang aktif di FB, IG dan Tiktok. Nak baca mcm2 review terjah je fizaizawa. com

-------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi korang boleh follow dorang ini semua. Tak rugi untuk kenal kerana mereka semuanya ramah dan baik hati. Selamat berkenalan.

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. Semua blogger yg tersenarai ni hebat2 belako!

    ReplyDelete
  2. Wow.. Hebat2 smuanya.. Tahniah😆

    ReplyDelete
  3. top 20.. boleh tambah kenalan.

    ReplyDelete
  4. Wah! Segan pulak tersenarai geng blogger famous ni.. apa pun tahniah semua.

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan mommy blogger ni.memang hebat-hebat semuanya. Busy dengan keluarga pun masih mampu bahagikan masa untuk blog

    ReplyDelete