Assalamualaikum. Lepas sambut birthday mama dia, turn Huwainaa la pula. Kami kongsi bulan yang sama tapi tarikh lain-lain. Huwainaa Khayra nama diberi. Maksud nama Ketenangan Kebaikan. Lahir pada 23 Disember 2017. Ikutkan lewat sehari. Mujur tak kena induce.
Happy 4th Birthday for my little princess | Birthday mama kami buat kat Lexis Hibiscus dan kalau ikutkan Birthday Huwainaa tempoh hari kami naik dan sambut di Cameron Highland. Tapi kita yang merancang, Allah yang menentukan, time tu hujan lebat, tanah runtuh. Kami batalkan hajat nak sambut birthday kat sana. Booking hotel pun burn macam tu je, jadi kami sambut di rumah. Kek pun mama rembat apa yang ada kat kedai kek.
Mujur ada kek comel. Kebetulan baju Elsa warna pink. Huwainaa pun tak kisah janji kek dia ada Elsa. Kami sambut serba sederhana di rumah. Yang penting tema pink. Mama suka la sedondonkan satu famili nie. Nampak nice kalau bergambar.
Gaun Huwainaa kami beli kat Pantai Timur, Bukit Bunga, masa balik kampung tempoh hari. Jauh import gaun pink dia tu. Beria nak masa tu. Boleh la pakai untuk sambut birthday nanti. Huwainaa pun setuju.
Happy Birthday Huwainaa Khayra. Anak yang memang dengar dan angguk apa je yang mama cakap. Nampak lembut tapi sekali dia menjerit, lari mama pun. Semoga membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah. Mama sentiasa doakan Huwainaa panjang umur, diperluaskan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat.
Baby mama dah besar.
Wassalam.
1 Comments
Happy birthday Huwainaa yang comel!
ReplyDeleteMoga terus membesar dengan sihat, dan jadi anak solehah. Aamiin.