Assalamualaikum. Kita repeat lagi staycation di Lexis Hibiscus untuk tahun 2021. Sempena hari lahir Fiza pada 11 Disember 2021 yang lalu, husband buat tempahan di Lexis Hibiscus sekali lagi. Tahun 2020 pun kami pernah ke sini. Entry bercuti di Lexis Hibiscus paling hangat dengan view rating tertinggi sepanjang Fiza berblogging.
Boleh baca review bercuti di Lexis Hibiscus Tahun 2020 - Pengalaman bercuti di Lexis Hibiscus, PD dan
Review bercuti di Grand Lexis, PD - Pengalaman bercuti di Grand Lexis, PD
Staycation di Lexis Hibiscus, Port Dickson | Nak dipendekkan cerita, staycation kali kedua nie pun best sangat. Dahla birthday kita, dapat bilik pun view pun cantik. Kalau sebelum ini kami ambil Premium Pool Villa, kali nie kami nak rasa pengalaman menginap di Sky Pool Villa pula. Dengan pemandangan laut yang indah, dapat rasa macam duduk kat kayangan gitu.
Percutian lepas PKP memang lain. Tujuan kami datang Lexis pun sebab nak bagi anak mandi private pool. Jangan ingat tak ramai yang datang check in sini. Sekali nak check in jenuh beratur nak ambil kunci. Yelah sebabkan nak follow SOP dan penjarakan sosial kan. Itu yang jadikan proses agak rumit tetapi nak tak nak kena follow. Barulah kita akan akan berada dalam keadaan yang selamat.
Kami dapat check in dalam pukul 3. Pihak hotel memang ikut betul timing. Kalau hotel lain boleh consider lagi masuk awal sikit. Tapi kalau kat Lexis nie memang pukul 3. Sebab tu rasa singkat je bila check in sini. Masa menginap memang perlu dimanfaatkan sehabis boleh.
Disebabkan kami ambil sky pool villa, tak perlu nak tunggu buggy. Just tarik je luggage naik lif. Rasa lagi senang. Tunggu lif tak sama mcm tunggu buggy. Walaupun buggy banyak tapi still kena tunggu turn.
Bila masuk bilik, perkataan pertama yang anak cakap "wow". Bukan budak-budak je, kita yang dewasa nie pun terpegun dengan keluasan dan deco bilik. Cantiknya... luasnya.. Ya Allahh bestnya. Rezeki Allah kami dapat datang ke sini lagi. Kalau boleh tiap-tiap tahun nak datang lagi..
Katil King dua buah. Memang puas la guling-guling. Bilik besar kalau anak-anak nk berlari pun tak risau, cuma kena jaga bucu-bucu yang ada.
Tak de apa nak complaint bila stay sini. Semua kemudahan lengkap. Jom kita tengok swimming pool pula. Bila stay atas macam nie, privasi lebih terjamin sebab kolam mandi agak tertutup. Lagi satu anak-anak boleh enjoy mandi waktu malam juga.
Sebab kami dah pernah stay villa atas air. Jadi kami tahu memang banyak perbezaannya. Macam Fiza pun boleh mandi tanpa bertudung, tiada siapa nampak. Villa atas air, kita yang duduk atas nie pun boleh nampak orang mandi kat bawah cuma tak berapa jelas je.
Tengok kolam memang rasa tak sabar nak mandi. Mana taknya sebelum kami check in sini kami baru je check out Engle Ranch Resort. Kat sana kami cuma tengok kolam je. Jadi bila check in Lexis, memang anak-anak paling tak sabar nak mandi. Penantian yang berbaloi setelah habis PKP 3.0.
Sementara mama dia buat review tak berbayar nie, pusing bilik ambil gambar, anak-anak Fiza sumbat dalam tab mandi dulu. Baru senang nak buat kerja. Kalau tak duk sibuk nak terjun. Kolam dah la dalam. Memang memerlukan pemantauan orang dewasa.
Bila dah habis ambil gambar, barulah siapkan anak-anak. Dedi sibuk pam pelampung. Mandi time. Mama pun terjun sekali waktu nie. Lepaskan gian lama tak mandi kolam.
Lepas mandi lapar, suami order makan. Memang kami tak nak keluar dari hotel. Nak duduk dalam nie je. Anak-anak pun lepas makan sambung mandi. Macam tulah bila ada private pool. Tak de sapa nak larang. Boleh mandi sampai malam. Nak tidur atas pool pun boleh. Tapi tak la kami buat gitu. haha...
Sedap nasi goreng kampung kat Lexis, berbaloi la dengan harga. Apa boleh buat, malas nak keluar kan. Kita order je, lagi pun bukan selalu dapat makan. Oh ya, masa check juga pihak lexis ada berikan goodies bag sempena hari jadi Fiza pada hari kami check in. Dalam beg tu ada air tin, biskut dan juga poskad Lexis. Untung dan bertuah rasanya.
Keesokkan pagi kami bangun awal untuk sarapan. Penginapan disertakan dengan sarapan pagi. Memang banyak pilihan menu kat sini. Lagi satu pihak hotel juga letakkan slot waktu untuk makan dalam satu-satu masa. Pengunjung perlu memilih waktu dan masa untuk sarapan dihadkan 1 jam sahaja. Ikut SOP la kan, tak la bersesak dalam satu masa.
Lepas makan, kami pun sambung naik bilik. Anak-anak nak sambung mandi. Fiza juga sempat ke kedai cenderahati untuk membeli fridge magnet dan tag untuk luggage beg. Tak ambil gambar pula, tapi luggage tag memang cantik. Fiza beli dua.
Yang lain-lain Fiza just letak gambar jelah. Malas pulak nak tulis panjang-panjang. Sebab dari gambar pun dah menceritakan semuanya.
Bercuti di Lexis Hibiscus memang best, seronok, enjoy dan ada rezeki nak repeat lagi. Serius tak bosan datang sini. Kalau datang dengan family besar pun best sebab bilik luas, katil pun besar. Nak booking kat Lexis Hibiscus--> booking di sini
Jadinya, lengkap sudah percutian 3 hari 2 malam kami di Port Dickson. Malam pertama di Eagle Ranch Resort dan malam kedua di Lexis Hibiscus.
Terima kasih atas kesudian membaca.
Wassalam.
2 Comments
seronok. belum berkesempatan lagi nak ke sini. harap ada lah satu hari nanti
ReplyDeleteWah, bestnya. Tak pernah lagi stay di sini.
ReplyDelete