Assalamualaikum. Hari Sabtu lepas bertempat di AEON Mall Shah Alam, Fiza berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran Media Eksklusif AEON CO. (M) BHD. (AEON), Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN bersama pereka fesyen dan usahawan terkemuka, Dato’ Jovian Mandagie.
Koleksi “ready-to-wear” (RTW) ilham Nusantara oleh Dato’ Jovian Mandagie Eksklusif untuk AEON
AEON CO. (M) BHD. (AEON) memperkenalkan
kolaborasi terkininya untuk Koleksi AEON Raya 2022
Sempena Hari Raya tahun ini, Jovian telah mendalami asal-usul Nusantara. Nusantara adalah nama Jawa Kuno yang pada asalnya merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit, yang bermula pada abad ke-13. Wanita Kepulauan Nusantara, yang sebati dalam sejarah dan budaya dianggap sebagai simbol kecantikan pada waktu itu, telah menjadi inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini.
Bercakap berkenaan koleksi ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata, “Sesebuah perayaan itu secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden – sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato’ Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya. Akhirnya menghasilkan senarai pra-pesanan yang panjang di platform iAEON Lifestyle kami. Harapan kami agar pelanggan setia kami akan berpuas hati sebagaimana usaha keras yang kami laksanakan semasa persediaannya sejak Oktober tahun lepas.”
Dato’ Jovian Mandagie, pereka fesyen dan usahawan terkemuka
Dato’ Jovian Mandagie, salah seorang pereka paling berjaya di Malaysia, terkenal dengan pengaruh Mal-Indo beliau merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen yang bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie house (JM).
“Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ianya telah memenuhi keperluan wanita di Malaysia, memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN adalah direka dengan pendekatan yang sama," tambah Dato’ Jovian Mandagie.
Menurut Low Ngai Yuen lagi, “Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian Raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, koleksi ini juga termasuk pelitup muka tiga lapis dan KF94 rekaan unggul Jovian Mandagie di dalam reka bentuk baharu untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan.”
Pelitup muka tiga lapis dan KF94
Mulai 15 April, koleksi tersebut akan tersedia secara eksklusif di tujuh buah cawangan AEON; Shah Alam, Wangsa Maju, Taman Maluri, Mid Valley, Queensbay, Kota Bharu dan Tebrau City, serta jualan dalam talian untuk semua pra-pesanan iAEON Lifestyle di https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/jovian-collection-1
Koleksi ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna.' Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di www.aeonretail.com.my.
Bila habis majlis, sementara menunggu waktu berbuka, Fiza pun terus belek Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN yang terletak di Tingkat 1, AEON Mall Shah Alam. Cantiknya material kain, memang sejuk dan lembut je. Berbaloi juga kalau dapatkan sedondon untuk kami sekeluarga.
Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.
Korang yang masih mencari baju raya sedondon untuk satu keluarga, boleh dapatkan Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN. Tak perlu pening-pening nak sedondonkan family raya tahun ini.
Facebook: AEON Retail Malaysia
Instagram: AEON Retail Malaysia
Twitter: AEON Retail Malaysia
LinkedIn: AEON Group Malaysia
Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com
0 Comments