Assalamualaikum. Nak merasa salji memang susah kalau di Malaysia ini. Fiza sendiri pun tak pernah sentuh salji. Kalau zaman budak-budak dulu, peti ais kan jenis ada frost. Korek la frost tu lepas tu lempar kat adik. Tak lama lepas tu memang kene jerit la dengan mak sebab lantai basah.
Mujurlah kat Malaysia nie ada juga salji buatan. Walaupun tak real tapi boleh lah nak merasa pengalaman main salji Snowalk I-City, Shah Alam. Untung anak-anak sekarang, nak pergi tempat salji, boleh la dedi bawa. Sekurang-kurangnya mereka merasai macam mana sentuh ais.
Jom main salji Malaysia di Snowalk I-City, Shah Alam | Dah lama teringin nak masuk Snowalk I-City, yang terletak di Shah Alam. Bukan tak pernah pergi I-City nie cuma pada waktu pertama kali datang, anak takde lagi. Datang lagi anak pula masih kecil. Kali ini anak dah besar, Huwainaa pula sibuk nak jadi Elsa. Inilah peluang untuk mama pun merasa macam mana salji tu.
Tiada had masa yer kalau nak masuk sini. Cuma perlu tahu waktu operasinya sahaja. Percaya atau tidak kami masuk sini tak sampai 30 minit. Itulah terlalu teruja sangat kan. Sorang nak buat Olaf, sorang nak jadi Elsa. Last-last anak buat hal. Nak tahu sebab apa, korang kena la baca sampai habis. Jeng jeng jeng...
Bila datang sini korang tak perlu bawa baju sejuk, di sini ada disediakan set lengkap dengan kasut. Kasut untuk orang dewasa memang selesa dan tebal, tetapi kasut anak pula yang pihak Snowalk sediakan terlalu nipis dan silap kami tak pakaikan stokin dan kasut untuk budak-budak hanya seperti boot getah Phua Chu Kang. Terlupa untuk pakaikan stokin untuk dorang nie. Al maklumlah pertama kali datang sini.
Lepas siap berpakaian lengkap, kami pun masuk. Mula-mula memang Thaqif dan Huwainaa enjoy sangat. Siap sentuh ais, sedangkan Fiza sendiri pun tak mampu nak sentuh ais tu. Lepas 10 minit Huwainaa bagi tahu tak tahan sejuk. Macam itu juga Thaqif.
Waktu ini kami tak belikan anak-anak snowcap, earmuff dan sarung tangan. Mana nak sangka kan, sejuk dia tu buat budak-budak tak tahan. Kemudian, kami keluar sebentar dari kawasan ais. Tunggu dedi belikan kelengkapan untuk budak-budak nie.
Lepas dah pakaian sarung tangan, penutup telinga barulah budak-budak nie lega, dapat main ais semua. Dapatlah ambil gambar, tapi itu pun nampak mood dorang kelaut sebab tak tahan sejuk. Ingatkan tidur dalam air cond tak berselimut boleh la tahan sejuk snowalk nie kan, hancur harapan Huwainaa nak jadi Elsa. Thaqif pun tak boleh nak golek ais buat Olaf.
Memang sejuk. Last-last budak-budak nie menangis. Fiza memang ketawa habis dengan perangai dorang. Tak tahan sejuk rupanya. Lagi satu bukan setakat sejuk, Fiza pun rasa macam sesak nafas dalam snowalk nie. Terlalu sejuk sampai susah nak bernafas. Mungkin budak-budak nie pun rasa macam tu.
Bukan anak Fiza je yang menangis, budak-budak kecil yang masuk sini kebanyakkannya menangis. Memang tak sampai 30 minit pun kami masuk main ais, bergambar lepas tu terus keluar.
Macam biasa kami beli gambar family sebagai cenderamata sebagai kenangan. Bila kumpul-kumpul memang dah banyak koleksi gambar macam nie kat rumah. Boleh sediakan album khas percutian dan staycation. Bosan-bosan boleh belek-belek.
Pengalaman.. tak masuk tak tahu. Jadi sekarang dah tahu macam mana dalam Snowalk. Pada pandangan Fiza okay je tapi itulah ada terbaca juga yang harga tiket masuk tak berbaloi dengan apa yang kita dapat dalam ini. Yelah, harga mitten pun boleh tahan mahal jugak. Moral dia kalau nak datang sini pastikan aksesori untuk anak-anak lengkap. Kalau tidak memang kesian kat dorang.
Kami ke sini pun guna All Day Happyness Pass. Main attraction dalam pas merangkumi:
- WaterWorld
- SnoWalk
- Trick Art Museum
- House of Horror
Staycation 3 hari 2 malam di Best Western i-City untuk hari kedua belum tamat lagi. Pagi mandi manda di Waterworld I-City theme park dan kemudian terus ke Snowalk. 2 dah cover ada lagi 2 belum. Ini baru main attraction, belum termasuk rides yang ada. Memang rasa nak patah pinggang kami. Nak tahu patah ke tak.. tunggu entry seterusnya.
Wassalam.
0 Comments