Find us on Facebook

AEON BiG dan KPDNHEP WPKL Jayakan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota

Assalamualaikum. Minggu lepas Fiza berpeluang untuk mengikuti Program Jualan Keluarga Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PJKM WPKL) anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL), Selangor & F.T. Motorcycles & Scooter Dealers Association (SFTMSDA), AEON BiG dan AEON Credit sempena bulan Kebangsaan 2022 yang diadakan di AEON BiG Danau Kota yang telah diadakan pada 13 dan 14 Ogos 2022.

PJKM di AEON BiG Danau Kota

AEON BiG dan KPDNHEP WPKL Jayakan Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota | AEON BiG sekali lagi bekerjasama dengan KPDNHEP WPKL menjayakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang mana inisiatif bersama ini menawarkan lebih banyak pilihan barangan keperluan asas dan merupakan tanda usaha AEON BiG untuk terus membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran.

Berlangsung selama 2 hari

Program yang dilaksanakan sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dimeriahkan oleh pelbagai aktiviti jualan oleh AEON BiG dan pembekalnya, cabutan bertuah, serta konvoi 300 buah motosikal “Kembara Fun Ride” yang berlepas dari Stadium Bolasepak Kuala Lumpur ke AEON BiG Danau Kota.

Konvoi 300 buah motosikal “Kembara Fun Ride”


AEON BiG sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyokong inisiatif bagi memudahkan pihak pelanggan mendapatkan baragan keperluan dengan mudah. Produk yang berkualiti dengan harga yang lebih rendah sentiasa menjadi matlamat utama untuk pelanggan.



Program yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDNHEP bersama tetamu kehormat menandakan bermulanya PJKM WPKL Bulan Kebangsaan 2022, berlansung selama dua hari bersama Program Consumer Fun Ride (PCFR). Turut bersama pengurusan tertinggi KPDNHEP dalam majlis perasmian adalah Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn Bhd, serta wakil AEON BiG dan AEON Credit.

Tapak gerai-gerai jualan 

Yang Berbahagia Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, KPDNHEP bersama Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn Bhd melawat gerai-gerai jualan di tapak PJKM




Selain AEON BiG – BiG Value pemain industri yang telah mengambil bahagian di dalam PJKM WPKL sempena sambutan bulan Kebangsaan 2022 adalah seperti:­

  • Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Program MyGrocer@Wilayah
  • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Syarikat Faiza
  • QL Egg / Malayan Flour Mills Berhad
  • OEL Rice / ADABI
  • FFM Berhad
  • Mamee
  • Nestle
  • Etika
  • Mondelez
  • Lam Soon
  • PET PET / Kimberly Clark
  • Sekoplas

Gerai buah-buahan FAMA

Minyak masak paket

Gerai jualan buah-buahan tempatan

Minyak masak botol dengan harga PJKM

Sayur-sayuran segar

Gerai jualan produk Mamee

Ayam potong dengan pek Ekonomi

Produk Adabi

Untuk pengetahuan pembaca juga, AEON BiG telah bekerjasama dengan KPDNHEP sejak 2021 untuk Program Jualan Keluarga Malaysia dan PJKM peringkat Wilayah Persekutuan secara rasminya telah bermula pada Disember 2021 dan ianya masih berlangsung sehingga kini di mana tempoh program adalah selama dua hari bagi setiap minggu yang terpilih.

Sidang media YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, 
Ketua Setiausaha KPDNHEP

Sesi bergambar bersama pengurusan tertinggi KPDNHEP dan
wakil AEON BiG dan AEON Credit

Sesi bergambar kami team blogger

Enam booth tetap dan bergerak juga telah dibuka sepanjang program ini dengan penglibatan :

a. KPDNHEP (Price Catcher)
b. Kementerian Kesihatan Kesihatan
c. Jabatan Pengangkutan Jalan
d. Hong Leong Yamaha S/B.
e. Boon Siew Honda S/B (TBC)
f. Lembaga Kecantikan Negara (LKN)

Booth bergerak

Kick start your day with Nescafe

Berpeluang rasa Nestle Omega Plus Dark Choc Flavour terbaharu


Bagi Fiza, program sebegini memang dapat meningkatkan kesedaran pengguna dan juga membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, di samping menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak. Kita sebagai rakyat juga perlu mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak kita sebagai pengguna, manakala peniaga pula haruslah mengamalkan sikap beretika dalam menjalankan perniagaan.


Diharapkan lebih banyak pasar raya menyahut dan menyokong usaha Kerajaan dengan menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia yang akan datang yang bakal akan diambil oleh Kementerian Willayah Persekutuan. Inisiatif ini juga akan diperluaskan lagi secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh setiap peringkat Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments