Assalamualaikum. Tekak nie kalau makanan korea memang tak tolak. Apa pun boleh asalkan halal lah kan. Sebelum nie dah banyak kali juga makan kat DubuYo cuma tak cerita kat blog. Kali nie nak review DubuYo Urban Korean Food yang Fiza pergi satu family kat Sunway Putra Mall.
Craving makanan Korea? Korang try makan kat DubuYo Urban Korean Food | Selalunya hari minggu, bosan jalan kat Sg. Buloh yang ada SBMall tu je, kami akan ke Kota Damansara, Jauh sikit sampai la ke Shah Alam, Kalau ke KL kami suka habiskan masa kat Sunway Putra Mall sebab tak la jauh mana pun. Bila dah jalan-jalan, time nie lah nak makan sedap selain makanan melayu.
Makanan korea la sedap. Mujurlah suami dan anak-anak pun boleh telan juga. Kalau kita sorg je yang minat tak syok jugak.
Beef Dol Sol Bibimbap Set
DubuYo kat Sunway Putra Mall tak silap Fiza kat tingkat 4. Try google. Haaa betul lah tingkat 4, satu floor dengan karaoke keluarga. Nanti kita story pasal tempat karaoke tu pula.
Memang sedap makan kat sini. Antara menu wajib ada Toppokki. Mana-mana restoran makanan korea kalau Fiza try makan, Fiza akan order Toppokki. Nak tengok yang mana paling sedap. Setakat ini Toppokki kat DubuYo okay, tak pedas sangat.
Jajangmyeon
Beef Dol Sol Bibimbap
Spicy Toppokki
Layan betul Jajangmyeon
Dorang nie pantang nampak mee
Muka kenyang
Sedap dan puas hati
Bab harga tu memang tutup mata jelah. Sebab sekarang nie mana ada makanan murah. Harga barang dapur pun mahal. Janji sedap dan puas hati. Sebab tu kami order pun berpada-pada je, elak bazir.
Biar lepas makan rasa lapar lagi, boleh cari makanan lain pulak, lagi pun dalam mall, macam-macam makanan ada. Tapi kalau kenyang sampai tak larat nak habis memang rugilah kan. Tak kan nak tapau balik.
Korang kalau nampak DubuYo nie, try la, memang sedap. Portion dia pun besar. Craving makanan korea? Datang je sini.
Wassalam.
2 Comments
sedapnya..:)
ReplyDeletecraving pulak baca ni. Dubuyo memang sedap. saya suka ayam goreng diorang
ReplyDelete