Find us on Facebook

Family Camping Journey | Pertama kali beli barang camping kat Decathlon Damansara

Assalamualaikum. Kita stop dulu review-review barang nie. Untuk tahun 2022, ini catatan pertama kami untuk memulakan family camping. Sebelum ini Fiza dah share barang-barang dan keperluan asas dalam camping terutamanya apabila kita bercamping dengan family, ada anak kecil. 



Family Camping Journey | Pertama kali beli barang camping kat Decathlon Damansara | Jadinya sebelum memulakan Family Camping nie, kami mula berjinak-jinak dengan membeli barangan atau bahasa omputihnya camping gear di Decathlon Bandar Sri Damansara. Tak jauh dari rumah kami, dalam 15 minit sampai. 

Kat sini macam-macam ada. Kalau korang ada budget rendah, tapi nak semua kelengkapan ada sewaktu bercamping, eloklah dapatkan camping gear kat sini. Barangan kat sini walaupun tak semahal brand-brand camping yang ada, tapi ianya masih berkualiti tinggi dan tahan lasak. Sebab itu khemah kami pun kami beli kat sini. 


Bukan itu je.. meja camping, peralatan memasak, semua kami beli kat sini termasuklah cooler bag. Wagon Quechua pelbagai guna, kami beli untuk senang bawa barang waktu berkhemah dan boleh juga guna untuk angkut barang dapur naik rumah. Sebab rumah kami rumah tinggi. Jadinya tak membazir sebab pelbagai guna.

Wagon Camp Trolley

Penuh satu trolley, jom balik dulu


Penuh troli, nampak tu nak beli, nampak nie nak beli. Semua penting ikutkan. Tapi kami beli sikit-sikit. Kalau nk belanja terus alamatnya tak makan nasi la kami nanti. Ini pun dah penuh troli. Perbelanjaan pertama kami untuk camping mencecah RM 751.

Lapik khemah Dinasour - RM 39
Topi Trek - RM 35
Hammock Basic - RM 59
Table 4 seats - RM 299
Wagon Camp Trolley - RM 319


Ini baru sikit. Khemah tak beli lagi tau. Datang survey je baru nie. Tengok khemah mana yang yang sesuai. Mana yang senang pasang sebab kami tak nak khemah yang leceh nak pasang. Almaklumlah kesabaran tak berapa nak tinggi. Bila belajar camping nie mungkin akan pupuk lebih rasa sabar kan.

Kemain gatal Hilux nie cium kereta kami

Waktu nak masukkan barang dalam kereta, tengok Hilux parking kemain rapat lagi. Mujur tak de calar atau kemik.  Kita simpan sini la pic cantik nie. Memang pandai la owner kereta nie parking yer. Nak salahkan dia pun tak boleh, kereta masing-masing panjang. Kalau keluar kan depan kereta pula kena langgar. 

Parking kat sini agak sempit juga, sebab tu kami tak suka parking basement, tapi sebabkan parking kat luar penuh, nak tak nak kena la parking basement.

Okay itu je update untuk kisah beli barang camping untuk pertama kali, bak kata orang newbie dalam dunie camping nie. Nak dapatkan status campers tu mcm malu je lagi sebab khemah yang ada pun kecik je.

Nantikan update seterusnya yer.

Wassalam.

 

Post a Comment

0 Comments