Find us on Facebook

Pengalaman menginap di Sandy Garden Resort Langkawi selama 4 hari 3 malam

Assalamualaikum. Selalunya kalau staycation nie tempat penginapanlah paling penting. Tambahan pula kalau kita pergi tu bukan untuk sehari dua. Kalau jenis kaya raya, tak kisah harga hotel berapa pun. Tapi janganlah sebab nak murah, ambil hotel yang entah apa-apa. 


Pengalaman menginap di Sandy Garden Resort Langkawi selama 4 hari 3 malam | Kami booking resort nie memang last minute selepas tengok bajet yang ada. Lagipun 4 hari bukan sekejap. Kalau ambil hotel memang parah jugak. Lagipun kami datang dengan Ma dan Abah. Nak privacy sedikit. 

Bukan tak nak pertimbangkan homestay, tapi tahu perangai Ma, kalau homestay nanti sibuk nak suruh masak. Padahal datang untuk bercuti. No dapur.. haha.. lagipun memang takde masa nak masak. Jadual padat. Jadinya kami pilih untuk stay di Sandy Garden Resort yang terletak di Pantai Cenang. Jalan kaki je nak pergi pantai Cenang tu.



Resort nie memang okay sangat. Lagipun kami ambil resort nie untuk mandi dan salin baju je. Memang jadual kami padat sampai tak de masa nak tengok tv dan lepak dalam resort. Hari pertama lepas check in, kami terus mansi dulu sebab sebelum tu dah bermandi peluh kat Dataran Lang. Boleh baca sini.

Segala kemudahan dalam resort pun okay. Kami ambil 2 bilik bilik Standard Queen. Siap ada tambahan 1 katil single dalam satu bilik. Harga penginapan kami lebih kurang RM 926.46 (untuk 2 bilik). Memang murah dan berbaloi. Sebab kalau kat area Pantai Cenang nie memang susah nak dapat resort dan hotel yang murah. Ini dah kira untung sangat.


Katil Queen dan single

Cerek Elektrik dan 3 in 1 nie memang wajib la ada 

Kemudahan TV dengan siaran digital

Tandas pun luas dan bersih

Yang penting anak-anak selesa

Toiletries asas

Pemandangan dari luar balkoni

Selepas mandi, kami terus siap untuk ziarah bapa saudara Fiza yang menetap di Pekan Kuah Langkawi. Lama tak berjumpa, last masa balik kampung tahun 2019. Alang-alang dah sampai Langkawi pergi la melawat dorang sekejap. Lagipun dorang memang saudara paling dekat, adik abah Fiza. 

Melawat Pak Ndak dan Mak Ndak

Kami singgah tak lama tapi hampir 2 jam juga bersembang sampai tak sedar waktu dah petang. 

Untuk hari pertama kami di Pulau Langkawi, kami dah berjaya pergi ke Dataran Lang, kemudian melawat bapa saudara dan next destination Telaga Harbour Marina. Malam pula kami akan lepak di Pantai Cenang. Pantai yang paling happening waktu malam. Kebetulan pulam malam minggu di sana jatuh pada malam Jumaat. Memang meriah. Nanti kita update next story yer.

Bagi korang yang nak datang Langkawi, Fiza recommend sangat untuk stay kat sini. Nak booking, korang just book kat sini Sandy Garden Resort, Langkawi.

Wassalam. 

 

Post a Comment

0 Comments