Find us on Facebook

Trend ber'tiktok' ada kat mana-mana termasuklah di Dataran Lang Langkawi

Assalamualaikum. Saja lah nak bagi tajuk lain sikit kan. Asyik tajuk cliche je, Menarik di Dataran Lang, jalan-jalan di Dataran Lang,  untung-untung kali nie muncul kat 1st page google search. 

Hari pertama di Pulau Langkawi mestilah akan pergi ke Dataran Lang yang terletak bersebelah Jeti Kuah. Mujur lah kami datang ke sini bukan cuti sekolah. Bukan nak kata tak ramai pengunjung tapi taklah bersesak-sesak kalau nak ambil gambar.  


Trend ber'tiktok' ada kat mana-mana termasuklah di Dataran Lang Langkawi | Kalau tempat tarikan pengunjung nie kita memang kena banyak bersabar. Apa yang kita nampak dalam gambar tak sama dengan realiti. Sebab itu ada content reality vs expectation. Sampai kena beratur nak ambil gambar. 

Yang tak reti bahasa pun ada, sengaja photo bomb kan gambar orang dari belakang. Macam tiada perasaan sedangkan orang2 mcm tu bukan bergambar pun tapi macam nak pedajalkan gambar orang lain. Macam itulah.


Nak tak nak, kita kena sabar jelah kan. Ambil je gambar setakat boleh janji ada kenangan. Tapi kalau photo bomb tu tak la terus sangat, yang tak boleh diterima otak bila ada puak-puak tiktok nie. Mujur la tak ramai orang dik oi.. 




Takde la nak cakap puak tiktok nie tak elok. Fiza pun ada akaun tiktok juga. Cuma kena prihatin sedikit dan tengoklah keadaan sekeliling yer. 

Yang penting dapat la juga Ma dan Abah kenangan kat Dataran Lang nie. Cuaca waktu nie memang panas sangat. Mandi peluh kami dibuatnya. Mujur juga kat sini ada kedai-kedai menjual air. Sempat makan ais krim dulu buat hilang dahaga sementara tunggu waktu nak check in resort.



Sedar tak sedar jam dah pukul 1 tengah hari. Boleh check in dulu dan mandi. Dari sampai tadi tak rehat lagi. Tunggu update seterusnya. Resort kami terletak kat Pantai Cenang. Kalau korang nak teka bolehlah tulis kat komen di bawah.

Wassalam. 

 

Post a Comment

0 Comments