Assalamualaikum. Setiap bulan kami mesti nak pergi bercuti. Kalau tak bercuti kami akan pergi bercamping. Untuk bulan Ogos kami dah rancang untuk ke Johor. Staycation kami di Johor lama juga, 4 hari 3 malam. Kat mana kami stay, nantilah Fiza update. Tapi bila staycation nie, selalunya akan terselitlah jalan-jalan cari makan (JJCM). Macam husband Fiza dia memang tak lepas dengan nasi Arab.
Wajib singgah Nasi Arab paling sedap di Zaituna Restaurant Johor Bharu | Tak tahu lah husband ada darah kacuk Arab campur Kelantan kot. Haha.. Dia la ajarlah yang ajar Fiza dan anak-anak menjadi penggemar nasi Arab. Jadinya cari punya cari terjumpa sebuah Restoran Nasi Arab Zaituna kat area Johor Bharu nie.
Kami tengok ramai yang masuk restoran nie. Mungkin warga Johor dah kenal sangat dengan Zaituna Restaurant. Best True Arabian Restaurant in Johor Bahru!
Dibuka seawal jam 11 pagi dan kami tiba pun tepat jam 11 pagi. Waktu ini boleh dikatakan banyak meja dah diletakkan dengan tanda reservation. Kami pun datang dengan reservation juga. Masuk je restoran dah ada bau sedap nasi Arab. Alaaa memang lapar terus perut kebetulan breakfast kami pagi tadi cuma air teh O panas.
Bukan apa, bagi yang dah biasa makan Nasi Arab, eloklah spare awal-awal perut tu dengan kata lain elok datang time perut lapar sebab portion makanan arab nie besar. Nasi dia pun kalau satu pinggan boleh makan 2 orang tau.
Inilah kunjungan pertama kali kami ke sini, bukan Fiza je terpegun dengan deco dalam restoran nie, Thaqif dan Huwainaa pun teruja juga. Middle Eastern Restaurant dan Lebanese Food yang menyediakan pelbagai sajian makanan seperti BBQ, Yaman Food, Mandi, Kabsa, Maklouba, Lamb dan hidangan pencuci mulut seperti Baklava dan Kunafa.
Boleh pilih meja mana nak duduk dan kami pilih untuk duduk di wakaf. Makan bersila dengan anak-anak lagi selesa. Dapat buku menu apa lagi terus order la. Perut pun dah lapar sangat. Bagi yang pertama kali ke sini, korang boleh minta pendapat pekerja mereka suggestkan menu mana yang paling banyak orang order.
Bab harga korang tak perlu risau sebab kalau korang nak tahu, harga makanan kat Zaituna Restaurant nie lagi murah dari restoran-restoran Nasi Arab yang kami selalu makan. Untung orang Johor terutamanya yang tinggal kat Johor Bharu. Memang terkejut tengok harga. Sangat berpatutan. Cuma rasa je belum tahu lagi kan. Harapnya sedap sebab bau dalam restoran pun dah buat perut berkeroncong.
Kami dicadangkan untuk mencuba salah satu Signature Food di sini iaitu Zaituna Mixed Grilled. Kalau tengok menu tak nampak kan rupa makanan tu. Nampak macam ada sate lepas tu kalau baca ada tulis Nasi bersama lamb cubes, kabab halabi, shish tawook, Lebanese kafta. Boleh pilih nak 4,6 atau 8 skewers. Okay kami setuju sebab tengok harga memang okay sangat untuk 4 orang makan.
Sekali sampai, satu dulang besar, lengkap dengan jenis 3 jenis nasi tau iaitu Mandy, Kabsa dan Maklouba. Memang wow sangat. Pertama kali makan Nasi Arab portion besar macam nie.
Zaituna Mixed Grilled
Hummus
Kunafa dan pelbagai jenis Baklava
Hidangan makan tengah hari yang meriah
Berat betul satu dulang nie
Nak ambil gambar juga, sambil suggest kat officemate dia
Kunafa hidangan pencuci mulut paling diminati
Rasa Kunafa kat sini lemak berkrim, terbaik
Rambang mata nak pilih baklava, semuanya sedap
Kalau nak senaraikan nama-nama baklava, maaf kita tak tahu. Baklava nie merupakan pencuci mulut atau dessert untuk orang timur tengah. Ia merupakan pastri manis yang paling popular mengandungi dengan kacang cincang, dan dimaniskan dengan sirap atau madu.
Zaituna Restaurant juga menyediakan fasiliti yang lengkap buat pengunjung yang datang ke restoran mereka. Kemudahan seperti surau dan tandas turut disediakan. Sempat juga Fiza round-round sambil tengok deco dalam restoran nie.
Betul-betul berkonsepkan Negara Timur Tengah. Restoran luas, selesa dan duduk dalam restoran nie pun rasa tenang. Paling best, pengunjung akan diperdengarkan dengan ayat suci Al-Quran tanpa henti.
Ruangan duduk bersila
Meja pun banyak
Kemudahan surau
Kemudahan tandas
Ruangan tempat penyediaan minuman
Ruangan dapur
Restoran dilengkapi dengan penghawa dingin
Pekerja mereka yang sporting
Cantik sangat adik Arab nie
Kami nak datang lagi
Menu yang kami makan semuanya sedap. Ayam, daging dan kambing yang dihidangkan semuanya sedap. Nasi pula cukup rempahnya. Berbaloi sangat makan set dengan 3 nasi nie. Balik comfirm kenyang perut suka hati.
Kalau korang tengok portion dia besar, jangan risau, dorang akan berikan beka untuk bawa pulang. Tak baik membazir. Itu yang kami buat. Nasi dia boleh makan sampai ke malam. Cuma panaskan dalam microwave.
Bagi warga Johor yang mencari-cari nasi Arab pure, dan bagi korang yang dah terliur dan teringin nak datang sini, alamat seperti di bawah:
Zaituna Restaurant
📍 No 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200
Johor Bahru, Johor
⏰️ 11.00am-11.00pm
☎️ 07-213 3577
Fiza sarankan untuk korang buat reservation dahulu. Sebab Zaituna Restaurant juga tempat famous orang-orang Johor sambut majlis hari jadi. Kalau korang yang datang dari jauh, elokkan booking dahulu. Terima kasih Zaituna Restaurant atas layanan yang diberikan. In syaa Allah kami akan datang lagi.
Wassalam.
2 Comments
Boleh masuk list ni kalau ke JB. Thanks share. Kunafa tu menggoda betul
ReplyDeleteWah nice vibe Arab tu best.. banyak betul manisan dia
ReplyDelete