Find us on Facebook

Island Hopping di Langkawi, kami sewa private bot baru best!!

Assalamualaikum. Day 2 Staycation di Pulau Langkawi. Inilah yang Fiza paling excited kalau datang Langkawi. Kali kedua datang untuk Islang Hopping. Dulu datang berdua, sekarang datang dengan anak-anak bawa MIL sekali. Rezeki Allah nak bagi. 


Island Hopping di Langkawi, kami sewa private bot baru best!! | Staycation nie bulan Feb 2022 tau. Baru nak update. Sibuk sangat dengan rutin harian, review lagi, kerja lagi. Update blog pun terkejar-kejar. Jadinya waktu nie negara kita masih dalam waktu pandemik. SOP dah longgar tapi kami maish lagi berjaga-jaga. Memandangkan kami bawa Ma dan Abah, husband decide untuk ambil private boat untuk Island Hopping.

Jadinya kami tak akan kongsi bot dengan pengunjung lain. Waktu pun lebih flexsible, janji cukup 4 jam. Kalau naik ramai2 nak kena ikut waktu pemandu bot. 

Pukul 8 pagi kami sarapan dulu di Restoran Selera Padang Puteh yang terletak di Jalan Pantai Tengah, Kampung Padang Puteh. Satu laluan nak ambil bot kat Jeti Island Hopping. Makanan kat Langkawi memang tak mengecewakan. Susah la nak dapat breakfast sedap ala kampung macam kat Langkawi nie. Rasa rindu nak datang lagi.

Laluan ke Jeti Island Hopping

Pagi pun lauk pauk dah meriah

Restoran nie memang terkenal sangat. Siapa yang nak pergi Island Hopping mesti akan singgah sarapan sini. Kami siap repeat makan tengah hari tau. Nanti kita review restoran nie. Lapar pula bila teringat lauk pauk kat sini. Memang sedap bak hang. 

Lepas sarapan, terus ke Jeti Island Hopping, Teluk Baru. Korang, time nie bukan cuti sekolah tau, tapi kereta sewa pengunjung yang datang ke sini banyak. Sampai kami tiada parking. Dasyatnya orang datang bercuti di Langkawi. Pukul 9 macam tu kami berjumpa dengan ejen bot. Kami ambil pakej dari Ilham Langkawi Holidays. Mereka menawarkan Island Hopping untuk 3 buah pulau selama 4 jam dengan harga RM 300 untuk satu bot kalau tak silap. 

Jeti Island Hopping Teluk Baru

Anak dara macam biasa posing dulu

Jom bertolak

Excited memang betul-betul excited. Terutamanya anak-anak Fiza. Pertama kali dorang naik bot laju. Kena pukul dengan ombak sampai terpelanting kami. Penat gelak ketawa atas bot. Time nie memang lupa segala masalah yang ada dalam kepala otak. Yang Fiza tahu nak enjoy habis kat sini. Banyak duit habis semata-mata nak bercuti. Nanti kerja lagi cari duit kita bercuti lagi.

Happy dorang berdua nie

Ke mana kita?


Island drop @ Pulau Dayang Bunting

Pulau pertama mestilah Pulau Dayang Bunting. Siapa yang pernah ke sini, laluan dia sama je. Mula-mula dorang akan tunjukkan pulau berbentuk wanita mengandung. Itulah Pulau Dayang Bunting. Memang jelas sangat bentuk pulau dengan namanya. Jadi jom ke sana.

Bentuk wanita mengandung yang sedang baring

Jeti Pulau Dayang Bunting

Kunjungan kali kedua ke sini

Kenangan kali pertama buat Ma

Untuk tiket masuk Fiza tak ingat, tapi semua kena bayar. Laluan nak ke Tasik Dayang Bunting pun mencabar tau tapi jangan risau semuanya bertangga. Mujurlah Ma dan Abah ada stamina yang elok, biasalah orang kampung, buat kerja menoreh. Setakat naik turun tangga kat sini celah gigi je. Kami pulak yang semput letih. Adui.

Tanda nak masuk kena bayar yer

Laluan mencabar, semput juga dibuatnya

Monyet banyak, hati-hati dengan makanan

Dalam 10 minit naik turun, sampai la Tasik Dayang Bunting. Makin cantik dan sememangnya terurus tempat nie. Banyak aktiviti boleh buat. Kalau dulu kami naik bot kayuh, sekarang nie ada pelbagai pakej, nak kayak, nak mengayuh macam biasa standby duit je.

Datang sini teringat minum air Tasik Dayang Bunting. Punyalah terpengaruh dengan cakap orang kan. Semuanya bukan apa, ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Orang cakap nak cepat dapat anak, minum dan mandi air tasik nie. Kami datang waktu itu dah 2 tahun berkahwin. Biasa la mulut orang, baru 2 tahun pun dah bising tanya. 

Tak nak percaya pun. Just buat je, sebab anggap itu ikhtiar. Lagipun tak menjadi. Korang jangan percaya yer. Lepas minum tak pregnant pun. Haha.. Tapi tahun ke-3 berjaya mengandung. Bukan sebab air tasik nie yer. Rezeki Allah. 

Jom Fiza nak belanja gambar sikit.














Kami tak stay lama kat sini, kalau boleh nak spend lama mandi laut nanti. Jadinya dalam 30 minit kami minta pemandu bot untuk standby ambil kami untuk ke Pulau Singa Besar pula. Kan senang ambil private bot. Bot tu jadi kita punya, kalau ikutkan nak bawa sendiri mujur tak pandai.



Eagle Feeding @ Pulau Singa Besar

Nak tengok burung helang secara dekat, kena datang ke Pulau Singa Besar. Kat sini boleh tengok betapa banyaknya burung helang, tapi dengan syarat kena panggillah. Bukan panggil guna mulut, panggil dengan bawa isi-isi dan perut ayam.

Burung helang memang besar dan gagah

Beria mama tunjuk kat budak berdua nie, 
tapi Huwaina sibuk berposing

Isi dan perut ayam untuk tarik Burung Helang

Tengok yang nie, helang warna putih

Nak ambil gambar memang agak susah sebab burung nie laju. Kita record je. Memang banyak burung helang kat sini. No wonderlah nama pulau, Pulau Langkawi kan. Datang sini bukan untuk cuti semata-mata, ia juga ilmu buat anak-anak Fiza. 



Island Drop @ Pulau Beras Basah

Habis bagi makan burung helang, tempat paling best nak mandi laut Pulau Beras Basah. Dulu lagi happening, mungkin lepas pandemik kan. Pulau nie air dia memang cantik dan biru. Sampai je cari tempat teduh sebab waktu nie memang tengah hari terik. Tapi kami tak peduli dah, sunburn pun redho jelah. 



Memang enjoy sangat dapat mandi laut, anak-anak dapat main pasir. Siap dapat jumpa geng main pasir sama-sama. Tiada kata yang boleh menggambarkan kegembiraan. Cuma terpikir bila dapat datang lagi.

Kita belanja gambar-gambar di Pulau Beras Basah.













Pukul 1 tengah hari kami siap-siap untuk bertolak pulang. Puas dah berjemur dan mandi laut. Risau duk lama-lama kang demam pula. Kami bajet pukul 2 dah ada atas darat. Semuanya kerana jadual yang ketat. Sendiri buat jadual, kalau tak buat memang kelaut la. Kalau tak ikut, banyak tempat tak dapat pergi.




Kenangan Island Hopping 2022

Selesai sudah Islang Hopping, kami pergi ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Kalau korang nak ambil pakej macam kali, cari je ejen yang nama Fiza dah mention kat atas. Kalau tak jumpa maknanya korang tak baca. Haha. 

Penat menaip nie. Kenangan Island Hopping yang tidak akan dilupakan. Setelah 9 tahun tak datang. Nak baca entry lama, boleh baca sini Island Hopping tahun 2013

Ke mana kita lepas nie. Tunggu....

Wassalam

Post a Comment

0 Comments