Find us on Facebook

Sambutan "KITA MERDEKA KAMI ANAK MALAYSIA” sempena Hari Kebangsaan ke-65 disambut penuh Patriotik di AEON MALL NILAI

Assalamualaikum. Salam Kemerdekaan yang ke-65 buat semua rakyat Malaysia. Kemeriahan sambutan pada tahun ini memang lain dari yang lain. Fiza pun seronok sangat walaupun tak berkesempatan nak pergi Dataran Merdeka, dapat tengok perarakan merdeka di televisyen pun rasa puas hati. Sampaikan sekarang nie duk viral kat Tiktok pasal Abam Bomba yang atas trak bomba tu.. hehe.. sabar jelah. Yang penting rakyat Malaysia happy. Abam bomba pun memang sporting habis. 

Lepas tengok perarakan merdeka kat TV kami pun terus gerak ke AEON MALL Nilai. Punyalah semangat nak sambut merdeka kan, dari Sg. Buloh terus pecut ke Nilai. Sebabnya pada 31 Ogos 2022 juga berlangsungnya sambutan "KITA MERDEKA KAMI ANAK MALAYSIA" bertempat di  AEON MALL Nilai.


Sambutan "KITA MERDEKA KAMI ANAK MALAYSIA” sempena Hari Kebangsaan ke-65 disambut penuh Patriotik di AEON MALL NILAI  | Bagi terus meneguhkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. Ianya perlu didukung oleh semua keluarga Malaysia sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan. 

Nyanyian Negaraku dan bacaan Rukun Negara

Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; Turut hadir menyerikan program pada hari tersebut ialah Ayob Majid, Presiden IRAMA; Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON dan Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON.

[Dari kiri] Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON;  YB. Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; dan Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON


Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan, AEON sentiasa memastikan ianya menjadi sesuatu yang istimewa, khasnya bagi komuniti di sekitar Nilai ini. Inisiaitf untuk mengadakan nyanyian Negaraku dan bacaan Rukun Negara secara serentak ke semua cawangan AEON di seluruh negara merupakan satu perlaksanaan yang baik untuk memupuk semangat cintakan negara. 


Pada tahun lepas juga AEON telah mengukir sejarah apabila telah disenaraikan sebagai pemegang rekod ‘Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak’. AEON sentiasa berusaha memberikan pengalaman baharu kepada pengunjungnya dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat. 

Terdapat pelbagai aktiviti dan acara menarik yang telah diadakan seperti demonstrasi memasak, meet and greet bersama penyanyi dan pelakon Nana, pengagihan kuih bakar, pertandingan busker dan banyak lagi. 

Meet and Greet

Siti Nordiana penyanyi dan pelakon

Kolaborasi Nana bersama AEON untuk manisan Nana Dessert

Sempat ambil gambar dengan Kak Nana

Local Boom! Event Chef Yunus menyediakan kuih bakar

Sedap gebu La Boheme Kuih Bakar


Untuk kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ini AEON juga telah berkerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) untuk menjayakan program ini dengan pelbagai aktiviti.

Sesi bergambar dengan Drum Circle KANDORA

Kita bawak sekali dua budak kecik nie sambut merdeka

Tak lepaskan peluang join aktiviti Drum Circle bersama KANDORA


Peneman setia

Terdapat juga booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer). Ia sekaligus boleh dimanfaatkan oleh pengunjung untuk mendapatkan pengetahuan, maklumat terkini dan perkongsian dari agensi-agensi terbabit.

Penyampaian sijil penyertaan

Sesi group photo dengan para Bikers

Gerai-gerai menjual makanan di perkarangan tempat letak kereta
AEON Mall Nilai

Servis tukar minyak hitam percuma


Brand minyak hitam - sponsor tu 

Tempat letak motosikal para bikers

Booth pameran dan karnival jualan

Pilih motosikal paling besar nie

Thaqif suka warna merah nie


Sambutan penuh meriah ini berlangsung sehingga jam 10 malam tau. Kita tak sempat nak tengok acara seterusnya seperti Suara Anak Malaysia dan diikuti dengan busker competiiton. Malam pula ada 'Kita Merdeka Concert' yang mana pengunjung dihiburkan dengan beberapa artis tempatan seperti Aris Ariwatan, Ezad Lazim dan ramai lagi.

Memang enjoy sangat sambutan Hari Kemerdekaan yang Fiza dapat join kali nie. Harapan semoga AEON terus menganjurkan aktiviti dan program sebegini buat para pengunjung AEON dan rakyat Malaysia. 

Wassalam.

#AEONMerdeka #KitaMerdeka #KamiAnakMalaysia #AEONRetailMalaysia 

Post a Comment

2 Comments

  1. meriah sambutan dalam mall macam ni. nampak smart Fizza naik motor besar tu. ada gaya

    ReplyDelete