Find us on Facebook

White Glow Brightening Plus Essence bantu cerahkan kulit serta mengurangkan "dark spot"

Assalamualaikum. Balik je staycation, mesti akan dapat sunburn. Mana taknya, kalau dah berjalan, walaupun dan cuba pakai topi, pakai suncreen, tunggu la dalam 2 ke 3 hari, confirm kulit akan gelap. Jenis kulit Fiza pula kalau dah dapat sunburn makan bulan nak kembali ke warna asal.


White Glow Brightening Plus Essence bantu cerahkan kulit serta mengurangkan "dark spot" | Salah satu cara Fiza buat adalah dengan menggunakan skincare yang bantu kembalikan semula kecerahan kulit. Terbaharu White Glow Brightening Plus Essence dari rangkaian Syahirah Korean Secret White Glow. Ia bukan sahaja bantu cerahkan kulit malah menjadikan kulit sihat dan sekaligus mengurangkan kekusaman kulit. 



Rangkaian Syahirah Korean Secret

Rangkaian Syahlrah Korean Secret White Glow diformulasi dengan bahan semulajadi berkualiti tinggi dari Pulau Jeju di Korea. Rangkaian ini mendedahkan Rahsia Korea, bagaimana nak dapatkan kulit yang kelihatan cantik dan sihat secara semula jadi, menjadikan kulit lebih cerah, lebih terhidrat dan memberikan tona kulit yang sekata.

Rangkaian Syahirah Korean Secret terdiri daripada White Glow Brightening Micellar Water, White Glow Brightening Foam Cleanser, White Glow Brightening Toning Water, White Glow Brightening Plus Essence dan White Glow Brightening Gel Cream.



White Glow Brightening Plus Essence

White Glow Brightening Plus Essence adalah esen yang terdiri daripada bahan-bahan semulajadi seperti Vitamin B3, ekstrak bunga teratai Jeju dan ekstrak bunga sakura.

Vitamin B3 dan ekstrak bunga teratai Jeju yang pekat tinggi membantu melindungi kulit sambil memberikan kesan pencerahan untuk mengurangkan pigmentasi serta memberi keserian pada kulit. Manakala ekstrak bunga sakura bantu mencerahkan kulit kusam serta membaiki tona kulit sekata. Di samping itu ia membantu mengurangkan juga bintik hitam. 



Khasiat dan manfaat Cherry Blossom dan Lotus Flower
  • Membantu membersihkan kekotoran
  • Terkenal dengan sifat mencerahkan
  • Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata
  • Membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan kulit


Tekstur ringan tanpa rasa lekit atau berminyak 

Sesetengah esen yang Fiza gunakan memang buatkan kulit jadi tidak selesa. Ada yang berminyak, rasa lekit macam sapu gula atas muka. Tapi berlainan dengan White Glow Brightening Plus Essence.

Sapuan rasa ringan dan serapan serta merta. Cecair jernih dengan 200% kelembapan segera memberikan mampu memberikan kelembapan kulit sehingga 72 jam.  Inilah sebabnya kenapa lepas pakai, kulit rasa lembut je. 




Cara menggunakan White Glow Brightening Plus Essence

Nak pakai pun senang, titiskan beberapa titik esen atas telapak tangan, kemudian dap-dapkan di muka. Pastikan wajah korang dan bersih. Baru sapu esen ini. Buat urutan lembut ke seluruh wajah, ini bagi memastikan kulit kita serap semua esen yang ada. 

Lepas tu biarkan je. 

Fiza suka pakai sebelum tidur. Bangun tidur kulit korang akan rasa lembut dan anjal. 


Lepas seminggu boleh nampak perbezaaannya. Sebabnya Fiza pakai setiap hari secara konsisten. Baru nampak perbezaan, kulit kelihatan cantik dan sihat secara semula jadi, lebih cerah, lebih terhidrat dan tona kulit pun sekata.


Rangkaian Syahirah Korean Secret White Glow juga telah diuji secara dermatologi, memberikan :
  • 100% Penambahbaikan pada tekstur kulit (Improvement on skin texture)
  • 56% Memperbaiki penghalang kulit (Improve skin barrier)
  • 42% Melegakan kulit kering (Soothes dry skin)


Korang yang nak dapatkan kulit sihat, natural, glowing, cerah dan tanpa dark spot seperti artis korea, Fiza cadangkan untuk mendapatkan White Glow Brightening Plus Essence. Untuk info lanjut boleh layari FB Syahirah Malaysia dan IG @syahirahmalaysia


#SyahirahKoreanSecrets #WhiteGlow #HydraSoft 

Post a Comment

5 Comments

  1. Tertarik dengan bekas tu. Cantik sangat. Memang nampak perubahannya tu, mesti serasi dengan fiza.

    ReplyDelete
  2. dengar tak melekit dengan tak berminyak tu yang best

    ReplyDelete
  3. Menarik ni fiza….banyak juga nampak review best-best dengan produk syahirah ni

    ReplyDelete
  4. wahhh best ni, nanti nak try cari dan test kat kulit

    ReplyDelete
  5. Untuk dark spot ye. Ini berita baik.. Nak cubaaa.. Heee

    ReplyDelete