Find us on Facebook

McDonald’s keluarkan siri drama mini “Kau Sundaeku” untuk menarik minat generasi muda menerokai peluang kerjaya di Mekdi

Assalamualaikum. Zaman sekarang nie kalau tak berkerja memang susah nak hidup kerana hidup memerlukan duit. Bukan sebab nak kaya tetapi cukuplah untuk menyara hidup dan kalau anak-anak muda yang baru lepas SPM tu, eloklah cuba untuk hidup berdikari, cari duit sendiri. Cerita pasal kerja nie, korang dah tengok drama mini “Kau Sundaeku” yang Mekdi release kat IG Reels? Mengisahkan seorang anak muda bernama Sam yang nak memulakan kerjaya dengan bekerja di McDonald’s. Media sosial sebagai platform utama untuk berhubung dan menarik minat generasi muda.

Media sosial sebagai platform utama untuk berhubung dan 
menarik minat generasi muda


Bagi mendekati golongan belia melalui platform media sosial untuk memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut, pendekatan inovatif dan menarik diperkenalkan melalui satu siri drama original di Instagram Reels bagi menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan.

McDonald’s telah mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku” yang mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022.


Setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.

Barisan pelakon utama


Jalan cerita comel “Kau Sundaeku” pamerkan peluang pekerjaan dan laluan kerjaya menyeronokkan di Mekdi

Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Mekdi sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini.

Diharap ia dapat mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda dan memberikan peluang pekerjaan dan tanggapan benar yang menyeronokkan, di samping memberi laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi.

EP1 - Orang Baru di Mekdi
boleh ditonton di sini --> @mcdonaldsmalaysia


Kenapa pilih untuk bekerja di McDonald’s?

Kalau nak cakap kerja Mekdi tak best, tiada perkembangan kerjaya, memang tipulah kan. Kalau korang nak tahu, McDonald’s diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia tau. 

Antara anugerah yang telah diterima oleh McDonald’s:

1. Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)
2. Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.
3. Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada AON selama lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.
4. Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015.
5. Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013.

Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric

McDonald’s meraih Anugerah Majikan Terbaik di Malaysia 2018 oleh AON


Program Perantis Vokasional McDonald’s


McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman.

Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan :

1. Program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.

2. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian.

3. Program ini telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman sejak 2018.

4. Menyasarkan golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab


Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

McDonald’s Malaysia kini mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.


Pengalaman 2 tahun bekerja di McDonald’s

Alang – alang tu, nak share la juga pengalaman kerja di Mekdi, sebab kita pun bukan dari keluarga yang senang. Masa study kat UM, saya juga buat part time di McDonald’s Amcorp Mall lebih kurang 2 tahun. Dari situ saya mula belajar bahagikan masa antara belajar dan bekerja. Dapat pegang duit sendiri memang best. 

Dapatlah beli topup telefon, isi minyak motor, tak perlu nak hantar mesej pada abah di kampung untuk minta duit belanja. Dan dari situ juga saya bertemu dengan rakan-rakan sekerja dorang panggil kat sana krew McDonald’s. Kerja saya jaga kaunter order je, ambil order dan pack. Teringat ayat nie, “Hi, having here or take away?” itu jelah ayat duk ulang sampai habis shif kerja. 

Bila dah duduk dalam kalangan krew serta manager nie, ingatkan kerja ‘fast food’ untuk golongan bujang lepas SPM je. Rupanya ada yang jadikan ianya kerjaya tetap, ada yang berkahwin dan menyara hidup dengan bekerja di McDonald’s. Siapa kata kerja Mekdi tiada laluan dan perkembangan kerjaya.


Jom sertai Mekdi sekarang!!


Bagi yang belum menonton siri drama mini “Kau Sundaeku”, boleh ke IG @mcdonaldsmalaysia. Korang pasti terhibur dengan jalan cerita drama yang santai dan terselit banyak realiti hidup di situ. Tak nak bagi spoiler, korang kena tonton tau. 

Bagi yang masih mencari kerja, bolehlah walk-in cawangan Mekdi terdekat korang atau untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my. Dah dapat kerja nanti jangan lupa belanja kita Mekdi yer. 

#McDRecruitment2022 #McDIsHiring #JoinMekdiFamily #KauSundaeku

Post a Comment

0 Comments