Find us on Facebook

Menikmati asam pedas Johor di Restoran Sri Pantai Asam Pedas Kg. Sungai Melayu

Assalamualaikum. Tak pernah pun merancang untuk staycation di Johor tau. Tapi disebabkan ada Legoland la, kami makin pakar dengan Negeri Johor nie. Kisahnya, kawan campers kami duk cerita anak-anak dia pergi Legoland guna Annual Pass. Jadinya boleh pergi banyak kali, janji ada Annual Pass. Jadinya kami pun teruja, anak-anak apa lagi. Kita sambung cerita Legoland tu nanti.


Menikmati asam pedas Johor di Restoran Sri Pantai Asam Pedas Kg. Sungai Melayu | Alang-alang dah sampai Johor, dalam 18 minit perjalanan dari Iskandar Puteri, kami cari asam pedas Johorlah. Restoran Sri Pantai Asam Pedas nie famous, husband yang suggest kan sebab dia suka tengok Tiktok makan-makan. 


Cuaca memang agak mendung, langit pun dah penuh dengan awan hitam. Jadinya kami cepat cepat masuk, kalau hujan pun dah berbumbung. Tak sampai 10 minit dapat tempat dudu, hujan pun turun lebat. Perut lapar, hujan pula tu harap masakan kat sini tak mengecewakan. Jauh datang nie. 

Parking memang susah kerana tertalu ramai orang yang datang sini, nak tak nak kena bersabar, petanda masakan kat sini sedap.



Makan kat Johor tak sah kalau tak de otak-otak. Thaqif dengan Huwainaa suka sungguh otak-otak. Makan belum sampai satu bakul otak-otak dah habis. Jadinya kami ambil 2 bakul. Kami order 5 jenis masakan. Menu utama mestilah asam pedas, pilihan kami asam pedas ikan pari. 







Betul memang sedap. Padanlah ramai yang datang sini. Boleh repeat lagi. Masa makan hujan turun lebat, jadinya kami terkandas kat restoran nie lama juga. Rasa nak tertidur, perut kenyang, cuaca sejuk. 






Kalau dah makan mestilah nak tahu harga, berbaloi ke tak? Bagi kami harga makanan sangat okay. Masakan sedap, portion besar, berbaloi la makan kat Restoran Sri Pantai Asam Pedas nie. Kalau datang dengan family besar lagi happening. Tengok ada yang celebrate birthday kat sini, meriah sungguh.

Ada rezeki nak datang makan sini lagi. Terliur dengan asam pedas Johor.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments