Find us on Facebook

Tengok hidupan laut dengan lebih dekat di SEA LIFE Aquarium @ LEGOLAND Malaysia

Assalamualaikum. Pergi Legoland tak lengkap kalau tak masuk SEA LIFE Aquarium. Kebetulan pula hari tu cuaca pun hujan. Nak buat aktiviti luar memang tak sesuai, planning kami untuk masuk SEA LIFE Aquarium pada hari terakhir di Legoland berjalan lancar dengan izin Allah. 


Tengok hidupan laut dengan lebih dekat di SEA LIFE Aquarium @ LEGOLAND Malaysia | Masa kat SEA LIFE nie Fiza banyak record video sebab lebih jelas nak tengok ikan. Kalau ambil gambar, memang susah nak sharp sebab ikan bergerak-gerak. Nak kata best ke tidak, korang kena datang sendiri.

Memandangkan tahun lepas kami dah pernah masuk Underwater World Langkawi, makanya bila compare tu jauhlah bezanya kan. Tapi anak-anak still enjoy sebab bagi dorang ikan tetap ikan. 










Bagusnya SEA LIFE Aquarium di Legoland nie, ada ruang anak-anak dibeti peluang untuk sentuh tapak sulaiman. Fiza pun tak pernah sentuh, sebab ingatkan kalau sentuh akan gatal-gatal, tapi tapak sulaiman sebenarnya selamat. Tapak sulaiman nie macam getah, kenyal je badan dia. Thaqif dan Huwainaa pun berpeluang untuk sentuh tapak sulaiman. 




Setiap aquarium mesti ada patung lego yang besar. Memang ia menambah tarikan untuk anak-anak. Selain tengok ikan, dorang akan cari patung lego tu sekali. 

Spesis ikan laut memang banyak. Kalau korang nak tengok, boleh ke Channel youtube Fiza, situ banyak video yang Fiza ambil atau boleh tonton di bawah nie.










Macam biasa kat kedai cenderamata Fiza beli fridge magnet dan juga lanyard sebagai kenang-kenangan. Walaupun boleh datang lagi, nak juga beli. Tak nak balik dengan tangan kosong. Budak-budak nie macam biasa la shopping lego duplo. 



Selesai sudah Staycation kami di Johor. Datang semata-mata untuk ke Legoland dahulu. Lepas nie kalau repeat lagi kami akan jalan-jalan Johor pula sebab dah ada Annual Passes Legoland kan. Saja nak share, untuk passes setahun kami berempat adalah RM1,144.00. Harga tiket Dewasa seorang RM313.00 manakala seorang kanak-kanak RM259.00 (3 tahun ke bawah percuma).

Berbaloi ke tidak, bagi Fiza berbaloi sebab boleh datang lagi. Walaupun 4 hari kat Legoland pun, banyak tempat tak cover lagi dalam Theme Park dan Water Park. Repeat lagi, mestilah.

Nak booking Legoland Hotel, boleh check out Agoda, harganya lebih murah tau, nie direct link --> The Legoland Malaysia Resort

Ada lagi satu hotel kami menginap. Nanti Fiza share.

Wassalam.

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Memang asyik kalau tenguk hidupan laur kat akuarium besar macam ni

    ReplyDelete