Find us on Facebook

Zoo Negara makin best, beli tiket online, tak rugi bawa anak-anak korang mengenal haiwan

Assalamualaikum. Wahhh akhirnya masa untuk Fiza cerita pengalaman kami sekeluarga ke Zoo Negara selepas Covid. Bukan apa, waktu covid boleh kata susah jugak Zoo Negara nak survive kan. Sekarang dorang dah kembali dibuka dan ramai sangat pengunjung pada waktu kami di sini.


Zoo Negara makin best, beli tiket online, tak rugi bawa anak-anak korang mengenal haiwan | Sebelum ini Fiza ada cerita mengenai Panda Conservation Centre Zoo Negara. Kalau nak baca klik je link tu. Memandangkan last Fiza datang sini dengan husband tahun 2012, waktu tu kami datang berdua je, anak pun tak de lagi, panda pun takde lagi. Kali nie kami datang berempat.

Sebelum masuk fahamkan peta dulu yer kawan-kawan

Untuk pastikan kami betul-betul ada tiket masuk, Fiza just beli tiket secara online di Ticket2U. Kami jimat banyak tau sebab ambil pakej Malaysian Combo Package (ZOO NEGARA ENTRANCE + GIANT PANDA + TRAM + MEAL). Kalau korang beli satu-satu tak tahulah total dia berapa. Tapi kalau korang beli tiket combo nie siap dengan Tram voucher dan meal voucher just bayar RM 196.80 sahaja. Siap boleh tengok Giant Panda lagi.

Pendek kata masuk just cuci kaki, kenderaan kat dalam pun kita dapat, makan pun dapat. Zoo tu luas, memang tak larat nak jalan kaki. Kesian kat anak-anak nanti.

Eksited anak-anak pertama kali ke Zoo Negara

Kaunter pembelian tiket 

Bila dah beli tiket secara online, just datang untuk ambil fizikal tiket kat kaunter khas yang disediakan. Tak perlu nak beratur panjang. Kan senang macam nie. 


Lepas masuk tu, pekerja akan maklumkan live show pukul berapa. Jadi korang jangan pergi jauh-jauh lagi sebab live show hanya 2 kali je dalam sehari. Kalau tertinggal yang sesi pagi nak kena tunggu sesi petang. Kami pun terus ke tempat show untuk ambil tempat duduk dulu. Kalau lambat kena berdiri, tak best la kan.





Nak tengok persembahan, boleh check out kat youtube. Malas nak cari, okay Fiza link kan kat bawah nie, korang boleh tengok. View la sampai habis, penat akak buat video nie tau.


Lepas habis show, terus ambil tram. Kami tak perlu susah payah jalan kaki, dengan cuaca panas lagi. Semua dah ada dalam tiket combo. Memang syok la jalan macam nie. Just enjoy je atas tram tu.


Lepas itu dorang akan dropkan kita kat stesen pertama. Berdekatan dengan harimau. Kat sini barulah rasa seperti berada dalam hutan. Dengan bunyi unggas menyanyi. Pengunjung sekarang boleh tengok harimau secara dekat tau. Dorang ada sediakan tunnel berkaca untuk kita masuk. Menarik sangat inisiatif zoo negara nie. Kalau dulu tengok dari jauh, sekarang boleh berdepan lagi.

Yang lain korang just enjoy the pictures okay..

Sini tengok harimau dari jauh

Nie tunnel berkaca, boleh tengok harimau dekat-dekat

Kita zoom sikit, nampak pak belang menguap

Besar harimau Malaya nie


Baru dorang tahu betapa besarnya harimau

Harimau kumbang

Harimau putih

Dia sedang tidur

Naik patung anak gajah

Gajah waktu nie menyorok, panas kot

Tapir in da house yo!!

Ungka, tapi budak-budak panggil monyet je

Cheetah

Penat berjalan, vending machine disediakan

Lepas itu, kami terus jalan kaki ke Savanah Walk. Kat sini ada zirafah, badak, burung kasawari, Orang Utan dan banyak lagi lah. Giant panda pun kat sini. 


Makan pun kami redeem kat Savanah Cafe. Ingatkan sikit sekali redeem voucher, terkejut tengok makanan. Rupenye set untuk 5 orang makan. Kami sampai simpan dalam beg sebab tak mampu nak habiskan semua.

Done redeem baucer

Yang nie kami beli sebab tak de dalam baucer makanan

Lepas makan jom sambung ronda dalam Savanah Walk. Banyak zirafah kat sini. Yang bagusnya semua aktif, tak de pun haiwan yang macam nak tidur. Mungkin sebab dorang pun dah lama tak tengok pengunjung kan masa covid dulu. Sekarang baik dorang bekerja dan hiburkan pengunjung. Pandai buat andaian sendiri.. haha








Habis hidupan darat kita ke hidupan air pula. Nak tengok penguin ada juga tapi tak nampak sebab terlalu sejuk. Berkabus je dalam tu. Thaqif dan Huwainaa pernah tengok penguin masa kat Langkawi tahun lepas, siap dengan show lagi. Boleh Staycation Langkawi --> Berbaloi dapat masuk Underwater World Langkawi 

Ikan air masin / laut

Akuarium Tunku Abdul Rahman

Tengok ikan air tawar

Penyu pun ada geng

Habis di akuarium, settle la pusing-pusing kami dalam Zoo Negara. Nak story panjang tak larat la weh. Korang kena pergi sendiri. 

Kedai Cenderahati

Kedai Gambar

Harga photoshot

Terbeli gambar Family Package RM 300

Nie antara gambar yang kami photoshot

Cafe

Stesen perhentian Tram

Tram Zoo Negara

Shopping kat Zoo Negara

Alhamdulillah, sampai juga anak-anak kat Zoo Negara

Cenderahati dan tshirt

Koleksi gambar 

Fridge Magnet

Zoo Negara Premium Collection

Facemask Zoo Negara

Memang puas hati datang Zoo Negara kali nie. Total perbelanjaan kami cecah RM 500 termasuk harga tiket combo. Bila share dengan member dorang kata mahal. Nak buat macam mana, haiwan kat sini semua nak diberi makan. Yang penting  pengalaman yang anak-anak Fiza dapat kat sini, kos tolak tepi. Nanti Fiza akan share pasal photoshot tu yer --> Tak sangka, pergi Zoo Negara nak tengok haiwan, sekali siap ber "Photoshoot" famili untuk kenangan 

Mahal bukan sebarang mahal tau. Gambar dorang ambil memang cantik sangat. Padan dengan harga.

Kalau nak datang sini jangan lupa pakaikan anak kasut. Kalau anak tu kecil lagi, pakaikan baju yang nipis je, kalau dorang selesa, kita pun enjoy. Jangan sia-siakan duit yang korang bayar untuk masuk Zoo Negara yer. 

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments