Find us on Facebook

GKB Probiotics bantu tingkatkan kesihatan usus, melancarkan percernaan serta mencantikkan kulit

Assalamualaikum. Tahukah korang bahawa segala penyakit yang kita hadapi berpunca daripada perut. Sebab itu kalau kita rasa sakit badan, badan jadi lesu, kulit berjerawat serta kusam dan banyak lagi masalah yang ada kat badan nie, pertama sekali cuba semak apa yang kita makan. 

GKB Probiotics review

GKB Probiotics bantu tingkatkan kesihatan usus, melancarkan percernaan serta mencantikkan kulit | Selera makan kita nie kadang-kadang susah nak halang. Tengok makanan viral nak cuba, kalau makanan berminyak, bercheese lagilah suka. Sanggup cari sebab nak rasa. Betul tak? Lepas itu mulalah muka naik jerawat, susah nak buang air besar, sembelit. Berat badan pun naik. 

Masalah macam nie memang Fiza sendiri alami. Malu nak cerita, kadang-kadang tu rasa susah sangat nak membuang. Makan macam-macam, orang cakap minum air masak banyak-banyak. Last-last ke tandas sebab nak buang air kecil banyak sangat minum air. 

Rangkaian produk GKB Probiotics

Mujur ada supplement yang dapat bantu Fiza alami masalah ini. Rangkaian GKB Probiotics memang supplement yang sangat Fiza cari selama ini. Lagipun brand GKB nie bukan brand baru. Sejak penubuhannya bermula tahun 2018, GKB telah membantu lebih daripada satu juta rakyat Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Pengenalan mengenai GKB 

GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. 

Objektif utamanya adalah bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi di Malaysia pada harga yang berpatutan untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan. Sejak penubuhannya, syarikat itu telah membantu lebih daripada satu juta rakyat Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Membantu pengguna mengekalkan kesihatan usus 

Kelebihan utama rangkaian produk GKB probiotik adalah ia dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. 


GKB telah melancarkan 5 produk sasaran yang dapat membantu pengguna mengekalkan kesihatan usus mereka dan seterusnya dapat membantu mengubah mereka ke arah lebih cantik dari dalam dan luar. Jom baca review GKB Probiotics yang Fiza dah amalkan sejak 1 bulan yang lalu. 

Rangkaian GKB Probiotics terdiri daripada lima (5) produk iaitu:

(1) GKB Lactobacillus Plantarum GKM3


Dengan mengamalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3, ia dapat bantu mengawal minyak dan mengurangkan kalori dalam tubuh. Ini kerana bakteria  Lactobacillus plantarum yang terkandung dalam supplement ini adalah satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak. 

Antara manfaat Lactobacillus plantarum ialah: 
  • bantu menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolesterol, trigliserida)
  • bantu mengurangkan penyerapan kalori
  • membantu mengurangkan berat badan
  • meningkatkan tenaga
  • membantu sistem penghadaman
  • menjadikan badan lebih langsing
  • meningkatkan kelembapan kulit 
  • mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya ultraviolet

Bentuk capsule mudah telan


(2) GKB Lactobacillus Rhamnosus Powder


Nak dapatkan kulit yang cantik, amalkan GKB Lactobacillus Rhamnosus Powder. Ia bantu memperbaiki kulit disebabkan manfaat probiotik Lactobacillus rhamnosus yang terkandung dalam supplement ini. Produk ini disambut baik oleh wanita.


Digunakan secara meluas untuk mencegah penyakit gastrousus seperti :
  • usus bocor atau dysbiosis
  • mengurangkan masalah kulit kering
  • mengurangkan sensitiviti kulit
  • membantu mengatasi kesihatan kulit
  • membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita
  • meningkatkan imuniti 
  • melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob 

Sekotak mengandungi 30 sachet

(3) GKB Probizymes


Bagi mereka yang kerap alami gastrik, sangat elok amalkan GKB Probizymes kerana ia bantu kurangkan Gastritis. Diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.


30 Sachet, boleh diamalkan setiap hari

(4) GKB G-Pro Gold

Gaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi, mudah menyebabkan sembelit. Jadi korang amalkan GKB G-Pro Gold yang mana supplement ini bantu mengurangkan sembelit.


Ia mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup, yang boleh meningkatkan flora usus.

Produk ini direka khusus untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk orang ramai termasuk orang yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. 

Probiotik membiak dan memetabolismekan dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus, untuk membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen, dengan itu meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan kejadian keradangan usus.

Mengandungi 60 biji capsule mudah telan

(5) GKB Probio+


GKB Probio+ mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif serta 4 jenis prebiotik, yang boleh membantu pencernaan, mengurangkan sembelit dan cirit-birit.

Kombinasi sempurna bakteria probiotik dan prebiotik memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti. 


Setiap sachet mengandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotik hidup, sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut keluarga. Orang yang mengalami gejala sembelit ringan dan senak perut yang ringan juga disarankan untuk mengambilnya.

Sekotak mengandungi 30 sachet


Testimoni sendiri selepas pengambilan GKB Probiotics

Kesemua rangkaian GKB Probiotics sangat bagus diamalkan setiap hari. Fiza sendiri amalkan pengambilan GKB Lactobacillus Rhamnosus Powder, GKB Probio+ dan GKB Probizymes setiap hari selepas makan. 

Suami Fiza yang kerap rasa letih dan berat badan berlebihan amalkan pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 dan GKB G-Pro Gold. 

Probiotik yang bentuk granul probiotik sememangnya membantu mengurangkan risiko tercekik. Sebaik-baiknya selepas makan. Bentuk sachet boleh dimakan terus atau pun boleh dicampur dengan air, jus atau makanan.

Berbentuk granul probiotik, mudah telan

Cepat larut dalam air

Kurang risiko tersedak atau tercekik


Yang capsule boleh makan terus, sebaik-baiknya juga selepas makan. 

Baru sekali makan dah rasa kesannya. Proses pembuangan air besar lancar, perut dan badan rasa ringan sangat lepas amakan GKB Probiotics. Dah lama Fiza cari produk yang bantu melancarkan sistem percernaan nie. Akhirnya ketemu juga. 

Rasa manis yang ringan dan tanpa bau

Rasa seperti susu yang sedap dan cepat larut dalam mulut

Inilah sebab pentingnya pengambilan produk probiotik. Ia dapat membantu Fiza meningkatkan fungsi penghadaman dan bantu tingkatkan taraf kesihatan ke tahap yang lebih baik. 


Pengambilan GKB Probiotics tingkatkan kesihatan usus dan perut 

Semakin tinggi kadar bakteria probiotik dalam saluran usus, semakin kurang toksin dalam usus, maka usus kita akan lebih sihat. Bukan apa, usus nie sepatutnya serap nutrien yang bermanfaat, tapi disebabkan kita nie jenis makan apa yang sedap je, kadang-kadang kesian kat usus. 


Setiap produk kesihatan GKB diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/EC TAF 17025, untuk memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi. 


Pembelian secara online dan walk in 

Nak cantik luar dan dalam, jom amalkan GKB Probiotics secara konsisten. Bagi ada masalah penghadaman, sakit perut, pedih ulu hati, sukar membuang dan sembelit, memang Fiza recommend sangat-sangat. 

Produk GKB boleh didapati di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia, termasuk Alpro Pharmacy. Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online, boleh layari website www.mygkb.com.


GKB Official Selling Platform:
Semua farmasi utama di Malaysia termasuk

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan  Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy    
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Untuk senarai farmasi terkini, sila lihat https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 
 
Platform Media Sosial GKB:

RED 1D:1318211221 (GKB 集康宝)

#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit

Post a Comment

0 Comments