Assalamualaikum. Untuk kali ini Fiza nak share satu pengalaman yang agak menarik untuk dikongsikan. Hajat nak melihat sendiri apa yang ada dalam kapal cruise tercapai bila join event yang dianjurkan oleh AEON Mall sempena kempen Smile of Love. Untuk mengetahui lembih lanjut mengenai kempen ini, boleh baca sini --> AEON Lancarkan Smile of Love: Win a Cruise dengan Resorts World Cruises
Pengalaman tour dalam Genting Dream Cruise sempena AEON Smile of Love | Peluang macam ini memang Fiza tak akan lepaskan. Eksited sangat, walaupun kapal cruise ini tak bergerak, tapi dapat tour dalam nie pun dah kira okay sangat. Jadi bagi yang nak tahu apa la yang adalah kapal besar nie, baca review Genting Dream Cruise sampai habis yer.
Nak naik kapal cruise nie, pertama sekali kena pergi ke Port Klang Cruise Terminal yang terletak di Pelabuhan Klang. Laluan agak sesak juga dan banyak lori kontena keluar masuk. Jadi untuk elak kelewatan memang eloklah bertolak awal. Macam Fiza sebabkan event, jadi kena ikut waktu event, kan tak pasal kena tinggal sorang, nak masuk macam mana nanti.
Port Klang Cruise Terminal
Laluan kastam
Laluan ke kapal
Kuat angin waktu ini, puas betulkan tudung terselak
Mula-mula kami semua ke Zodiak Event di Deck 7. Seingat Fiza pun pintu masuk ke kapal pun memang berada di Deck 7. Macam biasa ada opening speech dan diikuti dengan cabutan bertuah. Lepas tu kami dihiburkan dengan Special Performance by Genting Dream Entertainers.
Persembahan dorang memang best, tarian dan meremang juga tengok aksi yang ada lambung-lambung orang. Tapi tak perlu risau sebab dorang nie memang pro. Dah memang job dorang kan.
Habis performance, ada sesi photo dengan semua yang hadir. Gambar tu tak tahu la nak cari kat mana, puas cari sebab pakai kamera staf AEON kan. Ada pun gambar kat bawah nie je.
Saat yang ditunggu, perut pun dah lapar nie. Awal pagi dah terpacak kat terminal tadi, memang tak makan apa lagi. Kami dibawa makan kat Palm Court yang terletak di Deck 19. Dari tingkat 7 terus ke tingkat 19. Kalau nak tahu berapa tingkat kapal Genting Dream Cruise nie? Korang boleh teka tak? Cubalah kira, nanti jawapan Fiza bagi.
Palm Court Deck 19
Pemandangan belakang atas kapal, dapat dilihat dari dalam
Palm Court
Perut dah diisi, masa untuk tour dalam kapal Genting Dream Cruise. Mula-mula kami ke jalan-jalan di deck yang sama, kat sini ada view cantik untuk bergambar dan OOTD. Boleh nampak segala kolam dan view atas kapal.
Nak tengok bilik? Nak pergi tiap deck memang penat la kan. Jadi kami turun ke Deck 10 untuk tengok satu bilik. Teringin nak tengok yang Balkoni tu tapi tak dapat. Dapat yang Deck 10 nie pun jadilah.
Laluan ke bilik-bilik
Lain-lain korang boleh tengok gambar-gambar yang Fiza ambil nie. Tak faham PM je.. haha punyalah malas nak menulis.
Total deck adalah 19
Lift dalam kapal
Kemudahan surau, tandas, kedai cenderahari, klinik semua lengkap. Cuma bab tandas tu, korang kena bawa bidet sendiri yer. Sebab tandas tiada bidet, tapi jangan risau, sinki ada air. Nak review kan, kita jujur je, nanti sesiapa yang nak naik cruise terutamanya orang muslim, terkejut pula tengok tanda tiada bidet. Ingat, tiada bidet dan air tau. Kalau korang pergi KLCC still ada air lagi dalam toilet, tapi dalam cruise tiada.
Surau
Ruang dalam untuk solat
Kedai cenderamata
Klinik
Tandas
Seronok tau dapat tour dalam kapal nie, memang luas, besar, mewah dan macam-macam ada sampai korang pun tak terpikir, eh nie pun boleh ada dalam kapal. Naik lenguh kaki. Jadi, naik naik cruise tak? Korang tahu kan mengenai kempen AEON Smile of Love nie. Joinlah.. mana tahu rezeki menang dan ada peluang untuk naik Genting Dream Cruise.
Ada 24 x hadiah untuk dimemangi. Simpan resit korang tu bila membeli belah di AEON Mall. Untuk butiran lanjut mengenai program ini, sila layari Facebook AEON Mall, https://www.facebook.com/AEONMallMY/
Jadi korang jangan lepaskan peluang keemasan ini.
@aeonmallmy @resortsworldcruises
#aeonmall #aeonmallsmileoflove #resortsworldcruises #jomcruiserwc #gentingdream #gdr
2 Comments
Wow bestnya fiza dapat masuk cruise.
ReplyDeleteWow untung naik cruise
ReplyDelete