Find us on Facebook

Family Camping Journey | PD Mayangsari Campsite pengalaman pertama kali camping tepi pantai

Assalamualaikum. Camping kedua untuk tahun 2023 kali nie tepi pantai!! Ini pengalaman pertama kali nak rasa bayu laut dengan setup baru. Memang teruja habis sebab tak pernah try lagi tepi pantai. Yang pasti cabarannya mesti lain kalau nak dibandingkan tepi sungai. 


Family Camping Journey | PD Mayangsari Campsite pengalaman pertama kali camping tepi pantai | Bukan apa tepi pantai nie yang kami risaukan adalah ribut. Kalau hujan sahaja takpe, tapi kalau ribut memang susah nak bawa berunding, tambahan pula tepi laut. Minta doa pada Allah semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga dan campers lain bila berada di sana nanti. 

Nak dijadikan cerita, sebelum subuh hari Jumaat 3 Feb 2023, kami dah bertolak ke PD Mayangsari Campsite dari Sg. Buloh sebab dijangkakan 8 pagi kami dah boleh masuk untuk pacak tent. 

Pagi-pagi loading barang

Pukul 7 pagi kami sampai Port Dickson, cari sarapan dulu. Ada kedai makan dah dibuka. Selepas sarapan terus gerak ke campsite. Sampai je kat sana maka bermulalah family camping journey kami selama 3 hari 2 malam di PD Mayangsari Campsite.
Pekena nasi lemak dulu

Mek pun tido lagi

Nie harga untuk pengunjung, nak datang picnic FREE je

Cuaca cantik dan indah di awal pagi. Tanpa lengahkan masa kami seramai lebih kurang 12 famili akan berada di Sektor B berdepan laut. Kami ambil tapak no. 7. Memang tak dapat bayangkan betapa banyak tent boleh masuk kat PD Mayangsari nie. Kawasan luas, kami duduk depan, belakang nanti akan penuh dengan campers yang belum sampai. 

Kami antara yang terawal

Ada plugpoint setiap tapak

Bakal penuh dengan campers

Sini kami akan pacak khemah

Pantai bersih, memang terjaga elok campsite nie


Day 1 - Pacak khemah setup baru Black Pink

Rezeki dapat upgrade peralatan khemah baru brand KZM. Khemah KZM Oscar House Cabin Tent nie memang idaman sangat sebab warna dan bentuk dia  smart. Jadi ini kali pertama kami nak pasang khemah. Dah study kat youtube, harap husband tak stress la kan. Haha.. 

KZM Oscar House Cabin Tent

Tenang.. tenang... banyak mende nak kena pasang tu

Siapkan rangka dulu, dah macam nak buat rumah nie

Dalam sibuk ambil gambar, Fiza pun tolong tau, tak biar husband buat sorang sebab Fiza memang minat sangat pasang khemah macam nie. Baru rasa macam camping, kalau guna yang jenis payung bukak tutup rasa kurang mencabar. Barulah kita boleh tengok tahap kesabaran sape yg paling tinggi.

Usaha tangga kejayaan

Lepas 1 jam, terpacak jugak Oscar Cabin House nie

Boleh buka kiri kanan jadi awning, smart

Not bad tent nie, tak susah mana. Sebab pertama kali kami try pasang, lama juga ambil masa. Lepas nie harap petik je jari siap. 

Passport Camping wajib bawa
Beli sini shopee --> Passport camping

Siap dah rumah, masa untuk orang pompuan cantikkan khemah la pulak kan. Part nie pun ambil masa dalam 2 jam. Nak cantik lama la sikit, kalau nk ala kadar, bentang tilam kosong dengan letak dapur satu. Siap. Tapi tak nak la macam tu. Camping sekarangkan ala glamping, nak selesa dan nampak nice kena rajin la.

Siap setup tema blackpink

Tempat tidur pun siap

Boleh layan kopi starbucks

Bahagian dapur 

Rasa comel je bila warna pink


Mosquito Repellent Birdcage --> Beli sini


Settle semua, boleh la rehat sambil jalan-jalan tengok fasiliti di sini. Time nie memang tak ramai campers lagi sebab orang masih bekerja. Kami je saje nak masuk awal. Rasa lama sikit camping. Kalau 2 hari tu rasa macam tak berbaloi. 3 hari baru syiok, itupun kalau boleh nak duduk dalam khemah jelah, tak nak balik. 

Surau

Limited tandas

Kedai makan, pakaian dan permainan pantai

Sinki dan tempat berwudak

Anak-anak Fiza memang dah lepas ke laut pun. Air surut waktu pagi ke tengah hari, jadinya tak risau nak lepaskan dorang. Mainlah korang sampai lebam.


Petang tu geng-geng family campers kami semua dah sampai. Dorang siap bawa bot enjin dan kayak. Apa lagi masing-masing drift atas laut la petang tu. Sorry la brother banana boat, kami masing-masing ada bot sendiri. Dorang terpaksa cari makan kat tempat lain.

Owner boat masing-masing tengah siapkan
bot masing-masing

Kami menumpang sekaki dengan kebenaran 

Laut yang luas tanpa sempadan

Dating berdua dengan encik suami

Lepas naik bot kita berkayak pula

Pertama kali Fiza cuba kayak tau

Naik bot dengan anak-anak pula

Posing tak agak






Pemandangan senja di tepi pantai memang ditunggu-tunggu. Indahnya ciptaan yang Maha Esa. Rasa tenang dan damai je bila dapat tengok suasana senja. Waktu nie anak-anak memang Fiza akan simpan dalam khemah. Senja je dah pesan siap-siap semua masuk khemah, boleh keluar lepas pukul 8 malam.

Waktu camping memang Fiza ajar anak-anak macam itu. Sebab waktu senja nie tak selamat untuk anak-anak. Time nie bagi dorang henpon, duduk diam-diam. 

Suasana senja

Santai layan senja

Blackdog Camping Light --> beli sini



Malam lain pula caranya. Kalau tak hias khemah dengan lampu memang tak sah. Dah macam hari raya. Meriah habis semua, bukan khemah kami je, boleh kata campers memang akan hiaskan khemah dengan lampu-lampu. Satunya untuk elak campers lain tersepak tali khemah, dan pada masa yang sama ia adalah untuk keselamatan. Kalau gelap gelita bahaya jugak. 



Malam tu Fiza dengan husband layan steamboat. Barang basah semua memang siap-siap bawa. Anak-anak tidur awal sebab penat sangat mandi laut. Nak tengok anak-anak tidur awal memang time camping. Kalau kat rumah jenuh jerit suruh tido.

Menu mudah steamboat

Lepak sembang makan

Anak-anak tidur awal time camping, penat sangat la tu

Lepas makan, husband macam biasa pergi lepak dengan member dia. Fiza siap-siap kemas semua untuk tidur. Nak kata tidur awal tu tak jugak, duduk luar khemah sambil main henpon memang best. Dengan bunyi ombak laut, tenangnya...


Day 2 - Mandi laut, main boat, kayak puas-puas sampai sunburn

Bukan anak-anak je yang nak mandi laut yer, kita yang mak-mak nie pun sama naik je. Pagi hari kedua di campsite Fiza buat kopi jer. Nasi lemak beli kebetulan ada anak-anak peniaga jual dari khemah ke khemah. Senangnya gini. Beli kuih sikit lepas dah sarapan kami satu famili. 

Good morning!!

Layan nasi lemak tepi pantai

Syioknya tengok laut pagi-pagi

Gambar famili wajib untuk kenangan

Nie geng campers kami yang berjaya sampai

Mandi sampai lebam

Thaqif dah sunburn

Huwainaa dan Lily

Lepas mandi makan, pastu sambung mandi

Enjoy tengok anak-anak mandi laut

Huwainaa berlakon bawa bot

Macam-macam aksi ada

Kayak style kanak-kanak ke nie

Boleh main layang-layang

Petang angin kuat boleh main layang-layang

Huwainaa kena tanam

Tumpang lalu

Jom tengok setup geng campers kami, tapi snap dari jauh jelah, segan pulak nak ambil gambar dekat-dekat sebab nak hormat privasi. Lagi pun bila camping nie, khemah dan macam rumah sendiri, nanti tersnap apa yang tak patut kan rasa bersalah tu melainkan minta izin tuan khemah.




Sebagai penutup malam camping, kami geng campers buat jamuan potluck sekali dengan sambutan hari jadi untuk bulan Jan dan Feb. Memang seronok dah happening bila ada geng satu kepala. Lepas isyak, masing-masing bawa keluar menu yang masing-masing setuju nak buat. 







Geng mak-mak

Geng bapak-bapak

Lepas kenyang barulah decide nak camping mana lagi lepas nie. Geng campers laki yang buat planning, kami yang bini-bini nie ikut je. Habis sudah hari kesdua yang penuh dengan moment indah. Thaqif dan Huwainaa pun lepas makan terus masuk khemah tidur. Penat sangat dah dorang tu. 

Sekeliling khemah cerah walaupun malam

Malam yang tenang

Tidur kepenatan

Day 3 - Mandi laut dan check out petang

Suasana pagi yang nyaman tapi yang tak best banyak nyamuk. Waktu subuh berebut nyamuk nak masuk khemah. Tak tahulah kenapa kat sini banyak nyamuk. Mungkin sebab ada bangunan tinggal kat sebelah campsite tu kot. Huwainaa teruk juga kena gigit nyamuk sebab ada nyamuk terlepas masuk dalam khemah. 

Kesian Huwainaa berbintik habis kena nyamuk

Tak jangka selalunya kat hutan banyak nyamuk, terbalik kali nie. Ubat nyamuk pun kami tak pasang dah sebab memang tak jangka. Balik tu memang berbintat habis, Thaqif pun sama. 


Kami check out petang lebih kurang pukul 6.30 petang. Lama betul rasa tak nak balik. Seronok sangat dapat camping kat PD Mayangsari Campsite. Bab kebersihan campsite memang Fiza salute habis. Setiap tapak disediakan tong sampah dengan plastik sampah. Dorang akan datang kutip 2 kali sehari dari perhatian Fiza selama 3 hari kat sini. 

Campsite nie memang agak famous dan jadi sendat bila ramai yang datang. Bayangkan nak keluar dari khemah kami, jenuh lalu celah-celah khemah campers lain dan susunan pun macam tak terurus bila terlalu ramai. 

Lagi yang Fiza rasa tak syok sangat bab tandas. Rasanya CO campsite kena tambah bilangan tandas. Bagi Fiza datang sini macam datang kem bina semangat. Tandas masuk ramai-ramai, beratur dalam tu, rasa macam tak best la. Nak tak nak bilangan tandas memang kena banyak. Macam tu jugak sinki. Tak lojik campers ramai, sinki 3 je.. alahai..

Yang lain okay je, biasalah bila ramai-ramai kan, lepas tu banyak yg kita tak kenal, macam -macam perangai kita akan jumpa tapi nie semua pengalaman. Camping tepi pantai best cuma yang tak best sunburn teroksss.. haha


 
Panjang dah nie. Okay sampai sini je. Nak booking sini memang kena awal kalau tak memang tak dapat. Camping tepi pantai best. Ada rezeki nak survey campsite lain pula yang tepi pantai.

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Syok tengok fiza bercamping di tepi pantai, tenang jer nak sedut udara segar, lagi pulak cantik hiasan khemah, tempat tidur syok tidur ni, makanan pun nampak best,

    ReplyDelete
  2. Ni yg dikatakan luar khemah tapi dalam mcm kondo hihi..
    Dalam hutan biasa camping tepi hutan tak pernah lagi.. isnyallah boleh try..

    ReplyDelete