Find us on Facebook

Penuhi Keperluan Omega-3 Harian Anda dengan Rangkaian Produk Ikan Ayam Brand™ yang Enak, Sihat & Mudah

Adakah anda tahu asid lemak Omega-3 adalah lemak politidaktepu yang memainkan peranan penting dalam tubuh? Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak mampu menghasilkan jumlah Omega-3 yang diperlukan dalam kehidupan. Ini bermakna kita perlu mendapatkannya daripada makanan yang kita makan.


Mengapakah Omega-3 penting untuk kesihatan dan apakah sumber Omega-3 yang baik?

Omega-3 penting untuk perkembangan otak dan pertumbuhan kanak-kanak, manfaat melindungi jantung seperti membantu mengurangkan tekanan darah dan trigliserida, memperlahankan pembentukan plak dalam arteri, mengurangkan kemungkinan ritma jantung yang tidak normal serta serangan jantung dan strok. Ia turut membantu meningkatkan kesihatan mata, menangani keresahan dan kemurungan, mengalakkan perkembangan otak semasa kehamilan dan peringkat awal kehidupan, mengurangkan simptom ADHD dalam kalangan kanak-kanak dan mencegah penyusutan kesihatan mental berkaitan usia dan penyakit Alzheimer serta mengurangkan senggugut.

Tahukah anda ikan berlemak seperti tuna, saba, sardin dan mackerel adalah sumber Omega-3 yang baik dan enak dimakan daripada tin mahupun segar. Selain itu, ikan tuna, saba, sardin dan mackerel yang ditinkan dan sedia dimakan adalah cara mudah dalam menambahkan ikan yang kaya Omega-3 dalam diet harian kita.


Ayam Brand™ terkenal dengan rangkaian meluas ikan tuna, saba, sardin dan mackerel yang sihat, berkualiti tinggi dan enak serta bebas bahan pengawet dan tanpa tambahan MSG. Hanya buka tin tersebut bagi menikmati tambahan Omega-3 yang sihat untuk manfaat diet keluarga anda.

Saba, yang juga dikenali sebagai mackerel Jepun, adalah amat kaya dengan Omega-3. Sebagai perbandingan, setiap tin 150g Saba Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang sama dengan lapan kapsul minyak ikan. Usaha untuk memenuhi keperluan Omega-3 anda seharusnya enak dan mudah serta senang untuk dimakan.

Kandungan Omega-3 yang tinggi pada rangkaian produk ikan Ayam Brand™ adalah disebabkan oleh pemilihan ikan yang berkualiti tinggi dengan teliti. Sardin Ayam Brand™ adalah terdiri daripada spesies Sardinops dari perairan Barat Laut dan Timur Lautan Pasifik, Selatan Lautan India dan Barat Laut Lautan Atlantik, sementara sumber Mackerel Ayam Brand™ melibatkan spesies Scomber yang sebahagian besar ditangkap di perairan Utara Lautan Atlantik serta Barat Laut dan Timur Lautan Pasifik. Ikan sardin dan mackerel yang hidup dalam keadaan air yang amat sejuk lebih berisi, padat dan kaya dengan Omega-3.


Dalam kajian Comparison of Nutritional Composition, Chemical Preservatives, and Glutamic Acid Content of Canned Food with Freshly Cooked and Home Cooked Products oleh Muhammad Ezzudin, R, Lim X.X, Uthumporn, U, Shariffa N.Y dan Liew, C.L dari Pusat Pengajian Teknologi Perindustrian, Universiti Sains Malaysia, mendapati bahawa Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omege-3 sebanyak 7.1 kali lebih tinggi berbanding masakan di rumah yang menggunakan ikan sardin segar. Sementara Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mengandungi 7.6 kali ganda lebih banyak Omega-3 berbanding sajian sama masakan yang mempunyai ikan kembung segar.

Rangkaian produk ikan Ayam Brand™ boleh dimakan terus daripada tin. Ia enak dinikmati bersama nasi, roti dan salad. Di bawah adalah beberapa resipi menarik untuk menambah kandungan Omega-3 dalam diet anda, sekali gus mengekalkan kesihatan baik insan tersayang. Resipi-resipi ini memaparkan Sardin Ayam Brand™, Kepingan Saba dalam Mayones Ayam Brand™ dan Mackerel Ayam Brand™.


Saba Cheddar Lunch Box Bites


Sediakan bekalan Omega-3 yang sihat untuk golongan dewasa dan kanak-kanak menggunakan Kepingan Saba dalam Mayones Ayam Brand™. Campurkan Kepingan Saba dalam Mayones Ayam Brand™ bersama krim masam (sour cream), Puri Tomato Ayam Brand™, bawang dan daun pasli dalam sebuah mangkuk dan gaul sempurna. Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama garam sebelum dituang ke dalam mangkuk berisi saba sebelum ini. Kemudian, tambahkan keju dan gaul. Bahagikan campuran ini dalam loyang 12 cawan mufin mini.

Bakar selama 15 hingga 17 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan selama 5 minit sebelum mengeluarkannya daripada loyang. Kini, Saba Cheddar Lunch Box Bites anda telah tersedia untuk dinikmati! Sajian ini juga sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet Keto.

Tempoh penyediaan: 10 minit, tempoh memasak: 25 minit, sajian: 3-4 orang


Roti John Mackerel


Nikmati snek Roti John Mackerel yang sihat dan kaya dengan Omega-3. Inilah masa yang sesuai untuk menambat hati keluarga dan rakan-rakan anda dengan menambah Mackerel Ayam Brand™ bagi meningkatkan rasa hidangan. Sebagai bonus, ia juga mengambil masa yang singkat untuk disediakan!

Dalam sebuah mangkuk, lenyek Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ sehingga halus. Pecahkan telur, tambah cili, bawang dan garam ke dalam mangkuk yang sama. Goreng campuran itu bersama Roti John. Hiaskannya dengan hirisan timun dan tomato. Tambahkan sos dan mayones. Kini, Roti John istimewa anda sedia untuk dimakan.

Tempoh penyediaan: 10 minit, tempoh memasak: 15 minit, sajian: 3-4 orang


Pate Sardin


Pate Sardin yang lazat ini pasti dapat memenuhi selera mereka yang cerewet dalam memilih makanan. Resipi yang menggunakan enam bahan ini mengandungi kandungan Omega-3 yang tinggi dan sihat serta berkhasiat.

Masukkan setin Sardin Ayam Brand™ bersama separuh tomato yang disimpan dalam minyak, mayones, daun bawang yang dihiris halus, jus lemon dan sos pedas dalam sebuah mesin pemproses makanan atau mangkuk bersaiz sederhana sekiranya anda menggunakan mesin pengisar yang dipegang. Kisar campuran sehingga halus seperti pes.

Pindahan pes sardin ke dalam sebuah mangkuk untuk dihidangkan bersama roti ranggup, sourdough, sayuran yang dipotong, biskut tawar (cracker) atau sebagai inti wrap. Ia juga sesuai dimakan bersama salad.

Tempoh penyediaan: 10 minit; sajian: 3-4 orang


Kunjungi laman Facebook Ayam Brand’s™ @AyamBrandMalaysia atau Instagram @AyamBrandMy untuk mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan menyeronokkan yang menawarkan hadiah-hadiah menarik, di samping untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Produk-produk Ayam Brand™ boleh didapati secara meluas di rangkaian Aeon, Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Hero (yang terpilih), Mydin, Econsave, Matahari, Village Grocer, Ben’s atau melayari Ayam Brand™ Official Store di Shopee dan Lazada.

Post a Comment

3 Comments

  1. musim daging ni...kena selang seli dengan ikan...biasa tubuh balance...apalagi mudah nak dapat sekarang hanya dalam tin

    ReplyDelete
  2. jenama feveret...yang lain kureng kena dengan tekak heheheh

    ReplyDelete
  3. wah nampak sedap dan mudah nak sediakan. ok boleh buat untuk anak

    ReplyDelete