Find us on Facebook

Berkelah dan mandi sungai di kaki Gunung Reng, sambil meneroka gua batu kapur unik di Jeli, Kelantan

Assalamualaikum. Kali ini kita cerita pasal masuk gua pula. Dah lama tak panjat memanjat gunung, masuk gua. Dulu zaman muda remaja memang rajin buat aktiviti macam nie, Gunung Stong pun Fiza pernah naik sampai puncak tau, tidur kat atas, bangun tengok matahari terbit, tapi sayangnya kabus je nampak waktu tu. Tak kisah janji dah sampai, sekarang kalau suruh panjat lagi memang idok ler.


Berkelah dan mandi sungai di kaki Gunung Reng, sambil meneroka gua batu kapur unik di Jeli, Kelantan | Kisah kami boleh sampai ke Gunung Reng nie macam nie. Kami kalau balik Kelantan ada jelah aktiviti famili nak dibuatnya. Niat nak ke Lata Kashmir, tapi otw nak ke sana ternampak satu sungai cantik. Husband pun tukar plan, nak singgah sungai yang kami nampak dari atas jambatan.

Sekali bila sampai, Gunung Reng rupanya. Sungai kat sini pun datang dari Lata Kashmir juga. Tapi kenapa tak ramai orang. Sedangkan tempat ini boleh dikatakan tempat bersejarah jugak. Kemudahan awam tiptop, kawasan terjaga, kedai makan banyak, toilet pun cantik. Memang terbaik sangat.

Takde orang lagi best. Parking kereta pun banyak. Cari wakaf, bawa turun barang, kira kita berkelah kat sini jelah. Selesa, redup, sungai pun cetek, perfect semua. Macam heaven dapat tempat berkelah macam nie.  


Ma siapkan laksam

Seronok berkumpul macam nie

Lepas makan, Fiza pun merayap ambil gambar, tengok-tengok kawasan. Bestnya Gunung Reng. Ada gua kat sini, kami decide untuk panjat. Tengok dalam gua tu tinggi jugak nak naik. Mula-mula memikir juga, kuat lagi ke kaki aku nie. haha.. Dah lama tak panjat memanjat. Kang gayat kang, gigil kaki jenuh. 






Lepas bincang-bincang, okay kami naik 5 orang. Fiza, husband, adik ipar dan 2 anak sedara. Memang buat-buat berani je nie, dalam tu tak tahulah setinggi mana, tapi disebabkan bertangga, okay kot. 



Bila sampai kat atas, memang cantik pemandangan dalam gua Gunung Reng. Dalam berangin jer. Katanya ada tasik dalam nie, kami cari tak jumpa pun, tapi anak saudara bagitahu ada, nak tengok memang curam ke dalam. Naik gayat pula nak tengok. Kat dalam kepala nie duk terfikir kalau terjatuh macam mana nak naik, entah hidup ke tak. 

Lubang tepi tu angin kuat, katanya boleh nampak tasik di bawah








Puncak paling tinggi

Ada tangga kecil bantu pendaki

Taman permainan

Vending machine nie pun boleh guna

Antara aktiviti menarik yang korang boleh buat di Gunung Reng selain masuk gua, korang boleh  bergambar di sekitar kaki Gunung Reng. Korang akan jumpa kijang dalam kandang. Lepas tu boleh mandi sungai. Taman permainan juga disediakan untuk kanak-kanak bermain.

Ada beberapa ekor kijang dalam kandang nie


Sungai cetek dan jernih


Sedap baba ice cream baba

Gua batu kapur dengan mitos tersendiri


Fiza sempat bertanya kenapa Gunung Reng nie tak ramai orang datang sedangkan tempat nie sangat menarik. Tempat awam dan free pula. Peniaga kat sini bagitahu sejak Lata Kashmir famous, tempat nie dah makin kurang orang. Patutlah semua dah lari ke sana. 

Tapi kami lagi suka datang tempat takde orang. Lepas nie jadi port kami famili lah jawabnya. Balik tu hujan turun lebat, mujur puas dah mandi manda. 

Dari segi kemudahan dan kebersihan memang kita bagi 10 bintang. Perfect. Tahniah orang Jeli, pandai jaga tempat rekreasi macam nie.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments