Find us on Facebook

Makan ikan patin tempoyak tepi sungai di Atok Lubuk Patin Temerloh

Assalamualaikum. Orang Pahang kalau tak makan ikan patin tempoyak memang rugilah kan. Memang favorite kita nie. Kalau musim durian, kita cari durian bukan nak makan, buat tempoyak dulu, simpan untuk stok bertahun-tahun. Lagi lama tempoyak tu lagi sedaplah. 


Makan ikan patin tempoyak tepi sungai di Atok Lubuk Patin Temerloh  | Kalau datang Pahang, nak makan ikan patin tempoyak, datanglah Temerloh. Banyak restoran, kedai makan yang sediakan masakan ikan patin tempoyak nie. Kami pun cari jugak masakan mana yang sedap. Terjumpa satu kedai nie nama dia Atok Lubuk Patin, tepi sungai Pahang.

Lokasi dia agak ke dalam jugak. Mula-mula tu macam was-was jugak, betul ke ada kedai makan sebab dah masuk dalam kampung. Sampai je memang betul tepi sungai, redup bawah pokok, syiok je dengan ada bayu sungai sepoi-sepoi bahasa gitu. 

Selain patin masak tempoyak, ada banyak menu masakan ala kampung. Rasa macam makan masakan mak kat kampung. Dengan jering sambal, ada sambal tempoyak dengan ulam. Memang sedap betul. Ikan patin tempoyak memang win habis, paling sedap setakat nie yang kita pernah makan. Kuah pekat, rasa tempoyak, yang penting ikan tak bau.






Lokasi kedai makan pun memang cantik, tepi sungai, enjoy tengok bot lalu lalang sambil makan. Tak sangka ada tempat makan sedap jauh dari kesibukan bandar. Cuma bab lalat tu yang letih sikit, sebab dengan bau sambal belacan, memang mengundang sangat. Tapi kami dah biasa, camping pun gitu. Enjoy jelah sambil makan sambil halau lalat. 

Kami memang recommend sangat korang yang nak makan masakan patin tempoyak tuk datang sini. Kami pun dan mark tempat nie, ada masa nak datang lagi.

Wassalam. 



Post a Comment

2 Comments