Assalamualaikum. Dulu masa zaman kanak-kanak memang teringin sangat nak masuk taekwondo. Tapi tak kesampaian sebab tak bersungguh pun. Bila tengok kdrama, banyak scene hero nampak hensom je pakai baju taekwondo macam Cha Eun Woo tu, haisshhh tak boleh jadi nie. Ada rezeki nak hantar Thaqif jugak.
Kali pertama sertai 5th International Heros Taekwondo Cup 2023 | Kisah mula join taekwondo nie memang Fiza tak story kat blog lagi. Ada masa memang nak story jugak macam mana Fiza boleh hantar anak-anak Fiza. Dorang sekarang dan green belt. Alhamdulillah.
5th International Heros Taekwondo Cup 2023 nie adalah first tournament untuk Thaqif. Memandangkan dia muda lagi, Thaqif masuk kategori Poomsae under 8 years old. Pertandingan nie telah berlangsung pada 4 dan 5 Ogos 2023 bertempat di SkyArena Sport Complex, Setapak.
Penyertaan kali ini agak besar lebih kurang 3000 peserta melibatkan banyak juga Negara termasuk Korea Selatan. Mana tak nya, 2 tahun dorang adakan pertandingan nie secara online disebabkan oleh covid. Jadi tahun ini macam balas dendam macam tu lah. Masing-masing tak nak lepaskan peluang.
Ikutkan memang Thaqif nie takut sangat. Yelah siapa tak berdebar nak buat persembahan depan juri. Tambah pula kali pertama nie. Pasal medal ke, menang ke memang Fiza harap pun sebab nak Thaqif dapat pengalaman jer. Bagi dia merasa macam mana dapat join event Taekwondo nie.
Lagi berdebar bila Thaqif dalam group A untuk Poomsae under 8 Y/O. Nama pertama pula tu yang dorang panggil. Tak sempat nak tengok peserta lain buat dulu. Lepas tu jadi hal pulak, Thaqif hilang dari gelanggang. Pembantu gelanggang salah letak Thaqif kat group lain.
Kelam kabut juga time tu, tapi mujur boleh betulkan. Jadinya Thaqif buat persembahan lepas dah settle. Ingatkan nama dah kena out.
Lepas habis persembahan Poomsae, barulah diadakan perasmian 5th International Heros Taekwondo Cup 2023. Maka bermulalah acara besar untuk fighter-fighter beraksi. Lega dah sebab Thaqif pun dah sudah.
Dipendekkan cerita, Thaqif dapat silver medal untuk Poomsae under 8. Memang tak dijangka pun. Rezeki dia untuk tambah koleksi pingat sebagai kenangan bila besar nanti.
Perjalanan yang masih panjang. In syaa Allah bulan November nie ada tournament lagi. Ada rezeki nak hantar dua-dua sekali anak Fiza. Nak tengok Huwainaa pula macam mana. Tahniah Thaqif, mama tulis nie untuk kenangan Thaqif nanti.
Wassalam.
1 Comments
tahniah Thaqif, jadi penyambung minat ibu bapa. Semoga berjaya
ReplyDelete