Find us on Facebook

Kasut sekolah hitam pallas memang tahan lasak, ringan dan selesa dipakai anak

Assalamualaikum. Memandangkan sesi persekolahan sesi 2024/2025 bakal bermula pada bulan Mac 2024 akan datang. Fiza dah siap-siap buat persediaan sikit-sikit untuk anak-anak masuk sekolah. Bukan apa, tahun ini dua-dua anak Fiza akan bersekolah, Huwainaa akan masuk darjah 1, jadi perlu buat persiapan awal.  

 

Kasut sekolah hitam pallas memang tahan lasak, ringan dan selesa dipakai anak | Kebetulan pula majlis orientasi Darjah 1 pada bulan Januari. Memang tak silap percaturanlah untuk beli segala keperluan persekolahan buat Huwainaa awal. Macam biasa untuk kasut, Fiza akan beli kasut Pallas. Abang dia pakai Pallas sejak darjah 1, kalau kaki dia tak besar, sampai sekarang kasut tu boleh pakai lagi. 

Jenama terkenal sejak dulu lagi. Zaman kita pakai kasut Pallas warna putih. Nak merasa kasut Pallas hitam kena jadi pengawas sekolah. Tapi sekarang memang anak-anak dah pakai kasut hitam. Nampak lebih bergaya ke sekolah. 

Kasut Thaqif

Kasut Huwainaa

Kasut Pallas memang style sebab design dia semua smart dan unisex. Untuk tahun nie, si abang dapat kasut Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 205/307-0210 Black, Huwainaa pula sesuai untuk kasut Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 205-0200 Black. Ada beza ke? Mestilah ada nanti Fiza share perbezaan dia. 


Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 205/307-0210 Black

Untuk review Kasut Pallas Hitam yang Thaqif pakai, ini memang kasut favorite dia, dah ada 2 pasang pun. Kasut jenis nie agak berat sedikit kalau nak dibandingkan dengan kasut Pallas yang lain sebab tapak dia memang tebal tapi selesa je sebab Thaqif pun dah besar. 



Didatangkan dengan ciri-ciri 
  • Velcro strap design
  • Bahagian atas kanvas tahan lama untuk pemakaian tahan lama
  • "Foam lining" untuk perlindungan keselesaan tambahan
  • "Padded collar" untuk keselesaan dan perlindungan tambahan
  • Special insole cushion dengan "Arch Support" bagi melegakan ketegangan pada otot kaki
  • Special insole cushion dengan "Better Rebound" begi mengurangkan tekanan pada kaki dengan kejutan semula jadi
  • Terbukti extra superlight weight "X-Light"
Special insole cushion

Velcro strap design

Tapak tebal dan X-Light


Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 205-0200 Black

Kasut sekolah Pallas Jazz pertama Huwainaa. Saiz dan rekabentuk kasut comel dan memang sesuai sangat untuk anak-anak Tahun 1. Dengan tambahan "X-Light", terbukti ianya sangat ringan dan kalau kasut nie anak-anak korang nak berlari, melompat pun tiada masalah. Pendek kata boleh bawa bersukan terus.



Didatangkan dengan ciri-ciri : 
  • Velcro strap design
  • Menyejukkan kaki dengan sistem pengudaraan unik yang direka; bahagian atas dibuat dengan mesh digabungkan dengan PVC
  • Terbukti extra superlight weight "X-Light"
  • Special insole cushion dengan "Arch Support" melegakan ketegangan pada otot kaki
Kasut Pallas dengan "Arch Support"

Velcro strap design

Tapak anti-licin


Kasut Pallas Jazz memenuhi keperluan aktiviti anak di sekolah

Kalau korang yang masih tercari-cari kasut mana yang terbaik, selesa untuk kaki anak-anak, eloklah pilih Pallas Jazz. Sebab macam anak Fiza dorang akan pakai kasut dari pagi sehinggalah ke petang. Kasut yang Fiza cari mestilah beri kelesaan serta beri mengudaraan yang baik buat kaki. Barulah dorang dapat fokus belajar. 

Memang tak cari kasut lain dah. Kasut Pallas memang jenama turun temurun, dari dulu memang Fiza pun pakai Pallas ke sekolah. Kasut Pallas juga mudah dijaga dan senang untuk dicuci. 

Warna hitam segak

Kemas bergaya serta selesa dipakai

Rombongan sekolah rendah 

Aktiviti di sekolah Agama

Bersukan dengan kasut Pallas

Kasut pilihan anak-anak


Sertai peraduan Pallas Back to School Contest

Pallas ada Back To School Contest tau.. boleh menang Cash RM3000! Terma dan syarat korang boleh semak di laman sosial Pallas Malaysia. 

Kasut sekolah Pallas boleh didapati daripada kedai kasut dan pasaraya. Bukan kasut sekolah je, ada banyak lagi design kasut kelauran Pallas nie.  Beli secara online di https://www.wow2wee.com/

#pallasmalaysia #archsupport #kasutsekolah #schoolshoes #gerbangkasut

Post a Comment

2 Comments

  1. kasut hitam lebih mesra persekolahan dan yg penting mudah untuk ibu ibu handle.. xcepat kotor..

    ReplyDelete
  2. jenama lejen memang jadi pilihan ni...yang penting selesa kat kaki anak2

    ReplyDelete