Assalamualaikum. Lama juga Fiza tinggalkan story staycation Ipoh nie. Bukan apa, banyak pulak job review yang perlu ikut dateline. Jadinya kita settle dulu client punya task. Sekarang dah free boleh la sambung cerita cuti-cuti kita.
Aktiviti menarik yang korang boleh buat bersama keluarga di Gua Kek Look Tong, Gunung Rapat | Staycation kat Ipoh nie tahun lepas punya. Kami jalan-jalan kat Ipoh 3H 2M, dan stay kat Impiana Hotel. Boleh baca kat sini.
Hari pertama kali pergi jjcm kat Concubine Lane dan masuk Upside Down World Ipoh. Memang best dan mengujakan sebab pertama kali datang kan. Sebelum nie tengok di orang review je. Kali nie kita rasa sendiri.
Hari kedua perjalanan jalan-jalan diteruskan selepas sarapan pagi di Restoran New Holly Wood. Orang Ipoh memang tahu sangat port makan nie. Yang tu nanti kita story. Kita story pasal Gua Kek Look Tong dulu.
Gua Gua Kek Look Tong adalah gua batu kapur seluas 12 ekar dengan arca Buddha, ada taman dan tasik yang cantik. Merupakan sebuah kuil yang menjadi tumpuan pelancong. Asalnya kami was-was juga nak masuk, cari tasik tak jumpa, yang kami nampak cuma kuil dengan asap, dan patung depan gua. Nak masuk tengok, eh tak de melayu ke yang masuk nie. Jadinya kami pun tak jadi masuk.
Mungkin awal pagi agaknya, tetiba sampai beberapa bas rombongan tiba. Bila dorang turun tengok ramai la orang melayu time tu. Ada yang dah mula masuk. Fiza pun ajak juga husband masuk, sebab tengok review kat tiktok dalam gua nie ada tasiklah, ada taman. Tak puas hati la kalau datang bergambar dengan gua je.
Jadinya betullah, selepas menempuh dalam gua, yang mana ia merupakan rumah ibadat agama Buddha, kami pun jumpa laluan keluar gua. Cantik korang rasa macam masuk dah ke alam lain tu. Indahnya ciptaan Allah.
Legalah bila dah nampak tasik. Boleh kata berjaya jugalah, dari rasa ragu-ragu, terus rasa seronok. Tenang dan damai bila dapat berada dalam nature. Antara tarikan yang disediakan buat pengunjung di Gua Kek Look Tong adalah seperti menaiki bot kayuh dan berbasikal.
Nak masuk Gua Kek Look Tong free je, tapi kalau nak main bot, main basikal kena bayar. Harga tiket bot Gua Kek Look Tong dan basikal murah jer. Boleh la sewa naik dengan family.
Enjoy sangat pemandangan dan suasana kat sini. Tenang sungguh. Cuaca pun cantik, udara nyaman, kalau dapat lepak sini sampai ke petang pun best. Lepas kayuh bot kami bawa anak-anak naik basikal 4 seater.
Makan angin kat sini kos tak banyak pun. Santai-santai sambil ambil gambar memang seronok. Trip seterusnya ke Tasik Cermin pula. Tak pernah sampai dan tak sabar nak tengok tasik tu. Lokasi Tasik Cermin pun tak jauh dari Gua Kek Look Tong. Jadinya kalau korang dah sampai sini, jangan lupa terus ke Tasik Cermin.
Bersambung..
0 Comments