Assalamualaikum. Tak dinafikan buka sekolah kami Tahun 2024 nie memang banyak pakai duit. Tambahan pula anak Fiza dua-dua sudah masuk sekolah rendah. Dengan yuran buku sekolah rendah, yuran sekolah agama lagi. Persiapan nak berpuasa dan berhari raya lagi, mau berpeluh jugak kita sebagai mak pak nie. Bajet perbelanjaan memang kami dah atur elok-elok.
Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari, rebut peluang untuk berjimat sempena promosi hebat kembali ke sekolah | Jadinya macam biasa nak buka sekolah, kebanyakan parents nak kena cari baju sekolah baru untuk anak-anak. Tambahan pula kalau anak tu baru nak mulakan alam persekolahan macam Huwainaa. Memang banyaklah perbelanjaan untuk mempersiapkan anak kedua kami nie sekolah. Nak cari uniform sekolah yang berkualiti dan murah, macam biasa kami akan ke Pusat Pakaian Hari-Hari.
Cawangan Bandar Baru Sg. Buloh
Boleh kata semua kelengkapan sekolah ada di sini. One Stop Center untuk parents nak cari baju sekolah anak, masuk sini boleh settle satu hari. Parents tak pening kepala, anak pun tak penat nak try baju kat banyak-banyak kedai. Dulu beli untuk abang Thaqif sekarang untuk Huwainaa sekali.
Banyak pilihan kelengkapan persekolahan
Senang kalau semua ada dalam satu outlet
Di sini ada ada Baju Sekolah Hari Hari, tudung, inner wears, seluar sukan, t-shirt putih, songkok, botol air, alat tulis, beg sekolah dan macam-macam lagi. Pendek kata korang nak cari apa pun, semuanya ada. Tak perlu nak keluar masuk kedai dan mall semata-mata nak lengkapkan seragam anak ke sekolah.
Dengan bantuan staf Pusat Pakaian Hari-Hari yang ramah dan mesra, lagi mudah kerja kami untuk pilih saiz baju dan kasut sekolah untuk Thaqif dan Huwainaa. Sejam siap pilih dan beli semua.
Banyak stok baju kat Pusat Pakaian Hari-Hari
Tudung sekolah pelbagai saiz
Anak tudung
Inner untuk anak perempuan
Songkok sekolah
Uniform sekolah agama
Nampak kemas dan segak
Comel dan cantik anak mama
Uniform sekolah rendah
Uniform jenama No Problem
Jenama pakaian sekolah terkenal di Hari-hari adalah Jony & Jeny dan No Problem. Kain dia memang cantik. Baju sekolah Thaqif darjah 2 pun masih elok dan nampak baru. Kain cotton still nampak biru walaupun dah setahun pakai. Jadi tahun nie memang setia dengan dua brand nie dan Huwainaa pun pakai brand yang sama.
Thaqif dapat uniform sekolah baru lagi
Baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari senang gosok. Fiza suka material kain dia, anak-anak nampak segak dan kemas bila pakai. Bab saiz pun memang Fiza tak risau. Dorang memang ada banyak saiz, stok pakaian pun banyak.
Huwainaa pilih beg tarik, senang nak bawa buku berat
Alat tulis
Bekas pensil design terkini
Tali pinggang untuk sekolah rendah dan menengah
Macam-macam design botol air ada di sini
Botol air pilihan Huwainaa
Pilihan beg sekolah untuk anak-anak pelbagai peringkat umur
Design kasut yang terkini
Stokin pelbagai saiz
Track suit kanak-kanak
Harga berpatutan dan berbaloi berbelanja di Hari-Hari
Selesai persiapan untuk anak-anak ke sekolah
Settle semua.. syukur alhamdulillah
Dah masuk tahun ke -3 kami sekeluarga membeli segala kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari. Alhamdulillah tahun ini selesai beli semuanya sekali di sini.
Pusat Pakaian Hari-hari juga ada di atas talian (online). Ini membolehkan pelanggan lebih mudah membuat pembelian kelengkapan persekolahan anak-anak tanpa perlu keluar rumah.
Misal kata pelanggan tersalah beli saiz baju anak, jangan risau kerana pelanggan masih boleh membuat penukaran saiz dalam masa 7 hari. Dengan syarat item tersebut masih mempunyai tanda harga (price tag) dan dilampirkan sekali dengan resit pembelian. Lagi satu, pembeli boleh walk-in je di mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-hari yang terdekat.
Pusat Pakaian Hari-Hari pilihan keluarga bijak berbelanja.
1 Comments
Best beli di sini. Lengkap semua di sini
ReplyDelete