Find us on Facebook

Tak rugi dapat ilmu kapal korek kat TT5 Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, banyak aktiviti menarik kat sini

Assalamualaikum. Staycation kami di Ipoh diteruskan lagi. Lepas pekena Nasi Kandar Dato Sagor, kami teruskan perjalanan ke Teluk Intan. Kira nie hari ketiga dan kami dah check out dari Hotel Impiana Ipoh. Hotel Impiana memang selesa, kalau korang ke Ipoh, boleh la check in situ. 


Tak rugi dapat ilmu kapal korek kat TT5 Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, banyak aktiviti menarik kat sini | Masa dalam perjalanan nak ke Teluk Intan, lalu kat kawasan kapal korek Tanjung Tualang nie. Masa itu husband bawa kereta dah terlajak pun. Tiba-tiba dia ajak singgah. Almaklumlah orang minat sejarah nie. Dia sanggup cari simpang nak patah balik. 

Kita pun terpinga la, panas-panas macam nie nak singgah kapal korek. Ala mesti bosan tempat macam nie. Cakap dalam hati je waktu tu. Buruk perangai kan, padahal tempat nie best kot. Sebab tu orang cakap tak kenal maka tak cinta. 


Bagi yang tak tahu lagi, Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 singkatan TT5 adalah warisan perlombongan bijih timah Malaysia di Batu Gajah, Perak, kapal korek timah terakhir di Malaysia. Serangan bijih timah di Perak bermula sejak tahun 1848 di Taiping. Perak menjadi negeri terkaya di Tanah Melayu. Ibu kotanya Ipoh dikenali ramai sebagai "Kota Jutawan".


Kat sini memang banyak ilmu pasal kapal korek dan sejarah yang kami belajar tau. Biarlah budak-budak nie kecik lagi tak tahu apa, yang penting kami mak bapak nie tahu, nanti boleh la cerita kat dorang. Datang sini barulah tahu betapa besarnya kapal korek. 


Nak masuk kapal korek nie kena bayar. Harga tiket kapal korek TT5 korang boleh semak kat website, risau salah bagi info nanti. Tapi kami kena bayar RM18 untuk dewasa, RM13 kanak-kanak.  Total semua RM 62. Tour nie dibimbing oleh jurucakap mereka. Jadi tak delah kita terpinga-pinga masuk kapal korek tu. Pada masa yang sama keselamatan kita dan anak-anak dipantau. Kalau nak masuk sendiri memang tidak dibenarkan, melainkan kalau korang nak jalan-jalan keliling tasik je. 



Slot kami time tu pukul 1.20 tengah hari. Menunggu jugak sebab nak tunggu group lawatan sebelum tu habis. Lepas tu kami diberi pakai topi keselamatan. Comel masing-masing dah macam pekerja kapal korek. Sejam juga taklimat dalam kapal tu. Okay memang best. Banyak yang Fiza belajar sepanjang berada dalam kapal korek nie. Baru la tahu macam mana kapal nie beroperasi. 








Lawatan sambil belajar nie tak boring sebabnya sambil-sambil dengar taklimat tu, boleh la bagi makan ikan atas kapal korek. Anak-anak pun enjoy bagi makan ikan, tengok ikan dalam tasik memang banyak sungguh. Makanan ikan pun dorang ada jual. 









Habis lawatan kapal korek, kita ke tempat menarik seterusnya. Masih dalam kawasan kapal korek nie. Jalan sikit ke depan kita akan ke TT5 Maze Park. 



TT5 Maze Park menyerupai pagar sesat (labirin) berbentuk hati pertama di Malaysia yang terdiri daripada 8 elemen di dalamnya. Bila jalan-jalan dalam nie korang akan jumpa Stone Maze sebagai laluan pejalan kaki, Stone Gallery untuk mendidik tentang jenis batu, Bengal Tunnel untuk mendapatkan oksigen tambahan, Bamboo Maze, Art Gallery yang mentafsir sejarah perlombongan bijih timah melalui lukisan, Bunny Maze, Recycle Maze yang diperbuat daripada botol kaca sebagai dinding dan kasut terpakai untuk menanam bunga, terakhir Muraya Maze sebagai elemen sebelum melangkah keluar.

Stone Gallery

Bengal Tunnel

Bamboo Maze

Laluan Maze

Bunny Maze

Recycle Maze

Recycle Maze

Langkah ke maze nie, rasa gelabah la juga nak cari jalan keluar. Tambah pulak dengan anak-anak nie, dorang lari ikut suka hati je, kita pulak nak kena kejar dorang, dengan nak cari jalan keluar lagi. Syukur lah dapat keluar dari situ, penat lenjun jugaklah main maze tengah hari kan.






Harga tiket TT5 

Panjang kan story kali nie. Banyak gambar kami ambil. Tempat yang cantik juga untuk korang yang suka OOTD. Sini pun ada campsite tau. Kami pun baru tahu. Cuma Fiza nak sarankan kalau ada anak kecil tu sediakan lah kipas yer, bawa stroller untuk kelesaan mak ayah berjalan jugak. Tambah-tambah pula musim panas sebab kawasan TT5 nie baru dibangunkan. Pokok nak berteduh tu ada tapi tak banyak. Jadi pandai-pandai lah korang. 

Kalau korang ke TT5 Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, wajib singgah kapal korek nie. Memang best,  pengalaman macam nie tak dapat kat mana-mana melainkan korang datang sini. Okay, next destination Teluk Intan...

Bersambung. 

Post a Comment

0 Comments